Kerja Banyak Tapi Tak Tahu Nak Buat Yang Mana Dulu

Kerja Banyak Tapi Tak Tahu Nak Buat Yang Mana Dulu.Hah gitulah keadaan umi sekarang.Entah apa yang buat umi ni sibuk pun tak taulah.

Lepas balik dari Melaka hari tu, memang takde kesempatan sangat nak update blog ni.Tu belum masuk settlekan video dari klien.Bukan merungut, tapi masih lagi belajar menguruskan masa.Nak-nak bila anak dah sekolah ni, lagilah kadang-kadang lari schedule asal.

Kalau boleh dalam fikiran ni nak settle kan semua sekali kerja supaya takde yang pending.Tapi tulah, masa sentiasa mencemburui.Bukan senang nak senang, bukan juga susah nak senang kalau kita tau cara nak menguruskan masa yang kita ada kan.Tu yang jadik kerja banyak tapi tak tahu nak buat yang mana dulu.

Tapi tulah, manusia ni memang tak pernah rasa apa yang dia ada tu cukup.Cuma cukuplah sekadar yang mencukupi tu keperluan yang kita perlukan.Apo ntah umi ko bebelkan kan.

Tapi semenjak jadi suri rumah ni, Alhamdulillah syukur rezeki tu sentiasa ada.Sentiasa datang walau takdelah datang sedebuk.Duit kan tak jatuh dari langit.Apa pun kita usaha kan.

Kalau kita cerita pasal masa ni, betul orang kata.kalau kita tak bijak menguasai masa, tak bijak uruskan masa, banyak benda yang kita tinggalkan.Dalam kepala otak ni kan, sebenarnya banyak benda yang kita nak buat.Tapi kalau kita tak jadualkan betul-betul memang kelaut dalam la nampaknya.

Korang tau tak kepentingan menguruskan masa ni.Kalau kita gagal menguruskan masa dengan bijak, kemungkinan akan berlaku perkara-perkara di bawah ni.antaranya:-

  • Stress
  • Banyak masa yang berfaedah dibazirkan
  • Kerja tidak produktif
  • Menjadi cemas dan bimbang
  • Bertambah gusar dan mudah marah
  • gagal meyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan

Itu kalau kita tak tau nak menguruskan masa dengan betul.Korang tau tak cara mengurus masa dengan bijak.Hah!! Meh umi kongsikan supaya kita dapat sama-sama dapat menguruskan masa dengan betul.

Kerja Banyak Tapi Tak Tahu Nak Buat Yang Mana Dulu

9 CARA MENGURUSKAN MASA DENGAN BIJAK

1# Buat Jadual Harian dan Catatkan

Ia bermula dari kita celik mata.Pukul berapa biasanya kita bangun tidur,mandi dan solat subuh.Kalau anak sekolah, pukul berapa anak perlu bangun.Dan pukul berapa kita nak siapkan segala uniform dan penghantaran pergi dan balik sekolah anak-anak.Semua tu kita kena catit.Mana yang boleh kita sediakan belah malam, baiklah sediakan supaya pagi-pagi tu kita tak jadi singa dengan anak-anak.

Kita kena susun jadual pendek kata dari kita celek mata, sampailah kita tutup mata.Bukan tutup mata selamanya ye.Tutup mata untuk tidur malam.Dan begitulah hari seterusnya.

2# Senaraikan perkara apa yang kita nak buat untuk hari Esok.

Maksudnya bukan hari ni punya jadual baru hari ni jugak korang nak kena schedule.At least ambil masa sebelum tidur tu, schedule kan dulu apa yang nak dibuat untuk esok dan hari-hari seterusnya.Selitkan la dalam jadual harian korang tu.Planner kan ada. Apa guna planner cantik-cantik kalau tak pandai gunakan.Kotlah korang takde kerja kan hari tu dan hanya menonton tv je tanpa melakukan apa-apa kerja,gunakanlah senarai yang ada untuk mengubah masa lapang korang dengan melakukan aktiviti yang lebih produktif.

Buat jadual tak semestinya takde masa berehat.Kalau takde, mau stress hidup uiii…Mesin pun nak berehat inikan pulak manusia kan? Jadi dalam jadual korang tu, selitkanlah masa untuk berehat.

3# Tetapkan matlamat apa yang korang nak capai.

Contohnya bila korang seorang suri rumah dan dalam masa yang sama korang juga ada buat bisness.Eh!! suri rumah pun mampu berjaya tau.Jadi kita mesti ada satu matlamat untuk dapatkan apa yang kita nak.Buatlah satu VISION BOARD untuk korang capai yang korang nak capai.Mana tau korang punya misi untuk kumpul duit bawa keluarga pergi bercuti tempat yang mahal-mahal ke,pergi umrah ke apa ke kan? Jadi suri rumah di zaman sekarang ni kena ada juga matlamat dalam kehidupan.

Boleh baca cara bagaimana nak buat vision Board – TIPS BUAT VISION BOARD

Sample Vision Board yang korang boleh gunakan – SINI

4# Bahagikan aktiviti harian mengikut kategori.

Tetapkan keutamaan apabila kita membahagikan masa mengikut kategori.Contohnya, menyiapkan anak-anak sekolah adalah keutamaan.Ataupun, bersiar-siar di pusat membeli belah adalah keutamaan dan sebagainya.Tetapkan aktiviti berdasarkan keutamaan.

5# Tetapkan had masa

Jika kita perlu menyiapkan kerja rumah, tetapkan had masa.Pastikan kita menyiapkan kerja tersebut dalam had masa yang ditetapkan.

6# Gunakan Diari

Diari atau jadual waktu dapat membantu kita melakukan tugasan dan mencapai matlamat yang ditetapkan.Ia juga turut membantu kita untuk merancang aktivit harian berdasarkan apa yang mesti diselesaikan.Secara langsung ia membantu kita menggunakan masa yang terluang untuk menyiapkan tugasan atau aktiviti yang ingin dilakukan.

7# Simpan tugasan di satu tempat.

Kita hanya akan membazirkan masa jika kita perlu menyusun semula tugasan yang ingin kita selesaikan.Pembaziran dapat dikurangkan jika kita boleh menyimpan semua tugasa di satu tempat agar ia boleh diselesaikan dengan cepat dan mengurangkan stress.

8# Jangan Melengah-lengahkan kerja

Berlengah itu pencuri masa.Kita hanya membazirkan masa jika kita melengah-lengahkan kerja kita.

9# Siapkan tugasan dengan betul semasa kali pertama dilakukan.

Kita hanya membuang masa jika tugasan itu perlu dibuat semula.

Jadi perlu untuk kita mengurus masa dengan bijak supaya ia memudahkan kita.Insyallah pelan-pelan untuk kita biasakan dengan tugasan harian kita bukan sekadar suri rumah, malah sebagai pekerja atau pelajar.

 

 

Loading

3 Comments

  1. Terima kasih tips. Kadang kalau kerja banyak sangat, selain buat yang due date dah dekat, saya buat yang paling santai sekali dulu. Yang bila buat tu kita rasa kurang stress. Jadikan booster mood untuk tugasan lain.

  2. Betul tu..Kene pandai uruskan masa dengan baik kalau tak mesti kite jadi stress..
    Thank you for the tips..

  3. Setuju sangat. Kena rajin buat list. Sebab dalam kepala memang macam2 nak buat. Tapi bila ada masa nak mula buat tu semua dah lupa. Paling best bila dah buat list, satu per satu boleh potong. Rasa puas hati sangat haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *