CARA SOLAT JAMAK BESERTA NIAT DAN SYARATNYA

Cara solat Jamak beserta niat dan syaratnya.Panduan ini memudahkan mereka untuk meringankan ibadah walaupun dalam perjalanan yang jauh dengan jarak melebihi dua marhalah.

Solat Jamak ni mudah, cuma kita je yang tak mudah untuk cuba melakukannya.Jadi, panduan Solat Jamak ni untuk mengingatkan umi sendiri untuk tidak terlepas dari solat apabila dalam perjalanan yang jauh.Jadi umi share dekat sini untuk peringatan kita bersama.Kita patut bersyukur sebab Allah tidak pernah membebankan hamba-hambanya dengan kewajipan yang tidak dapat kita pikul.Sebab tu bila kita bermusafir melebihi dua marhalah ni, kita diberi kelonggaran untuk menjamak dan mengqasar kan solat kita.

Dua marhalah tu maksudnya perjalanan kita sejauh 92km.Jadi bila kita buat solat jamak, kita tak perlu untuk singgah banyak tempat untuk melakukan solat.Maksudnya kita boleh menjamakkan dua solat serta mengqasarkannya sekaligus.Sebelum tu kita kena tahu dulu apa itu solat jamak.

APA ITU SOLAT JAMAK

Dalam bahasa arab Jamak ini ialah Menghimpunkan atau mengumpulkan sesuatu yang berselerak, atau mengarang kitab atau menyusun huruf.Dalam solat, ia bermaksud menghimpunkan dua waktu solat fardu dengan melakukannya dalam satu waktu.

Contohnya kita apabila dalam perjalanan yang jauh kita mengumpulkan solat Zohor kepada Asar dan sebaliknya atau mengumpulkan solat maghrib dengan isyak dan sebaliknya.

Solat Jamak ada dua iaitu :-

#1 Jamak Takdim

  • Kedua-dua solat mengikut tertib(mendahului dengan solat empunya waktu)
  • Niat jamak dilakukan dalam solat yang pertama( hingga sebelum beri salam)
  • Berturut-turut antara solat pertama dan kedua.
  • Masih musafir hingga takbir solat kedua

Syarat-Syarat Jamak Takdim

  1. Kedua-dua solat dilakukan mengikut urutan
  2. Berniat menjamakkan solat yang kedua dengan yang pertama sebelum selesai solat yang pertama.
  3. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua(Tidak boleh diselangi oleh pekerjaan atau perbuatan lain)
  4. Masih dalam musafir sehingga memulakan solat yang kedua

#2 Jamak Ta’khir

  • Niat Ta’khir kan solat pertama pada waktu kedua adalah ketika masuk waktu solat pertama.
  • Masih musafir hingga selesai kedua-dua solat
  • Tertib diantara kedua-dua solat TIDAK DISYARATKAN malah boleh dimulakan dengan mana-mana antara solat tersebut.

Syarat-syarat Jamat Takhir

  1. Berniat untuk menjamakkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
  2. Berkekalan musafirnya sehinga selesai kedua-dua solat.
  3. Tertib diantara kedua-dua solat tidak disyaratkan malah boleh dimulakan dengan mana-mana antara dua solat tersebut.

LAFAZ NIAT SOLAT JAMAK TAQDIM 

 

CARA SOLAT JAMAK

 

 

Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.

Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.Perlu untuk kerjakan solat fardu zohor sebanyak dua rakaat itu dengan pembacaan surah al-fatihah dan diikuti dengan surah-surah lain.

Selesai sahaja salam, segera bangun berdiri untuk solat fardu Asar tanpa membaca wirid, doa atau solat sunat.

Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut.

 

CARA SOLAT JAMAK

Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.

Sewaktu kita melakukan Takbiratul Ihram, niatkan di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.Kerjakan solat fardu Asar tersebut sebanyak dua raakt dengan pembacaan Surah-Al fatihah dan diikuti surah-surah lain.

Jadi kita tak perlu lagi untuk mengerjakan solat fardu Asar di waktu asar nanti.

 

LAFAZ NIAT SOLAT JAMAK TAKHIR

Cara untuk mengerjakan solat jamak Takhir ialah :-

  1. Setelah masuk waktu zohor dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berniatlah kita untuk mengerjakan solat fardu Zohor di waktu Asar nanti.
  2. Niat ” Sahaja aku akan mengerjakan solat fardu Zohor jamak takhir di waktu Asar nanti”.
  3. Niat ini adalah syarat untuk jamak takhir.Jika tidak diniatkan dalam waktu Zohor, jamak tersebut tidak sah.
  4. Maksunya, jika kita terlupa niat, kita tidak boleh buat jamak takhir tetapi mesti qada’ solat Zohor dahulu.
  5. Apabila masuk waktu Asar, bersedialah untuk solat.Mulakan dengan solat fardu Asar dahulu.
  6. Dalam keadaan berdiri dan mengadap kiblat, ucapkanlah niatnya

Niat Solat Jamak Takhir Asar

Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.

Sewaktu Takbiratul iHram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.Kerjakanlah solat fardu Asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah Al-fatihah dan diikuti surah-surah lain.

Selesai sahaja salam, teruslah bangun berdiri untuk solat fardu Zohor tanpa membaca wirid, doa atau solat sunat.

Jangan dipisahkan  terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut.

Niat Solat Jamak Takhir Zohor

 

Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.

Sewaktu Takbiratul Ihram, niat dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas kemudian bacalah surah Al-fatihah dan diikuti surah-surah lain.

Umi rasa dua solat ini yang selalu kita tak dapat buat sebab selalunya kita memulakan perjalanan dari pagi kan? Jadi yang nak tahu cara dan niat untuk solat jamak maghrib atau isyak boleh terus baca di blog akuislam ni.

Loading

1 Comment

  1. terima kasih share kak. sangat berguna sebab saya selalu outstation. #acahacahterpalingsibuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *