CARA MUDAH BINA WEB E-COMMERCE DALAM MASA 30 MINIT | Khas untuk peniaga-peniaga kecil dari rumah dan juga dijalanan.
Jika korang adalah seorang peniaga droship, peniaga bundle, peniaga makanan di tepi jalan atau di rumah, peniaga pasar malam, peniaga ekspo, peniaga sambilan, peniaga sepenuh masa dan peniaga apa-apa sahaja, panduan bina e-commerce ini adalah perkara yang tepat untuk korang.
Mesti korang tak tahu kan E-commerce ni penting kepada peniaga-peniaga diluar sana untuk terus memajukan lagi perniagaan korang.Kalau korang tidak mahir tentang apa itu e-commerce meh umi share sedikit tentang e-commerce
APA ITU E-COMMERCE
E-commerce atau E-dagang adalah transaksi penjualan elektronik secara maya dengan menggunakan pengurusan aplikasi laman web sebagai platform utama yang berperanana sebagai pemapar produk maya atau kedai maya agar dapat dilihat, dipilih dan seterusnya melakukan pembelian secara online oleh pengunjung.
Siapa yang memerlukan E-commerce
Asalkan korang berniaga produk yang bukan dari jenis perkhidmatan, ini untuk korang.
Ilmu membina website e-commerce dengan pantas dan tanpa kos ini mungkin menjadi ilmu yang paling berguna untuk memajukan lagi perniagaan korang.Lebih-lebih lagi untuk zaman pasca covid ni, yang mana ia memaksa kita untuk hidup dengan norma-norma baru.
Orang ramai kini sememangnya lebih gemar dan suka membeli belah secara online sahaja berbanding pergi ke kedai-kedai secara fizikal untuk membeli barang.
Sehingga kini, nak membeli barangan di pasar harian seperti ayam, ikan dan sayuran pun hanya melalui online.Bukan sahaja jimat masa dan tenaga, malah lebih selamat jika duduk dirumah.
Disebabkan itulah, peniaga-peniaga yang ingin terus survive perlu cepat-cepat menyesuaikan diri serta perniagaan mereka dengan keadaan yang sedang berubah ini.Jika korang rasa ianya terlalu leceh, maka semakin leceh la perniagaan korang untuk survive.
PENTINGNYA E-COMMERCE UNTUK BISNES KORANG

Dengan memiliki web ecommerce korang sendiri, ianya akan membuka lebih banyak peluang dan harapan.Korang tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya kepada orang yang lalu lalang dihadapan kedai.Orang-orang yang jauh berpuluh-puluh kilometer tu pun masih boleh membeli produk korang tau.
Mereka hanya perlu duduk di rumah, tekan-tekan handphone dan kemudian, korang hantar produk korang kepada mereka.
Jadi pasaran produk korang akan jadi lebih meluas.
Dengan adanya e-commerce korang sendiri, bisnes korang juga sudah boleh beroperasi 24 jam tanpa henti. Waktu sedang tidur pun, korang masih boleh terima order dari pelanggan-pelanggan korang.
Pengurusan stok serta pelanggan juga menjadi lebih teratur! Korang boleh lihat secara nyata, berapa stok yang masih ada dan barangan apa yang sudah kehabisan stok..
Maklumat pelanggan juga lebih tersusun, korang boleh melihat status setiap pelanggan sama ada sudah membuat bayaran! Sudah menerima produk atau masih lagi sedang di proses order mereka.
Dengan mempunyai web e-commerce sendiri untuk peniagaan korang, Ia bukan sahaja akan membantu korang mendapatkan lebih ramai pelanggan, malah ia juga akan membantu korang menguruskan perniagaan anda dengan lebih teratur dan sistematik!
Ada banyak lagi sebab mengapa peniaga perlu ada website e-commerce atau kedai online sendiri.
Saya ada sediakan ebook khas yang menerangkan tentang pelbagai lagi kelebihan memliki website e-commerce atau kedai online anda sendiri!
Korang hanya perlu download ia secara percuma di bawah Hanya perlu masukkan nama dan email sahaja.Tekan gambar di bawah ini

Seperti yang korang tahu, nak buat web ecommerce ni bukan guna modal yang sedikit kan?
Kos untuk memiliki website e-commerce sendiri ini kadangkala, boleh mencecah ratusan mahupun ribuan ringgit untuk dibina. Belum lagi termasuk kos untuk hosting, domain dan juga maintenance bulanan… Ianya akan menjadi sedikit beban untuk ditanggung oleh peniaga-peniaga kecil… terutamanya peniaga-peniaga yang baru sahaja hendak bermula… keuntungan pun masih belum nampak lagi.. Tetapi sudah terpaksa keluarkan kos ratusan dan ribuan ringgit untuk membina website e-commerce!
Ada juga ternampak sistem e-commerce yang memberikan “tempoh percubaan” percuma selama 14 hari…. Namun, kebiasaannya, walaupun sudah selepas 14 hari…. Sales pun masih sendu-sendu lagi.. Tapi, dah mula nak kena bayar yuran langganan bulanan pula!
Nampak macam murah.. RM50 sahaja sebulan! Tapi kalau di darab dengan 12 bulan… cecah RM600 juga setahun.
Web E-Commerce Percuma Sudah Wujud
Ya, web ecommerce percuma dah wujud.Menerusi website tersebut, korang boleh membina ecommerce bagi perniagaan korang sendiri tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos dan tanpa perlu membayar sebarang yurang langganan bulanana.
Ianya secara PERCUMA
Nak bina ecommerce pun sangat mudah.Asalkan korang ada komputer atau smartphone serta gambar-gambar produk korang, dah boleh bina web e-commerce korang sendiri.
Web ecommerce ni.. Dilengkapi dengan ciri-ciri utama sepertimana web-web ecommerce yang lain!
Ia membolehkan peniaga menerima order dan bayaran dari pembeli secara online!
Web ecommerce ini juga turut menyokong payment gateway yang ada di malaysia seperti billplz dan juga toyyibpay!
Apa yang lebih menarik, web ecommerce yang kami bina ini juga menyokong integrasi dengan whatsapp!
Bermaksud, pembeli boleh whatsapp order mereka terus kepada anda dan anda juga boleh close pembeli menerusi whatsapp! Maklumlah… ada sesetengah pembeli ni, diorang tetap juga nak wasap kita walaupun boleh beli direct sahaja di website!
Cerita panjang-panjang pun mungkin korang tidak jelas.
Jadi, umi tunjukkan kepada korang beberapa screenshoot rupa bentuk web ecommerce yang mereka dan team sudah bangunkan.
Jadi jika korang berminat nak gunakan sistem web e-commerce ni boleh la dapatkan ebook ni.
Apakah Yang Terkandung Di Dalam Ebook Ini?
Di dalam ebook ini.. Saya akan tunjukkan kepada anda step-by-step bagaimana untuk setup & bina web ecommerce (kedai online) anda… bermula dari penghasilan logo lagi.. Hinggalah kepada memasukkan produk ke dalam kedai, cara untuk set kos penghantaran, integrasi kedai anda dengan payment gateway, serta , bagaimana untuk mengintegrasi web e-commerce anda dengan sistem FB Pixel!
Ya! Web e-commerce ini boleh di integrasikan dengan FB Pixel untuk membolehkan anda membuat facebook ads kelak dengan lebih berkesan.
Bukan itu sahaja, saya tunjukkan juga cara, bagaimana anda boleh mendapatkan domain secara PERCUMA agar website e-commerce anda boleh menggunakan nama domain yang lebih pendek dan ringkas!
Cara-cara untuk mengurus order juga, ada mereka ada tunjukkan di dalam ebook ini.Nak tahu cara mudah bina web e-commerce klik sini

Oh rupanya tidaklah sesukar yang dibayangkan