ILMIAH

Cara Rasulullah Jaga Kesihatan & Hidup Sihat Perlu Kita Ikuti

Cara Rasulullah Jaga Kesihatan & Hidup Sihat Perlu Kita Ikuti | Nak hidup hidup sihat kita kenalah jaga kesihatan supaya terhindar dari penyakit kan

Musim demam!! yes, bila umi ke klinik tempohari, memang ramai betul yang datang ke klinik semuanya sebab demam, batuk dan selsema.

Umi pun dah lebih 3 hari jugak, selsema demam ni tak hilang² lagi.Dok risau berjangkit dengan Naura nanti..

Tak taulah kenapa antibodi ni tak sekuat dulu..Faktor usia mungkin.Tapi tak jugak kan? Kalau kita ikuti cerita Rasulullah SAW, baginda tak pernah pun kena sakit teruk.

Sebab apa, Rasulullah SAW sangat menitik beratkan dalam penjagaan kesihatan beliau.Kan bagus kalau kita dapat ikut cara bagaimana Rasulullah SAW menjaga kesihatan beliau.

Sebenarnya Rasulullah SAW banyak bagi contoh yang baik untuk umatnya, cuma kita ni sentiasa cuai dan leka dengan duniawi sehinggakan kadang² sanggup mengabaikan kesihatan demi sesuatu perkara yang kita nak kejar.

Nak tau macam mana RASulullah SAW menjaga kesihatan Baginda.Jom kita ikut 8 Sunah Cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan diri dan Hidup sihat.8 Sunnah Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri & Hidup Sihat

 

8 CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DAN HIDUP SIHAT

Kalau tak mampu buat sekaligus, buatlah sedikit demi sedikit.Insyallah..ianya akan terbiasa kan?

 

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

 

SELALU AKTIF MENJAGA KESIHATAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.

Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)

 

TIDAK MAKAN BERLEBIHAN

Rasulullah tidak pernah makan berlebihan.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

 

SELALU BERJALAN KAKI

Rasulullah SAW menjaga kesihatan dirinya dengan selalu berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.

Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

 

RASULULLAH TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.

Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

 

SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK MUDAH PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah swt.

 

TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

 

JADILAH PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.

Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

 

sumber : akuislam

 

Kita sentiasa nakkan perkara yang baik² kan untuk diri kita.Jadi tak salah untuk kita ikuti cara Rasulullah demi menjaga kesihatan.

Insyallah

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *