• Produk,  produk review

    Homemade Sawi Asin Mama Maszull

    Homemade Sawi Asin Mama Maszull | Jarang nampak orang jual Homemade sawi Asin ni kat luar kan.Kalau ada pun tentunya terlebih masin dan payah nak jumpa yang homemade.

    Tapi kalau korang yang khususnya berada di Johor Bahru, boleh dapatkan Homemade Sawi Asin yang memang recommended.Actually aku tak pernah lagi makan sawi asin ni.Tapi memandangkan kawan-kawan aku kata sawi asin ni sedap masuk dekat dalam asam pedas.So, teringinlah nak merasa kan.

    homemade sawi asin
    HOMEMADE SAWI ASIN MAMA MASZULL

    Homemade Sawi Asin Mama Maszull ni memang sedap.Hari tu kat rumah,tak sabau punya pasal,aku belasah je masuk dalam maggi..Sedap jugak rasanya.Sebab masa tu sebab malas nak memasak.Jadi aku hentam je masuk dalam maggi…So, jangan tiru cara ni..kah².Hari berikutnya baru aku try masukkan ke dalam asam pedas ikan kerisi.Tapi tu pun aku rasa kurang ummph..Lain ler masuk kat dalam asam pedas ikan duri or ikan mayong kan..barulah aku rasa sedap…Eh sapa kata..sedap jugaklah letak kat dalam asam pedas ikan kerisi ni.Tak cuba tak tau..So kenalah try.

     

    Tapi jangan lupa beli homemade sawi asin ni dulu..Barulah kena dengan GU nya…hahaha.Tu pun dah nak habis stock kat rumah.Apa taknya pantang buat asam pedas,mesti nak masukkan sawi asin ni.Jarang orang melayu buat sawi asin kan..Sebabnya dengar kawan cerita , kaum cina je yang suka sawi asin ni.Entah ek..tak berapa sure..Cer korang google resepi masak letak sawi asin..Memang payah ler.

    homemade sawi asin

    Mama buat ni dulu sekadar suka-suka je.Mama Maszull ni sebenarnya mama blogger Johor.Tapi sekarang ni dia dah komersilkan hasil homemade sawi asin dia.Oklah kan..Puas hati sangat.Sebab tak perlu risau potong kaki kalau makan sawi asin ni.Tak terlalu masin nak mati pun makan dia tau.Moga bisness mama terus berjaya hendaknya.So, haruslah support perniagaan dia ni dengan membeli lagi bila dah habis stock..kah²..tapi serius, memang sedap.Ini bukan job berbayar okeh…Kalau tak percaya, korang kenalah cuba.

     

    Biarlah presentation tak cantik..janji sedap kan..So korang yang nak mencuba HOMEMADE SAWI ASIN ni.boleh terus whatssap mama ye..Yang duduk jauh tu boleh ler tanya kot² mama boleh pos kat korang..Kot ler korang mengidam kan..

    HOMEMADE SAWI ASIN BY MAMA MASZULL

    018-7710226 (Mama Maszull)

     

  • Produk,  produk review

    Susu Kambing Nufael 100% Asli dan Tidak berbau Hamis

    Susu Kambing Nufael 100% Asli dan Tidak berbau Hamis |Susu kambing Nufael adalah susu kambing yang dihasilkan tanpa bahan pengawet.Ia diperbuat dari 7 bahan sebenar iaitu tanpa gula, pewarna dan perisa tambahan.Nufael dihasilkan dengan gabungan makanan semulajadi seperti delima, kurma, madu, minyak zaitun dan Manna serta kismis dengan ekstrak sebenar dan bukan campuran berperisa,pewarna daripada bahan ini.

    Susu Kambing Nufael tidak berbau hamis seperti susu kambing lain.Ia juga mempunyai nutrisi yang tinggi untuk tubuh badan manusia.Ia membantu menguatkan tubuh disamping memberi tenaga kepada mereka yang meminumnya.

    PERBEZAAN SUSU KAMBING NUFAEL DENGAN SUSU KAMBING LAIN

    Kalau ikutkan banyak produk susu kambing di pasaran.Antara betul atau tak kandungan susu kambing di dalamnya 100% asli atau tidak.Berbeza dengan susu kambing Nufael,ia adalah 100% asli dan tiada bahan pengawet.Susu Nufael adalah susu pertama dengan 7 gabungan bahan sebenar tanpa gula, perisa,perasa atau pewarna.Dan produk ini dirumuskan oleh teknologi baru untuk membantu orang ramai yang memerlukan susu kambing ni.Susu Kambing Nufael ni bukan sahaja tertumpu pada sesetengah umur sahaja,ia boleh diamalkan dan diambil oleh seisi keluarga.Sebab itu Susu kambing jenama Nufael ini dinamakan SUPERMILK.Memang tak boleh dinafikan bahawa susu kambing Nufael sangat sesuai untuk diamalkan  untuk memberi  tenaga kepada tubuh kita, menguatkan tulang, minda ,untuk ibu mengandung, anti penuaan dan memang elok untuk diamalkan juga oleh kanak-kanak.

    Semua orang tahu akan kebaikkan pengambilan susu kambing.Mesti korang tak tau atau dah pun korang tahu susu kambing ni memang dah cukup nutrisi yang bermanfaat untuk tubuh badan kita diantaranya ialah kalsium, zat besi,fospor,laktosa,nitrogen dan vitamin.

    KELEBIHAN SUSU NUFAEL UNTUK IBU MENGANDUNG

    Ramai ibu yang mengandung mengamalkan susu Kambing Nufael ini untuk Mengelakkan kandungan kuning.Susu kambing juga sangat diperlukan oleh ibu mengandung untuk menstabilkan HB semasa kehamilan.Ia juga boleh mengelakkan ibu hamil sembelit di samping ia juga memudahkan proses bersalin.Orang kata jika kita amalkan susu kambing ni,kulit anak akan jadi cantik.Dan itu aku akui kerana semasa kehamilan dahulu,memang selalu amalkan susu kambing.Sebab tu ibu mengandung digalakkan untuk meminum susu kambing.

     

    SUSU NUFAEL UNTUK SEISI KELUARGA

    Ada sesetengah susu kambing yang hanya boleh diambil oleh orang dewasa, berbanding dengan Nufael.Susu kambing Nufael boleh diambil oleh seisi keluarga dan merupakan FAMILYMILK.Ia juga adalah susu pertama FamilyMilk dengan 7 gabungan makanan sunah tanpa perisa, pengawet dan gula tambahan.Bahan utama yang ada di dalam susu Kambing Nufael ini adalah Susu Kambing, delima, Kurma, Minyak Zaitun, Kismis, madu dan Manna.Sebab itu ia sesuai untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas.

    KELEBIHAN LAIN SUSU KAMBING NUFAEL

    Selain dari yang aku sebutkan di atas,Susu Kambing Nufael ini sangat sesuai untuk diambil oleh kanak-kanak 2 tahun ke atas.Ia membantu menaikkan selera makan kanak-kanak disamping peralihan kepada susu ibu selepas mereka berusia 2 tahun.Membantu  kanak-kanak untuk cepat belajar dan fokus dalam pembelajaran.Selain itu, ia sesuai untuk ibu yang mengandung yang telah aku sebutkan tentang kelebihan susu kambing Nufael untuk ibu mengandung.Bagi mereka yang nakkan kulit cantik, boleh amalkan minum susu kambing ni.Susu ini juga memberikan tenaga kepada mereka selain mengurangkan gastrik yang selalu dialami oleh mereka yang lambat makan.

    So, korang kena dapatkan susu kambing Nufael ini segera supaya korang dapat kebaikkan dari susu kambing ni.Boleh tengok beberapa testimoni mereka yang mengambil susu kambing Nufael di bawah ni

    testimoni susu kambing Nufael
    Testimoni Susu Kambing Nufael

     

    Untuk pembelian korang boleh terus ke link INI atau korang boleh beli secara dengan Pengedar yang berdaftar di SINI

    Untuk Maklumat lanjut korang boleh lihat website fb dan IG Nufael di bawah ni

    FB :https://www.facebook.com/Nufael-Susu-Kambing-HQ-1790720354540391/

    IG: https://www.instagram.com/nufaelsusukambing.hq/

    Web: https://nufaelsusukambing.com/

     

     

     

  • Produk

    CARRIE JUNIOR | Shampoo Odour Buster untuk kanak-kanak

    Assalamualaikum


    CARRIE JUNIOR | Shampoo Odour Buster untuk kanak-kanak
    | Paling suka sebenarnya bila cium bau rambut anak ni.Tapi bila diorang dah buat lebih aktiviti,mulalah bau yang sedap tu jadi tak sedap.Bila dah berpeluh-peluh,main tak hengat dunia,jadi bukan sahaja badan bau masam,rambut pun berbau masam jugak.Sebab tu aku guna shampoo  Odour Buster ni untuk kakak dan adik.

     

    Bila adanya CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER ni,sedaplah umi nak cium rambut diorang tu.Takdelah bau teruk sangat.Yang bestnya ada bau peach..lagilah harum tau.Kalau korang nak tahu,kita tak boleh tau syampu rambut anak menggunakan syampu dewasa kerana kulit kepala dan rambut kanak-kanak ni halus dan amat sensitif,Sebab tu Carrie Junior mengeluarkan Syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala anak-anak kita sihat dari umur 6-12 tahun.

     

    CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER selamat digunakan oleh kanak-kanak dan ia memberikan haruman pada rambut sepanjang hari.Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster ni keluaran baru Carrie Junior tau.Ia dirumus khas bagi menghilangkan bau rambut yang tidak menyenangkan secara berkesan,tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala.Dengan aroma buah-buaha yang berkekalan selama 24 jam ni,kanak-kanak akan kekar segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain.CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER ni diperkaya dengan Minyak zaitun dan ia dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.Jadi takdelah umi asyik bergaduh je nak sikat rambut kakak yang lebat tu.
    Happy je muka budak berdua ni masa umi bawak balik CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER ni.Apa lagi dapat bag yang cantik tu.Nasib baik tak berebut sebab kakak memang sukakan purple.Bila beg tu lain dari warna purple,memang dia tak kisah.So adiklah yang empunya beg biru tu.Masa tu jugaklah cakap rambut kakak bau busuk.Dia pun tak sabarlah tu nak guna shampoo Odour Buster ni.

     

    Masing-masing nak show off bila depan kamera
    CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER dihadirkan dalam aroma Perky Peach Fruit Burst yang menyenangkan serta mempunyai PH seimbang,lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian.Carrier Junior kids Shampoo Odour Buster ni bleh didapati dalam dua size iaitu pek 280g yang dijual pada harga Rm10.10 di semenanjung Malaysia dan RM10.60 di sabah & Sarawak.Mananaka CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70 di Semenanjung Malaysia dan RM21.70 di Sabah & Sarawak.(*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan cukai yang akan diumumkan oleh Kerajaan)
    Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit,pasaraya,pasaraya besar dan farmasi utama seluruh Negara
    Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh
    namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari.
    Tentang CARRIE JUNIOR
    CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si
    manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu
    mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni
    membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.
    Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah
    semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu
    menyuburkan, melembapkan dan melindungi rambut dan kulit lembut si manja.
    Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan
    anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa
    berbau segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan
    lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.
    Diiktiraf HALAL, rangkaian Carrie Junior
    termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby
    Lotion and Baby Oil. Ia juga hadir bersama bau buah-buahan yang digemari
    kanak-kanak.

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • Parenting moments,  Produk

    Cara hilangkan batuk dan selsema pada bayi dengan Narinar Flutheraphy

    Cara hilangkan batuk dan selsema pada bayi dengan Narinar Flutheraphy | Actually aku memang risau kalau anak-anak aku ni kena batuk dan selsema.Anak-anak ni,dia tak macam orang dewasa,boleh je keluarkan kahak dengan sendiri.Selsema boleh buang sendiri.

    Tapi bila anak-anak batuk dan selsema menyerang mereka,alamatnya memang makan masa jugaklah nak baik.Walaupun dah ke klinik,habis dah ubat yang diberikan,tapi kalau kita tak tolong mereka untuk keluarkan kahak yang bergumpal kat dada tu pun membahayakan jugak.Betul tak..Sebab tu kita sebagai ibu bapa ni di sarankan kalau anak batuk dan selsema ni,kita bantu diorang dengan teknik tepukan di belakang dada.Aku ada syorkan petua menghilangkan batuk dan selsema mengikut Petua Tradisional di entry Petua hilangkan batuk dan selsema dan satu lagi entry cara keluarkan hingus dan kahak anak  di rumah ..Korang baca dan fahamkan ok.

    Selain aku guna kaedah-kaedah di atas,aku ada juga berikan mereka minyak terapi untuk membantu mengurangkan batuk dan selsema dengan lebih cepat.Produk yang aku gunakan sebagai minyak terapi untuk anak-anak aku adalah Produk NARINAR.Narinar ni adalah produk bayi organik tau.So,sebab tu aku tak risau nak gunakannya..Ianya dijamin selamat

    Cara hilangkan batuk dan selsema pada bayi dengan Narinar Theraphy

    APA ITU NARINAR FT

    Apa yang aku tau,Narinar adalah minyak terapi yang pertama dihasilkan di Malaysia  yang menggunakan 100% bahan semulajadi pati buah-buahan dan bunga-bungaan.Ia ada Gabungan minyak pati asli seperti Lavender,Lemon dan pudina dan lebih istimewanya ai turut mengandungi Gam Arab yang mempunyai banyak kebaikkan kepada kesihatan.

    NARINAR FT terdapat 3 jenis minyak Terapi iaitu :-

    Narinar FT(FLU Therapy)


    – Narinar TT(Tummy Therapy)


    – Narinar ST (Sleep Therapy)

     

     

    Aku dah pun menggunakan ketiga-tiga Narinar Theraphy ni.Produk ni lah yang bantu aku bila anak kembung perut,batuk dan selsema.Bukan mereka je yang guna,malah aku dan husband pun guna jugak tau.Sebenarnya Produk ni ada je jual satu-satu botol,tapi alang-alang tu,aku beli 3 botol ni sebab aku rasa perlu kot aku simpan kat rumah untuk waktu-waktu kecemasan.Lagipun kalau beli 3 botol ni,jimat tau.

    Cara hilangkan batuk dan selsema pada bayi dengan Narinar Theraphy
    Narinar Flutheraphy  terapi selsema bayi
     
     

    Narinar FT(FLU Therapy)

    Bukan takat aku je,rasanya ramai je ibu kat luar sana guna  Petua hilangkan selsema bayi ni menggunakan kaedah tradisional dengan bantuan minyak terapi seperti Narinar ni.

     

    Sebelum ni,bila Naura batuk dan selsema,aku banyak menggunakan kaedah tradisional yang aku sendiri google tentang petua hilangkan selsema dan petua hilangkan batuk bayi.Aku lebih suka menggunakan kaedah lama di dalam memastikan Batuk dan selsema Naura cepat sembuh.Ia sangat membantu hilangkan batuk bayi. 

    Dan apa yang penting selain menggunakan petua-petua lama,aku menggunakan Narinar Flutherapy ini dengan kerap supaya batuk dan selsema dia pi jauh-jauh.

     

    Cara hilangkan batuk dan selsema pada bayi dengan Narinar Theraphy

     

    Cara menggunakan Narinar Flutherapy ni,aku  titiskan dua hingga empat titis di tapak kaki dengan teknik VITAFLEX..Vitaflex ni kira urutan pada kaki di Point tertentu.Lepas tu aku calitkan sikit dekat hidung supaya ia lebih senang untuk bernafas.Bab ni paling Naura tak suka,sebab rasa berangin tu yang dia tak berapa nak gemar,tapi bila aku guna Narinar Flutherapy ni,dia dah tak kisah aku letak kat hidung dia. 

    Cara nak Narinar Flutheraphy ni aku refer kat video : https://sentihanibu.com/video-tutorial-terapi/

    Narinar Tummy Theraphy

    Narinar Tummy Theraphy ni aku gunakan bila Naura kembung perut.Narinar TT ni memang sangat sesuai untuk baby kembung perut.Jadi takdelah bila dia kembung perut,umi rasa stress.Naura ni,kalau perut dia kembung je,dia akan rasa tak selesa,masa tulah dia nak merengek je.Sampai nak tidur pun dia rasa tak selesa.
    So,apa umi buat,ambil Narinar Tummy Theraphy ni dan umi titiskan di perut dan urut dengan cara gerakkan sekeliling pusat dan mengikut arah jam.Kalau dia dah start kentut tu,maknanya perut dah tak kembung lagi.. 

    Narinar TT ni ada gabungan ekstrak  pati aloevera,serai wangi,lemon dan pudina .Kesemua ekstrak ni  memberi kelegaan segera dari perut kembung,sembelit dan cirit birit.Nampak tak kenapa aku suka guna minyak Narinar Theraphy ni..
    Insyallah,dengan teknik urutan yang betul,kita dapat membantu melegakan perut kembung,sukar buang air besar dan kerap buang air besar serta najis cair.

     

    Narinar Sleep Theraphy

    Naura paling payah tau nak tidur.Kalau nak tidur tu,confirm dia akan berpusing-pusing.Puaslah umi dia dok,tukar position sebab dia selalu take over tempat umi.Nak suruh dia tidur tu memang ambil masa dalam sejam lebih jugak.Dah penat dia berpusing-pusing barulah dia tidur.Tu pun dah puas jugaklah umi dia dok bising.
    So solution yang terbaik adalah umi amalkan  sapu Narinar ST ni pada dia supaya dia senang tidur dengan aman dan damai.
    Cara guna Narinar ST ni paling mudah,aku titikan kat nadi pergelangan tangan dan belakang telinga.Lepas tu umi urut lembut tengkuk dia dengan Narinar ST  ni dan umi sapukan juga di bahagian tapak kaki.Tepuk-tepuk dia,confirm senang je dia hanyut.

    Narina ST ni bagus tau kalau nak suruh nak tidur lena,kat dalam minyak theraphy ni ada pati lavender,epal hijau ,bunga chamomile dan bidara yang bagi aku sangat bagus untuk legakan pernafasan dan relaxkan minda.

    Aku suka dengan bau Narinar ST ni,kalau aku rasa stress,aku suka hidu dan letakkan di bahu.Kalau dapat hidu tu,rasa hilang segala stress tau.Orang-orang tua pun boleh guna.Boleh dikatakan ia sangat berguna untuk seisi keluarga.

    Muka happy je lepas umi sapukan dia Minyak terapi

     

     

    Narinar Theraphy ni bagi aku sangat affordable tau.Harga yang boleh lagi aku berkira-kira untuk beli.Demi nak tengok anak sihat kan,berkorban sikit.Bukanlah setiap bulan nak membeli,so pada aku sangat berbaloi.Yang penting Produk Narinar Therapy ni ada kelulusan dari KKM.Tak caya cuba check..heheh.


     

     

    So far aku memang recommended produk Narinar ni untuk korang tau,sebab aku dah cuba ketiga-tiga jenis minyak ni.Takde sebab aku tak perlukan produk ni untuk anak aku.Bagi aku harga produk ni pun berbaloi.Aku beli tiga produk ni terus sebab kalau korang beli set ni,dapat harga yang lebih murah kalau korang beli sebotol.Nak beli sebotol pun boleh jugak..Nak tau harga Narinar Theraphy ni korang boleh check kat Website mereka di SINI

    Nak tau lebih details tentang Narinar Theraphy ni,korang boleh tengok details kat bawah ok.


    NARINAR HQ

    Alamat : No.2A-2,Jalan Puteri 2A/3

    Bandar Puteri Bangi

    43000 Kajang,Selangor

    No Tel : 017-7171848

    Facebook : NARINAR Malaysia- Terapi Bayi

    Instagram : NarinaMalaysia

    Website : narinar.com

    Korang boleh guna code ni untuk diskaun

    >>kisahsidairy10<<

     

  • product bumiputera,  Produk

    Balm Bayi Tok Syed dapat Melegakan Batuk dan Selsema

    Assalamualaikum

    Balm  Bayi Tok Syed Melegakan Batuk dan Selsema | Hai korang☺☺ Bila kita ada anak kecil ni kan,Batuk dan selsema tu akan menjadi sebahagian proses tumbesaran mereka.Tetapi bila dah kerap timbulnya batuk dan selsema ni,sangatlah merisaukan kita sebagai ibu bapa kan.Walaupun ada ubat yang diberikan kepada anak kita,tapi bagi nak melegakan ketika dia batuk,selalunya kita akan meletakkan minyak atau balm bagi  meredakan batuk pada si anak.

    Yelah kan,ibu mana yang tahan kalau anak-anak batuk dan selsemanya menganggu bila waktu tidur.Bila dapat menyapu balm ke dada mereka,barulah nampak senang sikit nak tidur.

    Kini terdapat pelbagai jenis Balm di pasaran yang menjadi pilihan ibu bapa untuk anak mereka.Tapi untuk mencari bahan-bahan yang halal dalam pembuatan minyak itu sendiri kekadang mengelirukan kita.Bercakap pasal Balm ni kan,khususnya untuk anak-anak kita,terdapat satu Balm yang berasaskan bahan semulajadi yang halal lagi Suci.Kalau korang nak tahu apa dia..Teruskan membaca

    Balm Bayi Tok Syed ni adalah persediaan kecil yang perlu ada bagi setiap seisi rumah yang mana ianya dapat membantu melegakan batuk,selsema dan hidung tersumbat.Balm serbaguna yang diproses di kilang bertaraf GMP ini diadun dari bahan semulajadi dan bukan hanya dikhususkan  untuk bayi sahaja tau,ia juga selamat untuk digunakan oleh semua peringkat pengguna.So memang wajiblah minyak ni kena ada setiap rumah.

    Balm Bayi Tok Syed ini telah melalui beberapa peringkat R&D.Bahan-bahan yang terkandung di dalam balm ini memberikan kesan yang terbaik kepada penggunanya.Ini kerana sebahagian besar  kandungan bahannya diperkaya dari bahan-bahan yang halal lagi suci merupakan warisan herba sepanjang zaman.Kenalah dengan Tagline Tok Syed “Warisan Herba Mengeratkan Ikatan Kekeluargaan Sejak Berzaman” Balm bayi Tok Syed adalah keluaran bumiputra iaitu Tok Syed Distribution Sdn Bhd


    BAHAN YANG TERDAPAT DI DALAM BALM BAYI TOK SYED

    1.BEESWAX

    Beeswax atau Lilin Lebah mempunyai zat tersendiri untuk kulit.Ianya memiliki sifat anti bakteria,inflamasi dan antivirus yang dapat dimanfaatkan untuk membantu keradangan pada kulit.

     

    2.MINYAK KELAPA DARA

    Ramai yang mengetahui tentang  kelebihan Minyak Kelapa Dara.Ia juga diadun di dalam Balm Bayi Tok Syed yang berupaya melembabkan kulit tanpa sebarang kesan sampingan.

    3.MINYAK BUNGA MATAHARI

    Minyak bunga Matahari mengandungi Vitamin E dan Asid lemak Omega 6 yang tinggi dan ianya sangat efektif untuk urutan luar.Bijinya diekstrak seimbang dengan nutrien yang dibekalkan oleh minyak ini.

    4.PATI MINYAK LAVENDER

    Dijadikan sebagai fungsi utama untuk mengurangkan tekanan kerana bauan yang terdapat pada Pati minyak lavender mampu memberikan ketenangan .Ia adalah salah satu aromaterapi  yang bukan sahaja memberikan ketenangan malah kebaikkannya untuk demam dan selsema juga sangat berkesan.

    Secara jujurnya aku suka sangat bauan dari Balm ni.Ada macam bau lemon dan Lavender.Letak dekat dada Naura pun dia tak merengek.Lagi satu Balm ni tak panas dan merengsakan budak.So,memang produk terbaik dari Tok Syed

    CARA MENGGUNAKAN BALM BAYI TOK SYED 

    Bagi aku mudah je menggunakan balm ni,Teknik menggunakan Balm ni pun rasanya semua ibu-ibu tahu di mana perlu letakkan balm untuk anak-anak ni kan.Kalau lupa korang kena ikut step dibawah ni

     

    1.Sapukan balm dan urut perlahan-lahan pada tapak kaki

    2.Urutan perlahan di belakang badan

    3.Urutan di bahagian dada

    4.Boleh juga disapu sedikit di bahagian T muka

    TESTIMONI BALM BAYI TOK SYED

    testimoni balm bayi tok syed

    Bila saya menggunakan Balm bayi ini,selsema serta sakit kepala dan ketidakselesaan di bahagian dada  berkurang apabila saya sapu pada dada,bahagian T hidung dan kepala

    testimoni balm bayi tok syed

    Saya Menggunakan Balm Tok Syed dapat melegakan batuk,selsema dan hidung terseumbat untuk bayi dan anak saya kerana sangat wangi dan selesa.Sesuai dengan bayi dan anak saya

    testimoni balm bayi tok syed
    Ini adalah sebahagian dari Testimoni pengguna yang menggunakan Balm Bayi Tok Syed ni,Selain itu Testimoni video juga korang boleh lihat di Testimoni Video Balm Bayi Tok Syed .Menarik kan
    So korang kena daptkan Balm Bayi Tok Syed ini kerana ianya sangat berkesan untuk melegakan batuk,selsema dan hidung tersumbat.Dan pastinya ia sangat sesuai digunakan untuk seisi keluarga. .Bagi memastikan pembelian korang itu asli atau tidak,sila layari laman web www.toksyed.com/ori , kemudian masukkan nombor siri yang terdapat pada hologram di atas kotak produk.Hubungi pihak Tok Syed  jika terdapat keraguan maklum balas pengesanan status keaslian produk.

    Harga : RM80.00

    Saiz : 45g


    Tok Syed Distribution Sdn Bhd juga mengalu-alukan mereka yang ingin mencari pendapatan secara online atau Offline dengan menjadi pengedar Balm Bayi Tok Syed ni.Korang boleh Whatssap  HQ seperti no  yang tertera di bawah

    Sebarang pembelian dan pertanyaan boleh layari website seperti di bawah

    Website

    http://www.toksyed.com/


    Page Jualan

    http://www.toksyed.com/product/balm-bayi


    Pengedar

    http://www.toksyed.com/stockist


    Facebook

    https://www.facebook.com/toksyedori

    Instagram

    https://www.instagram.com/toksyedori/


    Youtube

    https://www.youtube.com/channel/UCp_nMwkF4a8kOshiZV9-48A

    Contact HQ

    0168262990


    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com


  • Produk

    Set Hadiah ENCHANTEUR Dengan Wangian Penuh Keindahan

    Assalamualaikum

    Set Hadiah ENCHANTEUR Dengan Wangian Penuh Keindahan | Set Hadiah yang pastinya memberikan seribu satu kemanisan yang tidak dapat digambarkan dengan perasaan si penerimanya.Set Wangian dari Enchanteur adalah pilihan yang terbaik untuk dijadikan hadiah hari jadi,Hadiah hari perpisahan dan sebagainya.

    Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak.Pastinya penerima menerima dengan hati yang berbunga-bunga kan.Yang lebih penting lagi,haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.

    Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT,Enchanteur telah memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik,sesuai untuk semua perayaan samada hari ulang tahun,hari lahir,anugerah pencapaian dan penghargaan.Wangian yang bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan ia lebih mudah untuk dibawa di dalam beg tangan. Terdapat 5 set Hadiah wangian keluaran terbaru dari Enchanteur untuk dihadiahkan kepada yang tersayang iaitu

    • Set Hadiah  EDT Mini Enchanteur Paris(Mon Amie & Adore)
    • Set Hadiah EDT mini Enchanteur Paris (Belle Amour & Mon Amie)
    • Set Hadiah Enchanteur Paris Mon Amie
    • Set Hadiah Mini Enchanteur ( Mon Amie and Charming)
    • Set Hadiah Mini Enchanteur (Belle Amour & Romantic)

    ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti,mengikuti peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. Wangian Enchanteur direka dengan unik untuk menghidupkan detik-detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan

    Kesemua Set Hadiah ini mempunyai bauan tersendiri yang memberikan perasaan si penerimanya tersenyum.

    SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)

    Mon Amie bermaksud My friend(sahabatku),memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran.Manakala Belle Amour bermaksud Beautiful Love(Keindahan cinta)satu wangian yang di dambakan terhadap seorang gadis impian.Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta  yang mekar.Ia direka khas dengan bahan unik yang dapat memberikan mood keseronokkan pada siang hari serta pengalaman suasana temujanji yang indah.

    SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND ADORE)

    Set Hadiah ini mempunyai dihasilkan untuk wangian yang memikat dan menawan hati orang sekeliling.Mon Amie mempunyai wangian aroma personaliti menawan dalam semua hubungan,yang merangkumi persona terang,dan ceria si pemakai.Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idaman yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam.Set Hadiah ini dapat meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan.

    SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)

    Set ini diilhamkan dari personaliti romantis si gadis,ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu yang terdapat di dalamnya wangian BELLE AMOUR dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu.Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan rasa cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga.Tentunya korang terpesona dengan keanggunan dan kecantikkannya yang memukau.

    SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)

    Set hadiah ini terdiri dari wangian Mon Amie dan Charming yang bersaiz 15ml setiap satu berkonsepkan wangian malam dan siang.Set ini dapat melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza pada waktu siang dan malam.Wangian Mon Amie menunjukkan si pemakainya seorang individu yang periang dan mudah didekati.Manakala wangian Charming adalah wangian yang sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat sidia terpikat kepada si pemakai.
    enchanteur

    SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE

    Set ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml beserta dengan losyen badan dan tangan Light & Fresh.Losyen ini sangat segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml.Kedua-duanya di dalam variasi Mon Amie.
    Losyen dari set ini diperkaya dengan lidah buaya,portulaca,ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut ,cerah,lembab dan dapat melindungi kulit dari sinaran UV.
    enchanteur
    Sangat sukakan kedua-dua wangian ni.
    Enchanteur
    Botol yang cantik diilhamkan oleh Enchanteur sesuai untuk hadiah.
    Mon Amie wangian untuk mereka yang periang dan mudah didekati.
    Enchanteur

    Wangian Romantic menyemarakkan rasa cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga.

    ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS ni dijual pada harga RM34.90(Semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak).ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50(Semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak).Selain itu ENCHANTEUR MINIAITURE GIFT SETS di jual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.

    Untuk maklumat lanjut korang boleh layari website Enchanteur Malaysia

    Facebook www.facebook.com/EnchanteurMY/

    Instagram : www.instagram.com/enchanteurmy/

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • Produk

    Book Planner Muslimah 2018

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺ Alhamdulillah…dapat juga akhirnya.Actually sebelum dapat Book Planner ni,memang dah banyak dok tengok orang up pasal Book planner ni tau.Macam teringin nak ada satu memandangkan tengok book planner tu semua cantik-cantik belaka.

    Bukan takde book planner,cuma Book Planner muslimah ni lagi cantik,isi dalammnya berbeza sangat dengan Book Planner yang lain.Sangat sesuailah dengan nama muslimah tu.Yelah,perempuan dengan kecantikkan memang tak boleh nak dipisahkan kan.

    So,bagai tidur disorongkan bantal,eh..tetiba..haha..tak tau kena ke tak peribahasa tu,yelah,apa yang aku idamkan akhirnya aku dapat tanpa membeli..keh..keh…Dah jimat duit.

    So,inilah dia Book Planner 2018 yang aku dapat tempohari.So nice.Dah namanya hadiah,cannot lah nak choose pink or coraknya.Tapi cantiklah jugak..Janji dalamnya pun ada pink.

    Weh,saja nak bagitahu kat korang,sambil aku typing ni,sambil mata pandang tempat lain.Saja nak try typing tanpa melihat screen or keyboard.Saja kan nak buat banayak kerja.Sat lagi check balik mana yang typo.Ok aku ngaku,aku ada tengok jugak sikit-sikit.

    Book Planner Muslimah 2018

    Book Planner Muslimah 2018

    Hah…cantikkan…Dah tular tau pasal Book planner ni.Kat mana-mana je orang jual.Nanti aku sebutkan IG yang berikan hadiah kepada aku ni eh..

    So,kita tengok dalamnya macam mana pulak.Yang pasti,ianya boleh menarik minat korang untuk menulis dan mencatatkan sesuatu yang penting.Selain tu,korang boleh membaca ayat-ayat motivasi harian yang ada di dalam planner ni tau.Wow…bijak betul yang mencipta planner ni..Thumbs up beb!!

    Hah…ni aku bagi tengok apa ynag ada di dalam planner ni.

    Book Planner Muslimah 2018
    Ayat-ayat dari al-quran pun ada untuk korang bagi memotivasikan diri serta menjadi muslimah sejati.
    Aku memang suka dengan ayat-ayat yang ada di dalam planner ni.Sangat membantu tau.
    Book Planner Muslimah 2018
    Ada Mutabaah Amal dan Waktu Solat

    Finance Tracker
    Book Planner Muslimah 2018
     Siap boleh tag lagi Mood kita setiap hari..
    Book Planner Muslimah 2018
    Seperti biasa catatan planner setiap hari

    Book Planner Muslimah 2018
    Planning chart
    Macam-macam ada lagi yang ada di dalam Planner ni,so korang harus ada satu buku ni.
    Aku tak paksa untuk beli,tapi kalau korang yang jenis suka mencatat dan banyak kerja yang perlu ingatkan,elok sangat lah planner ni untuk korang.Biar lagi teratur plan korang tu.eceh…
    So mana nak dapatkan book planner murah  ni..hah…jom survey ig and shopee di bawah ni

    IG :susunatursioca
    Shopee: sitihafizahyusof

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • Produk

    FERWHITE L-GLUTATHIONE MENGHILANGKAN JERAGAT

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺Hari tu masa aku balik kampung,aku perasan akan perubahan wajah dan kulit mak..Aku amati muka dia,kelainan yang ada di wajah dia…

    And yes,baru aku tau,jeragat dia dah mula berkurangan,dan…dia nampak lebih flawless dari biasa…amboiii..kemahin mak aku kan.Punyalah taknak bagitahu kat kami anak dia ni hah apa yang dia guna.Pujuk banyak kali pun taknak bagi tahu.Kemahin lagi kan.

    So,berceritalah seperti biasa,ala…cerita anak beranak je,Tapi..part yang best,dia terkeluar cerita apa yang dia makan dan jeragat dia berkurangan..Hehe…Kena saiko sikit dan pecah rahsia.Di dah bongkarkan produk yang menghilangkan jeragat tu.Kah..kah..So,selepas cerita ,dia kata dia banyak beli stock,eceh..kemain kan..So dia tnye kat aku samada aku nak mencuba ke tidak..Huiii..Pantanglah dengar Offer macam tu kan..

    Aku makan bukanlah nak putih ke ape,tapi kalau ikut skin aku ni,kulit berminyak,jerawat kadang timbul,blackhead and white head.Dan kulit tak sekata.Why not aku cuba lagipun FERWHITE L-GLUTATHIONE ni ada KKM..So tak perlu risau..

    FERWHITE L-GLUTATHIONE  MENGHILANGKAN JERAGAT

    FERWHITE  ni mempunyai L-Glutathione dan ditambah pula dengan Vitamin C.Kira cukup rencah dia untuk membuat kulit lebih cantik.Korang yang nak kulit cantik,makanlah kapsul Ferwhite  ni.Confirm gebu.

    FERWHITE L-GLUTATHIONE  MENGHILANGKAN JERAGAT

    Jom kita tengok apa kelebihan yang ada pada FERWHITE L-GLUTATHIONE ni

    KELEBIHAN KAPSUL FERWHITE  L-GLUTATHIONE 

    Selain dapat menghilangkan jeragat dan kulit kusam,Ferwhite mampu memberikan

    • Kesan seawal 7 hari
    • Pencerahan kulit lebih pantas
    • Menghilangkan parut
    • Anti Aging/Anti Penuaan
    • Membuat kulit muka lebih gebu
    • Melambatkan proses penuaan
    • Mengurangkan kedutan dan garis halus pada wajah
    • Atasi masalah tumit kaki pecah
    Wah…nampaknya aku kena teruskan pengambilan Ferwhite ni lah kan.Barulah segala masalah diatas dapat di atasi

    FERWHITE L-GLUTATHIONE  MENGHILANGKAN JERAGAT

    CARA PENGAMBILAN VITAMIN FERWHITE

    Kena ambil Ferwhite capsul ni sebelum makan pagi dan sebelum tidur malam.Di dalam satu botol mengandungi  30 biji dan tahan selama sebulan jika diambil sebiji sehari.
    Banyakkan minum air sebanyak 3 liter sehari.

    Hah…bagi korang yang nak kulit cantik,boleh la terus dapatkannya sekarang.

    Facebook

    Whatssap






    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com


  • parenting blogger,  Produk

    Breast Pump & Bottle Cleanser Pencuci Serbaguna Si manja

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺Dah jadi mak-mak ni kan,ada je benda yang kita kena alert.Bukan sahaja dari segi makanan,malah dari segi bahan-bahan pencuci untuk mencuci baju mereka dan barangan seperti botol susu dan juga hal yang lain-lain.

    Cerita pasal botol susu atau pencuci breast pump part ni,selalunya aku hanya rendamkan air panas sahaja.Pernah aku cuci botol susu guna pencuci pinggan,memang berbau,sampai dah basuh bersih-bersih pun masih berbau lagi.Lepas tu aku cuba beli pencuci botol susu ni jenama yang ada di pasaran,pun sama.Lagi satu aku tak pasti samada ianya sesuai atau tidak.

    Hah..mulalah umi ko ni panasaran kan bila nak mencari produk apa yang bagus untuk menjaga botol susu supaya ianya kekal bersih selepas basuh,tiada bahan kimia dan juga bauan.

    Eh..eh..bukan sahaja untuk penjagaan botol susu,malah alat mainan dan juga makanan yang disediakan untuk mereka.

    Aku dah jumpa pun produk yang di jual di pasaran tempatan yang diperbuat tanpa sebarang bahan kimia.Untuk entry kali ni aku nak share lah kan satu produk sebaguna yang boleh kita gunakan untuk menjaga dan memelihara anak kita dari bahan-bahan terlarang tu.

    Produk Chomel iaitu Breast Pump & Bottle Cleanser ini adalah bahan pencuci yang berasaskan tumbuhan yang sangat berkesan untuk menanggalkan lemak susu dan kotoran dengan mudah dan cepat.

    Breast Pump & Bottle Cleanser  adalah serbaguna yang boleh mencuci :-

    • Breast pump
    • Botol Susu
    • Puting susu
    • Mainan kanak-kanak
    • Sayur
    • Buah

    Cara menggunakannya Breast Pump & Bottle Cleanser

     pam kan Breast pump & bottle Cleanser pada span atau pencuci botol dan cuci botol atau mainana anak dan bilas dengan air sehingga bersih

    Cairkan 1 pam Breast pump & Bottle Cleanser  di dalam 5 liter air .Rendam buah atau sayuran ke dalamnya dan biarkan selama 15 minit.Kemudian bersihkan dengan air sehingga bersih.

    Bahan-Bahan yang terkandung di dalam Breast Pump & Bottle Clenaser ini.

    Aqua,Decyl Glucoside,Cocomidopropyl Betaine,Glycerin,Cecropin,Sodium Polyacrylate,Sodium Bicarbonate.

    Bahan-bahan yang terkandung di dalam Chomel Breast Pump & Bottle Cleanser

    Aqua,Decyl Glucoside,Cpcpmidopropyl Beaine,Glycerin,Cecropin,Sodium Polyacrylate,Sodium Bicarbonate.

    Untuk korang yang ingin mendapatkan produk Chomel ini boleh layari website di bawah ini dan juga korang boleh dapatkan di Lazada Malaysia 

    Website : www.chomelbaby.com
    Email : support@chomelbaby.com
    Instagram : Chomel_baby
    Facebook : Chomelbaby
    Alamat: 
    ESONA Nature Sdn Bhd
    48 Jalan 1, Taman Industri,
    Pandaan Indah,
    55100 Kuala Lumpur

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com


  • Produk

    SUSU KAMBING ETSUMELL CHOCO OAT SEDAP DAN BERKHASIAT

    Assalamualaikum

    SUSU KAMBING ETSUMELL CHOCO OAT SEDAP DAN BERKHASIAT | Hai korang☺☺…

    Bila dengar susu kambing ni,mesti tekak korang rasa loya je kan..Kan dia macam ada bau-bau hamis yang menyebabkan korang seriau nak minum…kan..kan

    etsumell

    Susu Kambing Etsumell choco oat ni di formulakan dan dirumus khas berasaskan susu kambing dan 100% bahan semulajadi(organik) tanpa sebarang bahan kimia,pewarna atau perisa tiruan.Istimewanya susu ni kalau korang nak tahu,ia ada tambahan Oat  yang menjadikan susu kambing Etsumell ni tinggi kandungan serat yang berperanan penting dalam membekalkan lebih tenaga selain menjaga kesihatan jantung kita.Ia ditambah pula dengan DHA dan Makanan Sunnah serta gabungan optimum vitamin dan Mineral yang memenuhi keperluan nutrisi badan dan diet harian.

    Susu Kambing Etsumell  Choco Oat ni mengandungi Susu kambing,Oat,DHa Kurma,Madu,Kismis,Habatus Sauda,Arabic Gam,Delima,Ekstrak Biji Aprikot dan juga serbuk koko.


    SIAPA YANG PERLU MENGAMBIL SUSU KAMBING ETSUMELL CHOCO OAT 

    • Kanak-kanak.
    • Wanita hamil dan berpantang.
    • Wanita yang menyusukan bayi.
    • Remaja.
    • Dewasa dan warga emas

    KELEBIHAN SUSU KAMBING ETSUMELL CHOCO OAT.

    Kanak-kanak/Pelajar /Remaja
    • Meningkatkan sistem imunisasi.
    • Khasiat DHA/Kismis/Kurma membantu meningkatkan IQ/EQ kanak-kanak dan pelajar.
    • Penghadaman lebih lawas dan lancar.
    • Menguatkan jisim tubuh yang sihat.
    • Membantu menghilangkan kahak dan lelah.
    • Mudah dicerna.
    IBU HAMIL
    • Membantu menaikkan HB dan mencegah anemia sewaktu hamil.
    • Membantu mengelakkan sembelit/buasir
    • Melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus.
    • Memberikan tenaga,menghilangkan loya serta pedih ulu hati.
    • Mengurangkan rasa sakit belakang dan bengkak kaki di akhir waktu kehamilan.
    • Membantu mengurangkan risiko bayi terkena jaundice/demam kuning berpanjangan.
    • Mengimbangi kadar kolestrol dan kandungan gula dalam darah.
    IBU MENYUSU
    • Sebagai Milkbooster
    • Memekatkan susu
    • Memberi tenaga
    • Bayi mendapat lebih khasiat.
    • Membekalkan khasiat kalsium.
    DEWASA/WARGA EMAS
    • Bersifat alkali dan ia akan berlawan dengan makanan dan toksin yang menjadi penyebab penyakit kronik.
    • Badan berasa lebih bertenaga dan terasa ringan.
    • Melegakan sakit gastrik dan membantu merawat asma dan lelah.
    • Membuang angin dan toksin dari badan.
    • Dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik.
    Paling best masa aku puasa Arafah hari tu,sahur sempatlah menikmati secawan Susu Kambing Etsumell ni.Secawan susu dengan 2 keping roti je dah buatkan perut aku kenyang.Takde rasa letih pun masa berpuasa hari tu.Elok pi shopping barang basah untuk Hari raya Haji hari tu tau.
    Minum susu Etsumell ni memang best,kalau aku yang bancuh,aku akan lebihkan scoop dari yang disarankan..Pekat-pekat sikit baru best tau.4 scoop susu Etsumell dengan 150ml air panas.uih..memang sedap.
    Bukan sahaja aku je minum,bahkan Naura dan fiyah pun suka minum susu kambing ni.Yelah,sebab dia berperisa coklat kan..Haruslah sedap je togak susu tu.
    etsumell

    Cara penyediaannya
    campurkan 3 scoop bersama 120ml air suam.
    Ok..ada info sikit ni, Jika korang membeli Susu Etsumell ni, korang boleh reedem untuk mendapatkan  satu box percuma tau.
    Caranya korang kena kumpul 10 kupon yang ada di atas kotak Etsumell ni,dan bila dah cukup,korang boleh tebus sekotak Etsumell ni secara percuma..

    Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh follow mereka ye

    Fb : https://facebook.com/susukambingEtsumell/
    Ig : http://www.instagr.am/etsumell_hq
    Contact : +6011-23451742

























    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com