Waktu Terbaik Menghafal Sifir di Musim Cuti Persekolahan | Terlalu awal ke untuk ajar anak yang berusia 6 dan 7 tahun menghafal sifir?
Zaman sekarang ni semuanya perlu diajar dari awal usia lagi.Bak kata mereka yang pakar, ajar anak dari dalam perut lagi.Tapi cara pembelajaran tu bukanlah sama dengan anak yang dah ada depan mata kan?
Step by step orang kata.Mungkin kita akan kata “kesian kat anak, kecik-kecik lagi dah kena belajar macam-macam”
Tapi kita tak tau budak-budak ni dia macam span.Memang cepat serap apa yang diajar.Sebab tulah kena ajar dari kecik.Kalau dah besar, tua bangka memang susah dah nak ajar.Tak masuk kepala otak gitu..hahaha..jangan marah naa
Umi pernah la masa nak hantar tuisyen dekat KLC, tanya teacher kat situ takpe ke kalau anak saya tak pandai lagi nak membaca bahasa melayu dengan betul lagi, boleh ke ajar diorang bahasa inggeris, boleh ke diorang ni masuk semua tu?
And tu yang Teacher tu bagitau kanak-kanak ni seperti sponge, mudah serap apa juga pelajaran yang diberi yang penting cara kita menyampaikan tu kena dengan anak-anak
Jadi walaupun usia Naura dan Fiyah masing-masing masih lagi 6 dan 7 tahun, umi ajar jugaklah ajar mereka.Kat rumah dalam bilik diorang tu memang ada poster sifir.Bukan poster sifir je, macam-macam poster umi tampal.

Tapi tulah, sekadar tampal tapi tak ajar tak guna jugak kan?Belajar tetap belajar..Selalunya kalau buat kerja sekolah memang dalam bilik ni.Sebelum tidur tu memang umi peruntukkan masa untuk suruh diorang hafal poster-poster yang umi tampal tu.
Biasa kalau ada adik beradik yang ada yang lambat tangkap dan yang cepat tangkap.Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan pada setiap subjek.Macam si kakak dia memang lambat membaca, tapi bab matematik dia ok.kalau adik, membaca memang tak payah umi suruh, yang lemahnya matematik pulak.
Jadi marilah kita raikan apa juga kejayaan anak-anak ye dak..
Umi tak pandai mengajar anak, tapi apa yang umi baca perkongsian dari cikgu-cikgu dari ejen Mommyhappy, umi cuba buat untuk anak-anak.Khususnya si kakak.Sebab kakak ni ada special sikit background dia.Jadi umi kena banyak bersabar dengan dia.
Tapi dia suka menghafal sifir.Walaupun baru sifir 2 dia hafal, umi tetap gembira..Kadang dah nak tido pun dia sibuk menghafal.Umi ikuti jugaklah tips-tips dari kengkawan untuk pratikkan pada budak berdua ni.Umi pun tak tau cara mudah hafal sifir yang mana yang berkesan.
Dari hasil pembacaan umi tentang cara hafal sifir dengan mudah, mudahlah umi mengajar bebudak ni.Nak tau tak nak ajar anak hafal sifir dengan mudah.Jom ikuti tips dari cikgu ni.
8 CARA HAFAL SIFIR HANYA DALAM SEHARI
Macam best jekan kalau anak kita boleh hafal sifir dalam sehari ni.Mungkin nampak mustahil, tapi tak mustahil kalau kita cuba dan usaha.Yang berjaya anak kita jugak kan?
Kata cikgu ni ada cara mudah nak anak hafal sifir tapi perlukan pantauan
1.MULA HAFAL SIFIR YANG PALING MUDAH IAITU SIFIR 2,5,10 DAN 11
Fokus kepada 4 sifir yang paling mudah dahulu iaitu sifir 2,5,10 dan 11
Mulakan dengan sifir 2 dahulu.
Antara 11 sifir ni, boleh fokus 4 sifir paling mudah dulu, iaitu sifir 2,5,10 dan 11.
Mulakan dengan sifir 2.Beri anak senarai sifr 2 dan suruh mereka hafal.Nak menaikkan mood anak-anak menghafal sifir, kita print sifir yang cantik-cantik.Barulah mereka seronok.
Korang boleh guna sifir yang dikongsikan di bawah ni






2.BAHAGIKAN 12 BARIS SIFIR KEPADA 2
3.SURUH ANAK HAFAL 3 JAWAPAN BARIS PERTAMA DAHULU
4.GUNAKAN JARI
Ok contoh ya
1×2=2
2×2=4
3×2=6
4×2=8
5×2=10
6×2=12
Jadi minta anak anak sebut 2,4, 6 (sambil keluarkan jari pertama kedua ketiga).
5.ULANG
Caranya adalah ambil kertas sifir tadi dan tutup.Minta anak ulang semula .
Jika berjaya bukan balik sifir hafal baris seterusnya, iaitu 4 x 2 =8
Suruh anak tutup semula sifir. Dan lafazkan dari atas. 2,4,6,8. Jika cantik bacaannya, suruh anak buka semula kertas sifir, baca baris seterusnya. 2×5=10. Tutup semula kertas sifir dan baca dari awal. 2,4,6,8,10.
Ulang langkah ni sampai habis sifir 2×12=24.
6. SOAL
Lepas anak dah berjaya hafal sifir 2 mengikut turutan ini, tugas parents untuk tanya anak anak sifir 2 secara rawak.
Ini untuk uji hafalan anak. Baru mereka akan melatih otak mereka untuk guna sifir tersebut.
Bukan sekadar hafal mengikut turutan.
7.TERUSKAN DENGAN SIFIR BERIKUTNYA
Tamat sifir 2, boleh teruskan sifir 5, 10, 11.
Sifir sifir ini sebenarnya sekejap sahaja anak anak boleh hafal.
Bila anak anak berjaya hafal 4 sifir mudah ni , beri pujian.
Haa, tengok. Kamu dah berjaya hafal 4 sifir. Hebatttt! Sebelum ni kamu rasa susah kan. Sebenarnya boleh je hafal. Kan?
Biasanya lepas kita beri pujian begini, anak anak lebih semangat nak hafal.
Dan mereka dah tahu teknik menghafal dengan betul
Hafal satu satu, ulang dari atas.
Insyaallah boleh.
Buatlah sampai sifir 12.
8.BUAT LATIH TUBI SIFIR
Bila anak dah hafal sifir, wajib latih tubi sifir tau.Barulah melekat sifir tu dalam kepala selalu.
Dan kita perlu ingat, kalau hafal hari ni, esok mungkin anak akan lupa.itu normal.
Jadi tugas kita untuk remind anak hafal
Kalau dah pernah hafal sebelum ni tapi lupa, bagi mereka masa dalam 5-10 minit je bersama sifir tersebut, mesti hafal semula.Sebab nombor-nombor tu dah ada dalam kepala mereka.
Tugas parents kena tunggu depan anak.Kalau takde masa sehari buat 1 sifir pun ok.
Jangan biarkan anak menghafal seorang diri.Kita pun kena bantu mereka jugakkan?
Kita kena bagi semangat kat mereka.Sifir ni penting kerana sifir ni jantung matematik.Jadi nak anak pandai kita kena usaha.So menghafal sifir, bila Waktu Terbaik Menghafal Sifir di Musim Cuti Persekolahan
Umi kena usaha lebih sikit sekarang ni.Semenjak PKP ni, ,makin banyak tugasan.Tapi umi tetap enjoy.Mana tau satu hari nanti jadi akauntan paling handle di dunia..
Aminn