CARA SEMAK eKASIH BAGI MEMBASMI KEMISKINAN

Assalamualaikum

CARA SEMAK eKASIH BAGI MEMBASMI KEMISKINAN | Pelbagai usaha kerajaan bagi membasmi kemiskinan yang ada di Malaysia ni patut diberikan pujian.Jika tiada program seperti ini,kita tidak akan tahu mengenai mereka yang miskin.Kita sebagai rakyat Malaysia juga perlu prihatin bagi membantu program ini berjalan lancar.Perlu sebarkan usaha kerajaan bagi membasmi kemiskinan di Malaysia ini.

Entry ni bukanlah entry membodek atau apa,tapi salah satu cara untuk aku menolong menyebarkan benda yang baik.So haruslah kita menyebarkan benda yang baik ni supaya dapat dihebahkan kepada masyarakat.Pernah ke korang dengar Pasal program eKASIH ni.Jom kita lihat apa yang disebut pasal eKasih ni

Related image

APA ITU eKASIH

eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu,program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah(KIR) dan Ahli Isi Rumah(AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima

Komponan data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah(KIR) dan Ahli Isi Rumah(AIR) ,maklumat Lokasi,kediaman,pendidikan,kemahiran dan pekerjaan ,pemilikan harta,kesihatan,Pendapatan serta bantuan.

ANTARA CIRI UTAMA eKasih adalah:

  1. Semakan status kemiskinan secara online
  2. Penyelarasan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan(miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan(PGK) per kapita
  5. Penjanaan laporang dan statistik kemiskinan
  6. Proverty mapping dan pemantaun kemiskinan
Modul-modul yang terdapat dalam eKasih adalah Modul semakan,pendaftaran,kemaskini,laporan,pangkalan ilmu,sokongan,pemakluman kemiskinan dan SPB.
INFO PENYEPADUAN DATA
Proses penyepaduan data merupakan tindakan integrasi data-data bantuan termasuk penerima bantuan kebajikan dan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M).Ia akan berteraskan kepada profil data BR1M 2014 sebagai data asas dalam modul penyepaduan data yang mengandungi maklumat senarai penerima bantuan oleh agensi dan kementerian.
Komponen data modul penyepaduan terdiri daripada maklumat profil asas Ketua Isi Rumah(KIR),maklumat asas Ahli Isi Rumah (AIR) dan maklumat bantuan.

Senarai dalam modul penyepaduan data tidak diverifikasi secara lapangan sepertimana senarai ekasih(senarai disahkan) dan hanya mengandungi maklumat asas seperti nama,nombor kad pengenalan,lokaliti(alamat,daerah,negeri,parlimen,DUN),pendapatan kasar,pekerjaan ahli isi rumah(AIR) dan bantuan.

APLIKASI MOBILE eKASIH
Aplikasi Mobile eKasih merupakan sebuah aplikasi mobile yang menjadi front-end kepada Sistem eKasih yang dibangunkan bertujuan memberi kemudahan kepada perangkawan di Pejabat Pembangunan Persekutuan/Jabatan Pembangunan Persekutuan(PPN/JPP) ICU JPM membuat pemutihan data eKasih di lapangan secara real-time dengan cepat,mudah dan efisyen.

OBJEKTIF 

  • Memastikan data eKasih sentiasa tepat dan terkini
  • Mempercepat dan memudahkan proses pengemaskinian data ekasih
  • Memantapkan perancangan dan perlaksanaan program pembasmian kemisikian.
  • Mempercepatkan penyaluran bantuan kepada kumpulan sasar.
Info Lanjut tentang Ekasih korang boleh terus ke laman web seperti dibawah.
Laman Web
https://ekasih.icu.gov.my
 
Semakan Pendaftaran eKasih
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Loading

8 Comments

  1. Sudah daftar dan sudah semak…Anda Tidak Layak hahahahahaha

  2. BAgus juga ada kemudahan macam ini. I semestinya tidak layak.. huarghh

  3. Content Creator yang baik sekali,tetap jaya dan berkembang ya sob,yuk di check it out AGEN BANDARQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *