CARA MUDAH & BERKESAN HALAU KUTU BERAS

CARA MUDAH & BERKESAN HALAU KUTU BERAS

CARA MUDAH & BERKESAN HALAU KUTU BERAS | sakit hati bila nampak kutu beras ni.Nak dibuang beras tu sayang kan.Tapi ada beberapa cara sebenarnya untuk halau kutu beras ni

Masa nak tuang beras baru kat dalam bekas beras hari tu, umi ternampak sekor dua kutu beras, lepas selak ke bawah, rupanya banyak lagi kutu beras di bawahnya.Ah sudah!! sakit pulak hati ni tau.

Nak dibuang beras tu sayang, nak tak nak setiap kali cuci beras kenalah basuh beras tu sebersih-bersihnya.Ada juga letak cili kering dalam beras tu tapi tak jalan jugak.Mungkin ada tips lain untuk halau kutu beras ni yang boleh umi cuba kan.

Rasa nak picit-picit je kutu beras tu kan..hahaha..

Jom kita tengok ada tak lagi cara mudah dan berkesan halau kutu beras ni.Ada beberapa tips yang boleh umi kongsikan pada korang dan salah satunya yang umi cuba adalah dengan menggunakan asam keping.

[ Baca Juga : Jenis beras yang perlu kita tahu ]

Macam mana dengan bahan lain.Ada korang, jangan tak tau pulak, cara mudah dan berkesan halau kutu beras hanya menggunakan bahan di dapur sahaja.

CARA MUDAH & BERKESAN HALAU KUTU BERAS

5 CARA HILANGKAN KUTU BERAS MUDAH DAN BERKESAN

#1 ASAM KEPING

Kutu beras paling tidak digemari oleh kutu beras.Caranya mudah, hanya letakkan beberapa asam keping di dalam bekas yang bertutup dan ia sudah cukup membuat kutu beras tidak tidak nyaman.

Boleh juga menggunakan daun asam jawa dengan cara yang sama.

#2 CILI KERING

Ini antara cara yang paling kerap mak-mak gunakan di dapur.Caranya adalah dengan memotong cili kering kepada 2 dan letakkan ke dalam bekas beras korang.

Rasa pedas dan panas pada cili kering dapat membuatkan kutu beras ini tidak selesa.

Tapi perlu pastikan untuk menggantikan cili kering ni apabila baunya sudah hilang

#3 KULIT KAYU MANIS

Hanya guna barang yang ada didapur boleh menghilangkan kutu beras.Kulit kayu manis mempunyai aroma yang tidak disukai oleh kutu beras.

Caranya mudah, masukkan sahaja beberapa kulit kayu manis ke dalam beras.Ia juga dapat mewangikan beras korang

#4 DAUN PANDAN

Aroma daun pandan juga tidak disukai oleh si kutu beras.Mungkin pada kita daun pandan mempunyai aroma herba yang sedap untuk dihidu tetapi tidak kutu beras.

Caranya juga sama, hanya perlu ambil dua atau tiga tangkai daun pandan, simpulkan dan masuk ke dalam bekas beras korang.Bau beras pun jadi wangi kan

#5 DAUN LIMAU PURUT

Daun limau purut mengeluarkan aroma yang kuat dan sekaligus menyahkan bau hapak pada beras. Walaupun ia wangi untuk kita, kutu beras amat tidak selesa dengannya.

Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan daun ini di bahagian atas, tengah dan bawah bekas simpanan beras supaya kutu beras dapat diusir dengan cepat

 

Hah! itulah antara cara mudah & berkesan untuk halau kutu beras.Lepas ni takdelah masalah kan dengan kutu beras tu.Selamat mencuba korang

 

 

 

 

Loading

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *