BANTUAN ZAKAT KECEMASAN #MUSAADAHCOVID19 MAIWP

BANTUAN ZAKAT KECEMASAN #MUSAADAHCOVID19 MAIWP

BANTUAN ZAKAT KECEMASAN #MUSAADAHCOVID19 MAIWP adalah bantuan Khas COVID-19.Bantuan ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

OBJEKTIF UTAMA BANTUAN KECEMASAN #MUSAADAHCOVID19 MAIWP

Ojektif utama MAIWP adalah membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakakan wabak Covid-19.Ia dapat membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik.

Dalam tempoh perintah Kawalan Pergerakan ini, MAIWP mengambil maklum bahawa ramai terkesan ekoran penularan wabak Covid-19.Oleh itu, MAIWP menawarkan bantuan kecemasan kepada mereka yang tejejas pendapatan dan tidak menerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.

Individu yang layak memohon bantuan kecemasan MAIWP ni adalah 
✔️Pemandu teksi/ e hailing
✔️ Pengawal Kecemasan
✔️ Peniaga kecil
✔️ Hilang pekerjaan akibat Covid-19
✔️ Lain-lain golongan yang terkesan

Permohonan boleh dikemukakan secara online. Individu yang layak akan terima bayaran sebelum 31 Disember 2020.

BANTUAN ZAKAT KECEMASAN #MUSAADAHCOVID19 MAIWP

SYARAT UMUM BAGI PEMOHON BANTUAN KECEMASAN UMAIWP

  • Beragama islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari(1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.Tertakluk kepada pengiraan Had-al-kifayah( kira kelayakan Had al-kifayah)

CARA MOHON BANTUAN KECEMASAN #MUSAADAHCOVID19 MAIWP

  • Borang permohonan

    Klik Sini bagi mendapatkan borang permohonan

  • Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran pasport(menutup aurat bagi perempuan)

  • Satu salinan kad pengenalan:-

    – Pemohon
    -Suami
    -Isteri
    -Anak-anak(tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja).Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.

  • satu Salinan Penyata gaji / pencen/ PERKESO.

    -Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah
    -Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung.

  • Nombor Akaun

    satu salinan nombor akaun/ surat pengesahan akaun bank Islam Malaysia Berhad(BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terkini/terakhir.

  • Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami

  • Satu salinan surat diberhentikan kerja oleh majikan

  • Lain-lain dokumen sekiranya berkaitan dengan permohonan boleh semak di SINI

Setelah lengkap borang permohonan dan disertakan dokumen yang diperlukan, terus hantar ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP

Semoga bermanfaat BANTUAN ZAKAT KECEMASAN #MUSAADAHCOVID19 MAIWP untuk kalian yang memerlukan.

Maklumat lanjut boleh terus ke website MAIWP

Loading

2 Comments

  1. Alhamdulilah, moga memberi manfaat buat mereka yang memerlukan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *