CARA SIMPAN IKAN AGAR KEKAL SEGAR DAN TAHAN LAMA

CARA SIMPAN IKAN AGAR KEKAL SEGAR DAN TAHAN LAMA

Salah satu cara simpan ikan agar kekal segar dan tahan lama ialah menyimpannya pada suhu yang rendah.Bahagian Freezer mestilah diletakkan pada 4 darjah celcius.Suhu yang rendah boleh merencatkan pertumbuhan dan pembiakan bakteria pada ikan.Kena simpan pada suhu yang optimum.

Ikan ni kalau kita tak simpan dalam peti ais dengan cara yang betul, dikhuatiri ikan akan cepat busuk, malah boleh mengeluarkan bau yang kurang senang dalam peti ais kita.Ikan yang disimpan dalam peti ais ni perlulah tahan lama agar ia boleh dimasak pada bila-bila masa apabila perlu.

Nak tau teknik dan cara simpan ikan yang betul kena baca entry seterusnya.

Kalau kita nak simpan ikna dalam peti sejuk, ia bukanlah soal petua semata-mata.Tetapi melibatkan keseluruhan proses daripada peringkat pemilihan ikan, hinggalah ke fasa penyimpanan.

5 CARA SIMPAN IKAN DENGAN BETUL

cara simpan ikan agar kekal segar

Mungkin korang boleh cuba antara 5 cara simpan ikan dengan betul seperti dibawah.

#1 Pilih ikan yang segar

Langkah pertama yang perlu kita lakukan sebelum kita simpan ikan, mestilah dengan memilih ikan yang segar.Ini kerana sebaik mana pun kita simpan ikan dalam peti sejuk, ia akan mudah busuk jika tidak segar.

Adalah yang lebih baik juga kita dapatkan ikan-ikan yang baru naik dari laut di pasar pada waktu pagi.

Ikan segar biasanya dijual pada waktu pagi kerana pada waktu itu nelayan baru balik dari laut.

#2 Bersihkan ikan dengan baik

Tips yang kedua adalah dengan menyiang ikan dengan bersih sebelum menyimpan ikan di dalam peti ais.

Membersih dan menyiang ikan dapat mengurangkan risiko perkembangan bakteria yang boleh menyebabkan ikan cepat busuk.

Berikut ilah cara siang ikan dengan betul

  • basuh bersih ikan dengan air paip
  • Kemudian, bagi ikan yang bersisik, bersihkan dahulu sisiknya dengan menggunakan pisau.Sisik ikan perlu ditanggalkan terlebih dahulu sebelum dibelah bagi mengelakkan isi ikan hancur.
  • Belah sedikit dibawah pertunya dan tarik keluar segala isi perut dan juga insang ikan.
  • Korang boleh juga potong kepala ikan jika mahu
  • Potong segala sirip dan ekornya agar ikan nampak lebih cantik
  • Basuh bersih segala darah ikan agar ikan tidak cepat busuk

#3 Simpan Ikan dalam bekas kedap udara

Bekas kedap udara amat penting untuk menyimpan ikan.Pertamanya, ia boleh mengelakkan air ikan daripada tumpah ke dala peti ais.Kedua,mengurangkan bau ikan daripada mencemari keseluruhan peti ais.

Jika kita nak jimatkan ruang, kita boleh menggunakan plastik atau beg penyimpanan yang boleh ditutup semula.

Ia juga kedap udara dan lebih menjimatkan ruang penyimpanan dalam freezer.

Baca j uga : 10 resepi masakkan cepat masak di bulan puasa

#4 Cara simpan ikan : Masukkan dalam bekas berisi air.

Ada satu petua yang dikongsikan mengenai cara simpan ikan untuk tahan lebih lamadengan bersih ikan terlebih dahulu dan toskan.Kemudian masukkan ikan ke dalam bekas mengikut kuantiti satu kali masak.

Setelah itu masukkan air ke dalam bekas sehingga menutupi ikan tersebut.Simpan bekas ikan dalam peti sejuk dan keluarkan apabila kita nak masak.Biarkan ais cair terlebih dahulu sebelum dimasak.

#5 Simpan pada suhu optimum

Salah satu cara simpan ikan yang penting adalah menyimpannya pada suhu yang rendah.Suhu bahagian freezer mestilah berada pada 4 darjah celcius atau leih rendah dari itu.Suhu yang rendah boleh merencatkan pertumbuhan dan pembiakan bakteria pada ikan.

Cara ini juga bukan je dapat mengelakkan mikroorganisme berkembang, malaah ia alah menghindari kejadian keracunan makanan akibat daripada makanan yang telah tercemar.

Hah itulah dia antara 5 cara simpan ikan agar kekal segar dan tahan lama untuk korang cuba.Mana tau kan berhasil.Semoga bermanfaat untuk korang.

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *