Cara Simpan Madu Kelulut

Cara Simpan Madu Kelulut | Dulu aku pernah ceritakan tentang madu kelulut yang sangat bagus untuk kesihatan kan.Korang boleh baca di entry Madu Kelulut Untuk Kesihatan.Di rumah akan ada sentiasa stock madu ni.Kalau anak batuk atau tak sihat, aku akan berikan madu ni pada dia.
Bila dah ada stock, mesti kita kena tahu cara simpan madu especially madu kelulut yang aku guna ni.Dari pembacaan aku dari blog  kelablebahkelulut, mereka ada kongsikan bagaimana cara simpan madu kelulut ni.Jom baca
madu kelulut asli jannahtul aini agrofarm

CARA SIMPAN MADU KELULUT

1.  Simpan di dalam bekas yang bersesuaian.  Madu hendaklah disimpan dalam bekas kaca yang mempunyai penutup yang kedap udara. Elakkan daripada mengguna bekas plastik atau besi kerana proses oksidasi bekas tersebut dikuatiri boleh menjejaskan sifat madu berkenaan.
2.  Pastikankan botol dan penutup yang digunakan dicuci bersih (disterilkan dengan membasuh dengan air panas) dan kering sebelum digunakan.
3.  Pastikan botol untuk simpanan ditutup rapat agar oksigen tidak masuk. Penapaian hanya berlaku dengan kehadiran oksigen dan air.
4.  Simpan bekas berkenaan di tempat sejuk dan kering. Elakkan daripada terdedah secara terus kepada cahaya matahari atau kawasan yang sentiasa lembab seperti di dapur.
So far, kalau kat rumah tu memang aku letak dalam fridge untuk madu tu tahan lama.Kalau letak luar, madu tu kan bergas, kalau bukak penutupnya tu, mesti akan bunyi meletup..So untuk lebih selamat kena lah letak dalam fridge.Di harap cara penyimpanan ni berguna untuk korang buat..

Loading

2 Comments

  1. Murni pon ada sebotol madu kelulut simpan dah lama dlm fridge

  2. biasa memang simpan dalam bekas kaca dan letak peti ais baru tahan lama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *