CARA MUDAH BERSIHKAN KIPAS SECARA DIY

CARA MUDAH BERSIHKAN KIPAS SECARA DIY | Nak kualiti angin yang bersih di dalam rumah kipas pun kita kena titik beratkan jugak.

Kalau dah bersawang dekat kipas, lepas tu kita bukak pulak kipas tu, berterbanganlah segala habuk yang melekat dekat kipas tu kan.

Kadang kala kipas ni kita terlepas pandang nak bersihkan dia.Setiap rumah menggunakan kipas angin khususnya di ruang tamu rumah, dapur, ruang makan, dan bilik kedua atau ketiga dan ada juga bilik yang pertama.

Baca juga : Tips hilangkan pijar pada tangan

Malangnya, ramai yang mungkin menggunakan kipas angin tetapi mengabaikan penyelenggaraan alat elektrik ini sedangkan ia wajar untuk diselerenggara dengan baik untuk fungsinya yang lebih maksimum.

Jadi penting untuk kita membersihkan kipas angin di rumah dengan lebih kerap.

Berapa kerapkah korang membersihkan kipas angin di rumah?

Jika kita tidak bersihkan dengan baik, habuk di sekitar boleh terkumpul dan terperangkan pada penutup kipas angin lalu memperlahankan pusingan atau aliran udara seperti yang diharapkan.

Kesannya, udara disekeliling tidak dapat dihalakan tepat ke arah kita sekaligus rumah menjadi lebih panas angkara bilah kipas yang tidak dapat memutarkan angin dengan lancar.

Adalah lebih baik, pembersihan kipas perlu dibuat 2 minggu sekali agar fungsinya lebih maksimum.Tidak perlu tunggu sehingga penutup angin itu penuh dengan habuk.

Jadi, bagaimana cara bersihkan kipas angin yang kita boleh amalkan dirumah dengan mudah?

Baca juga :Tips beli barang di Shopee

Jom umi kongsikan cara mudah bersihkan kipas secara DIY..

CARA BERSIHKAN KIPAS ANGIN TANPA BUKA PENUTUP

Tanpa mengira jenis kipas angin samada yang melekat di siling atau berdiri(tinggi serta rendah) korang boleh membersihkan ia dengan menggunakan kaedah manual sahaja tetapi agak leceh.

Jadi meh umi kongsikan cara mudah bersihkan kipas angin dengan hanya gunakan bahan berikut

  • cuka
  •  serbuk penaik
  • sabun pencuci
  • plastik besar
  • kain lap

Selepas korang berjaya mendapatkan dan mengumpulkan bahan di atas ni, korang juga perlu menyediakan satu bekas kosong serta sudu untuk jadikan tempat cecair ini dicampurkan.

Pertama, campurkan cuka, serbuk penaik dan sabun pencuci ke dalam bekas tadi.Kemudian, gaul dan kacau 3 bahan utama itu tadi sehingga sebati menjadi sebatian pekat dengan warna putih susu.

Langkah seterusnya, ianya agak mudah, hanya perlu sapu atau spray sebatian itu pada permukaan penutup dan bilah kipas angin terutama di tempat yang dipenuhi dengan habuk.

Selepas itu, tutupkan kipas angin dengan plastik besar dan biarkan begitu kira-kira 20-30 minit.

Seusai itu, lapkan kipas angin dengan kain lap untuk menanggalkan sisa habuk tadi dengan cermat.

WUJUD ALTERNATIF LAIN YANG LEBIH EFEKTIF?

Dengan cara bersihkan kipas angin tanpa buka di atas, segala habuk yang telah melekat pada alat elektrik ini akan dapat dikurangkan atau disingkirkan tanpa perlu banyak masa atau usaha.

Pun begitu, masih ada potensi untuk habuk yang lebih degil untuk kekal terutama apabila ia telah terlekat pada tempat atau celah tersembunyi.Dengan itu, langkah lebih besar perlu dijalankan.

Apa yang perlu korang buat untuk meyingkirkan habuk degila adalah dengan meleraikan setiap satu komponen kipas angin dan cuci secara manual.Ya, itu mungkin agak menyusahkan tetapi cara ini sudah tentu jauh lebih efektid dan membuahkan hasil yang terbaik.

sebelum melakukan tugas-tugas pembersihan kipas, perlu diingatkan untuk tutup dahulu suis dan keringkan tangan terlebih dahulu untuk mengelakkan risiko terkena renjatan elektrik kelak.

So, itulah cara mudah bersihkan kipas secara diy yang bole kita buat.Mana tau berkesan dan memudahkan lagi kerja korang kan

 

Loading

2 Comments

  1. bagus tips ini, memang tak berapa rajin nak cuci kipas, nak buka satu satu, lepas tu pasang semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *