gerhana matahari separa

Cara Solat Sunat Kusuf Gerhana Matahari

Cara Solat Sunat Kusuf Gerhana Matahari | Pada 21 June 2020 kita sekali lagi akan menyaksikan gerhana matahari Separa atau disebut Gerhana Matahari Kusuf.

Apa itu Gerhana Matahari Separa 

Gerhana Matahari yang disebut KUSUF di dalam bahasa Arab bermaksud yang terlindung atau hilangnya cahaya matahari, sama ada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya.

Fenomena Gerhana matahari Separa ini berlaku selang 6 bulan selepas kali terakhir menyaksikannya pada 26 Disember 2019.

Gerhana Matahari ni berlaku bukanlah kerana kemurkaan Allah SWT, tetapi ia merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt.Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hanbanya kerana fenomena ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains.

.

Merujuk kepada blog falakonline.net gerhana matahari kali ini adalah yang terakhir kita akan dapat saksikan dalam masa terdekat.Selepas tu, kita terpaksa menunggu lagi 3 tahun iaitu pada 20 April 2023.

JENIS GERHANA YANG BERLAKU PADA KALI INI

Gerhana yang berlaku pada kali ini dikenali sebagai Gerhana Matahari Separa yang bermaksud hanya sebahagian daripada bentuk piring atau jasad Matahari akan terlindung oleh bulan.

Di negara-negara seperti di Afrika Tengah, Semenanjung Tanah Arab, Pakistan, India, Nepal, China dan Taiwan, penduduk di sana akan dapat menyaksikan Gerhana Matahari Cincin

Gerhana kali ini dikenali sebagai Gerhana Matahari Separa. Ia bermaksud hanya sebahagian daripada bentuk piring atau jasad Matahari akan terlindung oleh Bulan.

Di bawah ni umi kongsikan peta gerhana bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta Brunei.Bagi korang yang ada di Singapura, waktunya adalah hampir sama dengan Johor Bahru

SENARAI WAKTU GERHANA MATAHARI SEPARA DARI SELURUH NEGERI MENGIKUT WAKTU-WAKTU TERTENTU

Apa yang perlu kita lakukan bila tibanya gerhana matahari separa ni?

Haruslah melakukan Solat  Gerhana matahari atau lebih dikenali dengan nama solat Sunat Kusuf bagi muslimin dan muslimat samada yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba.Disunatkan mandi sebelum dirikan solat gerhana seperti kita nak solat Jumaat.

Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, surau atau masjid. Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan secara bersendirian Walau bagaimanapun yang lebih afdhal dan utama adalah ditunaikan secara berjamaah di masjid yang didirikan Solat Jumaat.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Gerhana Matahari

cara solat gerhana matahari

RAKAAT PERTAMA

  1. Niat
  2. Takbiratul Ihram
  3. Membaca Ta’awudz
  4. Membaca Al-Fatihah
  5. Membaca mana-mana surah( paling afdal dibacakan surah Al-Baqarah)
  6. Rukuk dan Tasbih
  7. Iktidal serta membaca surah Al-fatihah dan mana-mana surah(paling afdal surah Al-Imran)
  8. Rukuk dan tasbih
  9. Iktidal
  10. Sujud dan tasbih
  11. Duduk antara 2 sujud
  12. Sujud kembali
  13. Berdiri untuk rakaat kedua

RAKAAT KEDUA

  1. Membaca Surah Al-fatihah
  2. Membaca mana-mana surah(paling afdal dibacakan Surah Al-baqarah)
  3. Rukuk dan Tasbih
  4. Iktidal serta membaca surah Al-fatihah dan mana-mana surah(paling afdal surah Al-maidah)
  5. Rukuk dan Tasbih
  6. Iktidal
  7. Sujud dan tasbih
  8. Duduk antara dua sujud
  9. Sujud kembali
  10. Membaca tasyahud akhir
  11. Memberi salam

 

Waktu Paling Afdal Melakukan Solat Sunat Gerhana Matahari

Waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Gerhana ialah sebaik saja berlakunya gerhana sehingga hilangnya gerhana dan keadaan menjadi seperti sediakala.

Jika gerhana berlalu dan hilang semasa kita masih dalam keadaan solat, ia masih dikira sah.

Nota Tambahan

  • Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan: ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
  • Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika Solat Sunat Gerhana Bulan dan perlahan ketika Solat Sunat Gerhana Matahari.
  • Disunatkan mandi untuk Solat Sunat Gerhana, seperti hendak Solat Jumaat.

Sumber: siraplimau

 

Semoga bermanfaat untuk korang.Jangan lupa tau Ahad ni

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *