Caruman PERKESO Untuk Online Seller

CARUMAN PERKESO UNTUK ONLINE SELLER

Caruman PERKESO Untuk Online Seller | Skim baru dari PERKESO untuk mereka yang bekerja sendiri sebagai peniaga online,pelukis,jurufoto,ejen-ejen,pemandu grab,artis, tukang urut dan lain-lain lagi.

Umi dengar ni pun dari rakan-rakan ejen MOMMYHAPPY jugak.Umi share sedikit info ni kepada mereka yang terlibat dalam CARUMAN PERKESO UNTUK ONLINE SELLER dan lain-lain.

Disebabkan umi juga merupakan salah seorang Online Seller, bila dapat berita ni, rasa terujalah jugak nak tau lebih lanjut tentang ni kan.Info asal dari Raudzah Arippin.

Jom kita lihat apa yang dimaksudkan dengan Caruman Perkeso Untuk Online seller dan mereka yang terlibat.

 

CARUMAN PERKESO UNTUK ONLINE SELLER

 

Skim ini bermula dari 1 Januari 2020 dan ditawarkan bagi 19 sektor pekerjaan.

Mulai 1 Januari 2020, Perlindungan Skim Keselamatan Sosial pekerjaan sendiri di bawah AKTA 789 akan diperluaskan meliputi sektor-sektor berikut :-

  • PENGANGKUTAN PENUMPANG
  • PENGANGKUTAN BARANGAN DAN MAKANAN
  • PERTANIAN
  • PENTERNAKAN
  • PERHUTANAN
  • PERIKANAN
  • MAKANAN
  • PEMBUATAN
  • PEMBINAAN
  • PENJAJA
  • PREMIS PERNIAGAAN
  • PERNIAGAAN ONLINE
  • TEKNOLOGI MAKLUMAT
  • PEMPROSESAN DATA
  • EJEN
  • PERKHIDMATAN PROFESIONAL
  • PERKHIDMATAN SOKONGAN
  • KESENIAN
  • PENJAGAAN,PERAWATAN DAN PEMULIHAN KESIHATAN
  • PERKHIDMATAN ISI RUMAH’

 

FAEDAH-FAEDAH DI BAWAH SKIM BENCANA KERJA PEKERJAAN SENDIRI

FAEDAH YANG DISEDIAKAN DI BAWAH SKIM INI ADALAH :-

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan sentiasa
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah pemulihan
  • Faedah Pinjaman Pendidikan

 

CARA DAFTAR SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN

Korang boleh terus ke pejabat PERKESO yang berdekatan untuk mendaftar dengan bayaran serendah RM13.10 sebulan.

Pembayaran ini boleh dibuat setiap bulan atau setiap 3 bulan atau 1 tahun terus.

perlindungan akan diambil kira bagi bulan yang dibuat bayaran sahaja( info lanjut boleh rujuk kepada PERKESO)

KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia / permastautin tetap tanpa mengira had umur; 
  • Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.

PEMBAYARAN CARUMAN

  • Pembayaran caruman secara tahunan atau bulanan. 
  • Kaedah pembayaran secara tunai boleh dibuat di semua pejabat PERKESO 
  • Kaedah online melalui perbankan internet di https://matrix.perkeso.gov.my/. (Untuk panduan sila pilih butang ‘Bantuan’).

 

 

layari laman web Perkeso seperti di bawah ye.

SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *