CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH

CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH | Banyak sebenarnya yang kita boleh buat bagi mengundang rezeki dari Nya.Rezeki tu datangnya dari Allah swt.

Pelbagai cara yang kita boleh buat dalam kehidupan seharian kita.Jadi disini umi kongsikan bagaimana caranya kita mengundang rezeki dari Allah yang boleh kita buat setiap hari.Allah swt paling suka orang yang bersedekah 
 

CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH

  • Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin.Rutin dia lakukan
  • Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada sesiapa saja.
  • Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang-orang yang tidur di jalanan.Doanya terus tembus ke langit.
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur, Dia beristighfar 100 kali dan bertaradus al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit dan mengangkat tangan,Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan
  • Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan.Dia yakin Tuhannya Maha Kaya.
  • Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.
  • Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.
  • Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

  • Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.
  • Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.
  • Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.

 

Rezekimu bukan dari bossmu atau pelangganmu.
Tapi dari Allah swt.

Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.

 

 

6 Comments

  1. Setuju dengan semua di atas.
    Walau adakalanya risau, dah banyak nih duit kurang……. mcm mana nak cut bagi kat situ, kat sinun…tapi percayalah..rezeki milikNYA..kita hanya usaha dan gunakan sebaiknya….

    Semoga lebihhhh murahhhhhhhhh rezeki. AMIN

  2. betul tu nona,kadang2 bila kita rasa susah,ada sebenarnya kesenangan dalam kesusahan kita tu,insyallah..teruskan berdoa

Leave a Reply

Your email address will not be published.