TIPS

Cara Mudah Anyam Ketupat

Cara Mudah Anyam Ketupat|Lagi beberapa hari nak raya ni kan..Hoii..semangat raya kali ni membuak-buak weh!! Bukan sebab tak sabar nak pi beraya,tapi sebab nak pakaikan anakanda kedua tu baju raya,berkumpul bersama kerana ini adalah tahun pertama mereka beraya berdua.
Yelah,tahun lepas si anakanda naura tu masih dalam perut lagi.kakak je lah yang beraya sorang.Jadi tahun ni,semangat sikit beraya dengan adik dia..
Hari raya ni memang tak sah kan kalau tak de ketupat..Korang lebih suka makan ketupat segera  atau ketupat dari daun kelapa.Kalau korang nak tahu,aku lebih sukakan ketupat daun kelapa kerana dia ada satu keistimewaan dari segi rasa,keistimewaan dari anyaman ketupat tu jugak..hahaha…ada kena mengena ke tak kan..
Siapa pandai anyam ketupat sila angkat tangan!! aku????????????? rasanya my ayah tu dah naik bosan sebab setiap kali raya ,mesti kena ajar anak dia anyam ketupat.Tangan tak berseni memang payah nak masuk otak..Last-last dia anyam sensorang dia je..Anak dia entah lari kemana…hahahha…akulah tu.
Sebenarnya kalau tengok orang dok anyam ketupat kan,macam senang!semudah abc je..Tapi bagi mereka yang baru belajar ni,uiisshhh..sangat susah sebab berbelit-belit..salah belit,mau jadi tergulung ketupat tu…cara-cara menganyam ketupat ni kalau tak prakttikan memang sampai bila tak pandai tau
Hah..ni aku dok godek-godek google dan dapatlah hasil pencarian bagaimana cara mudah anyam ketupat.
 
Cara Mudah Anyam Ketupat
Cara-Cara menganyam ketupat korang boleh tengok langkah-langkah di bawah ni
Langkah pertama
Sediakan daun kelapa.Itu wajiblah kan,sekarang ni banyak je orang jual daun kelapa.
Langkah kedua
Buang lidi pada daun kelapa,just ambil daunnya sahaja ye,
Langkah ketiga 
Lilit 1 bahagian daun kelapa di tangan kanan (kiri pun bleh) sebanyak 4 kali lilit
Langkah keempat
Lilit 1 lg bahagian daun kelapa di tangan kiri (kanan jika yg awal td gune tgn kiri) sebnyak 4 kali lilit
Langkah Kelima
Pastikan lilitan pada tgn kiri dan tgn kanan adalah berlawanan arah. (contoh: hujung yg besar pada tgn kanan di bawah, hujung yg besar pada tgn kiri di atas)
Langkah keenam
Pegang hujung lilitan pd tgn kanan dan tgn kiri dgn erat dan saling masukkan daun lilitan itu (rujuk gmbar) dan teruskan pada lilitan seterusnya seperti menganyam tikar
Langkah ketujuh
Teruskan anyaman pada lilitan yg seterusnya…
Langkah kelapan
Teruskan anyaman pada lilitan yg seterusnya (pd tgn kanan dan kiri)
Langkah kesembilan
teruskan anyaman sehingga lilitan yg ke-4
Langkah ke sepuluh
Apabila siap anyaman untuk lilitan, anda akan mendapati bahwa hujung yg kecil bertembung dan hujung yg besar berada pada bucu yg berlawanan
Langkah kesebelas
Tarik hujung yg kecil keluar dan gantikan hujung yg kecil dgn hujung yg besar (anyaman sperti anyaman tikar)
Langkah keduabelas
Teruskan anyaman pada hujung yg besar bucu yg satu lg
Langkah ketigabelas
Hujung yg besar betemu dan hujung yg kecil berada pada bucu yang berlawanan
langkah keempat belas
Anyam hujung yg kecil ke arah bucu yg belawanan dgn bucu hujung yg besar
Langkah ke enam belas
Jadilah ketupat. kemaskan ia supaya kelihatan lebih kemas dan tidak bocor apabila beras di masukkan
Nampak senang kan..aku berazam tahun ni aku nak cuba jugak buat sampai berhasil..sebelum ni kalau lepas ayah aku buat,aku just cantik-cantikkan lah daun ketupat tu agar beras tak terkeluar nanti..
Tapi korang tau tak,ketupat ni ada beberapa jenis anyaman ketupat
Ketupat bawang
Ketupat satay
ketupat burung
ketupat palas
ihsan gambar google
Aku rasa ada banyak lagi kot jenis ketupat..Tapi yang selalu ayah aku anyam adalah ketupat bawang dan ketupat satay..Tapi  selalunya kitorang campur jugak dengan ketupat segera.Kalau ketupat anyam tu selalunya buat dalam 100 je..Tak banyak..
Korang macam mana…pandai dak anyam ketupat…

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(7) Comments

  1. Kakak dah angkat tangan sebab bukan nak puji diri tapi memang kakak tiap tahun buat ketupat anyam ni. Dua-dua jenis bawang dan satay kakak boleh buat. Sebenarnya senang eda. Satu tu ekor daun atas, satu lagi ekor daun seiring. Hmmm… pakai cakap susah. nak kena pegang dan tengok juga baru boleh jadi:)

  2. Part anyam ketupat ni memang kerja akak Eda..
    Bukan setakat anyam .. kena masuk beras dalam ketupat tu lagi..
    Senang sebenarnya menganyam ketupat ni eda..
    Akak mula belajar masa sekolah rendah lagi 🙂

  3. cik akak pernah belajar anyam ketupat yang gambar atas tu..tapi dah lama..hahaha..tak ingat step pula dah

  4. Hehe tak pandaiiiii. Masukkan beras tahu lah heheheh

  5. Kaknoor kalau ketupat palas oklah
    Tpi yg lain mmg serender lah

  6. Dulu zaman sekolah dah belajar dan pernah anyam ketupat ni… tapi, sekarang boleh lupa langsung la… adehh… kena belajar balik ni…

  7. stkt ni xpnh anyam ketupat..ahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *