Cara Solat Dhuha Lengkap Dengan Doa

Berikut adalah panduan cara solat dhuha lengkap dengan doa yang boleh kita amalkan sebagai amalan pembuka rezeki

Di bawah ini adalah panduan lengkap cara bagaimana mengerjakan soalt sunat dhuda dan cara bacaan doa dhuha yang ringkas mengikut sunnah

Solat sunat dhuha adalah alsah satu solat sunat yang dituntut dilakukan oleh setiap umat islam.Solat sunat dhuha ini juga sering disebut sebaagai amalan pembuka rezeki yang mempunyai pelbagai kelebihan.Jom baca cara solat dhuha lengkapa dengan doa dibawah ni.

APAKAH MAKSUD DHUHA YANG PERLU KORANG TAHU

Dhuha secara bahasanya adalah Al- Dhuha  (الضحى‎) boleh diterjemahkan kepada “Waktu Pagi” atau “Sinar Pagi”

Solat dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu pagi diantara waktu solat subuh dan solat zohor.Solat dhuha juga merupakan salah satu dari slat nafilah(sunat) yang dituntut.

Solat dhuha dilakukan untuk menghapuskan dosa dan agar murah rezeki.Terdapat nas yang menyebutkan akan kelebihan dan kepentingan solat ini.Antara seperti yang disebutkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata :-

Kekasihku telah berpesan kepadaku terhadap tiga perkara.(iaitu) berpuasa tiga hari dalam sebulan, dua rakaat solat dhuha, dan supaya aku melakukan solat witir sebelum aku tidur.

 

WAKTU MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

Solat sunat dhuha dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya iaitu sekitar 20-30minit selepas matahari terbit.

Tempoh waktu ini berlarutan sehingga hampir gelincirnya matahari iaitu sebelum masuk waktu zuhur.

Setelah masuk waktu zuhur, maka tamatlah waktu dhuha ( 10 minit selepas zuhur)

Ini berdasarkan hadis
صَلَاةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمِضُ الفِصَالُ

Maksudnya: Solat Awwabin ialah solat yang dilakukan ketika pasir (di tanah lapang) menjadi panas (kerana matahari sudah terik)

 

BILANGAN SOLAT SUNAT DHUHA

 

Solat dhuha boleh dilakukan paling sedikit dua rakat dan kemudiannya empat, enam, lapan sehingga 12 rakaat paling banyak.

Bilangan yang paling afdal untuk melakukan solat sunat dhuha adalah 8 rakaat.Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ummu Hani bin Abi Thalib R,andha beliau berkata :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ الْفَتْحِ صَلَّى سُبْحَةَ الضُّحَى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ يُسَلِّمُ مِنْ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ

Maksudnya : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melaksanakan solat dhuha pada hari Fathu Makkah (pembukaan kota Makkah) sebanyak lapan rakaat yang mana baginda memberi salam setiap kali selepas dua rakaat.

Riwayat Abu Daud (1290)

Imam Al-Nawawi berkata : Para ashab kami dan jumhur ulama berdalilkan dengan hadis ini dalam menyatakan istihbab (galakan) melakukan Solat Sunat Dhuha sebanyak lapan rakaat.

 

CARA SOLAT SUNAT DHUHA BESERTA DOANYA

 

Berikut adalah cara mengerjakan solat sunat dhuha.

1.LAFAZ NIAT SOLAT SUNAH DHUHA

أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَي رَكْعَتَين ِللهِ تَعَاليَ

(Usollii sunnatadh-dhuhaa rak’ataini lillaahi ta’aalaa.)

Ertinya: ”Sahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala.”

2.Membaca Surah Al-Fatihah

Setelah takbiratul ihram, baca surah al-fatihah seperti biasa 

3.Membaca Surah

Selepas itu kita boleh membaca mana-mana surah yang dihafal dalam semua solat sunat.

Namun antara surah-surah yang dianjurkan oleh ulama dalam solat sunat dhuha adalah :-

  • Ayat kursi- (Rakaat Pertama) dan Al-Ikhlas (Rakaat kedua) atau;
  • As-Syams(Rakaat pertama) dan Ad-Dhuha(Rakaat kedua) atau;
  • Al-lail(Rakaat Pertama) dan Al-insyirah (rakaat kedua)

Kemudian soalt diteruskan seperti biasa sehingga cukup 2 rakaat.

4.Bacaan semasa sujud akhir

Pada sujud akhir sebelum tahiyat akhir bolehlah dibacakan zikir dibawah ni

5. Zikir & Doa Dhuha

Selepas memberi salam dan melengkapkan bilangan rakaat yang diingini, ucapkan istighfar.

Menurut hadis sahih dari Aisyah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW dimana diriwayatkan selesai solat dhuha, baginda membaca doa dhuha 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ

Allahummagh fir lii wa tub ‘alayya, innaka antat tawwabur rahiim”

Ertinya: Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) sampai baginda membacanya seratus kali.

 

5 KEBAIKKAN SOLAT DHUHA

 

Terdapat beberapa kelebihan kita melakukan solat sunat dhuha,Antaranya adalah

 

#1 Sebagai Wasiat dan Sunnah Rasulullah

Rasulullah SAW berwasiat kepada umatnya untuk merutinkan solat sunat dhuha

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Bahawa dia berkata

Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti; iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Dhuha, dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir.”

— Hadis Riwayat Bukhari

 

#2 Dibangunkan sebuah rumah di syurga

Bagi golongan yang rajin mengerjakan dhuha juga akan dibangunkan sebuah rumah untuknya di dalam syurga.

hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW

Barangsiapa yang solat Dhuha empat rakaat dan qabliyah Zuhur empat rakaat, akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”

— Hadis Riwayat al-Thabrani

 

#3 Mendapat rezeki dengan segera

Diriwayatkan daripada Nu’aim bin Hammar bahawa ia berkata : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda;

Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaKu dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”

— Hadis Riwayat Abu Dawud

 

#4 Mendapat pahala umrah

Daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah Saw bersabda,

Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.”

— Sahih Al-Targhib: 673

 

#5 Mendapat keampunan dosa terdahulu

Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”

— Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi

 

Kalau kita rajin buat  solat dhuha ni, insyallah kita akan dapat 5 kebaikkan daripada solat ni.Jom kita manfaatkan dan lakukan dengan istiqomah.Jangan merasa diri kita dah baik kalau kita tak lakukan perkara-perkara yang dituntut oleh agama Islam.Semoga entry Cara Solat Dhuha Lengkap Dengan Doa bermanfaat untuk semua

 

Sumber : sini

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *