Cara Mengekalkan Kesihatan Usus Ini Perlu Kita Ketahui

Cara Mengekalkan Kesihatan Usus

Cara Mengekalkan Kesihatan Usus Ini Perlu Kita Ketahui | Jika usus kita sihat, maka kesihatan di dalam badan kita akan kekal sihat.Sebab tu kesihatan usus perlu dititikberatkan.

ususu tidak memerlukan dorongan atau impuls otak untuk melakukan proses penghadaman kerana ia tidak memerlukannya.Usus bertindak dengan caranya dan otaknya yang tersendiri.Tidak terdapat pada organ lain dalam tubuh kita yang mampu menghasilkan hal sebegitu selain usus.Ada beberapa fakta tentang usus yang perlu korang tahu.

7 FAKTA MENARIK BERKENAAN USUS YANG PERLU KORANG TAHU

1# 100 Juta Neuron di dalam usus

Kemampuan usus untuk berfikir secara tersendiri bukanlah satu perkara yang mengejutkan.

Tahu kenapa?

Ini kerana terdapatberjuta-juta neuron dalam gegelungnya yang panjang( 9 meter usus yang bermula dari esophagus hingga ke anus).Neuron yang terdapat pada usus adalah lebih banyak daripada neuron yang terdapat dalam sistem saraf tunjang atau saraf periferal.

#2 Sistem Saraf Yang Tersendiri

Sistem saraf enterik yang merupakan mekanisme pengawalan pencernaan dan penghapusan adalah sistem yang mengawal usus dan berfungsi dengan sendirinya.

Sesetengah saintis melihatnya sebahagian daripada sistem saraf pusat, manakala sesetengah yang lain menganggapnya sebagai entititi yang tersendiri.

#3 Laluan infiormasi dari usus ke otak

Terdapat satu saraf pendengaran besar( visceral nerve) yang tertanam dalam usus kita iaitu saraf vagus.Penyelidikan telah mendedahkan bahawa sehingga 90% daripada seratnya membawa maklumat dari usus ke otak, dan bukan dengan cara yang sebaliknya.Dengan kata lain, otak mentafsirkan isyarat dari usus sebagai emosi.

#4 Kebanyakkan Serotonin terdapat dalam usus

Serotonin adalah sebatian yang terdapat dalam platelet darah dan serum yang menyekat saluran darah dan bertindak sebagai neurotransmitter.Ia dipercayaia membantu mengawal mood dan tingkah laku sosial, selera makan dan pencernaan, tidur, ingatan dan keinginan serta fungsi seksual.

Tahap serotinin yang rendah telah dikaitkan dengan kemurungan dan 95% serotonin tubuh boleh di jumpai di bahagian usus.

#5 Usus Yang Sihat Mungkin Melindungi Tulang

Dalam penyelidikan mengenai hubungan antara serotonin dan usus, para saintis menemui satu hubungan yang tidak dijangka antara usus dan tulang. Perencatan pembebasan serotonin usus boleh menyebabkan pengurangan kepadatan tulang pada tikus kajian. Kajian ini sedang mengkaji mengenai ubat-ubatan baru yang bertujuan untuk menangani osteoporosis.

#6 Makanan Mempengaruhi Mood

Pelbagai jenis makanan yang “diperkenalkan” kepada usus melalui tiub makan (feeding tube) telah menunjukkan mengubah mood seseorang individu tanpa disedari oleh seseorang individu mengenai apa yang mereka makan. Lemak dilihat meningkatkan perasaan gembira dan keseronokan seseorang kerana ia dilihat memicu pelepasan dopamine. Karbohidrat pula merangsang pelepasan serotonin.

#7 Membantu Ketika Mengalami Flu dan Selsema.

Usus menjadi rumah kepada 70 peratus sel imun anda dalam bentuk tisu limfoid yang berkaitan dengan usus (gut-associated lymphoid tissue) atau GALT. GALT berperanan dalam membunuh dan menyingkirkan patogen. GALT bekerja bersama-sama microbiotik usus untuk membantu anda dalam masa-masa kesukaran seperti ketika mengalami flu dan selsema.

KETAHUI PULA MIKROBIOTIK USUS

Cara Mengekalkan Kesihatan Usus Ini Perlu Kita Ketahui

Mikrobiotik usus kedengaran seperti satu istilah saintifik yang sukar untuk difahami? Sebenarnya, konsepnya mudah sahaja. Mikrobiotik usus, seperti yang ditakrifkan oleh ahli biologi molekul, Joshua Lederberg, adalah merupakan keseluruhan mikroorganisma, bakteria, virus, protozoa, dan kulat, dan bahan genetik kolektif mereka yang terdapat dalam saluran gastrointestinal (GIT). Seseorang individu mempunyai kira-kira 300 hingga 500 spesies bakteria yang berlainan dalam saluran penghadaman mereka. Walaupun sesetengah mikroorganisma berbahaya kepada kesihatan kita, banyak mikroorganisma yang sangat bermanfaat dan bahkan perlu untuk tubuh yang sihat.

Banyak penyelidikan yang dilaksanakan sejak dua dekad yang lalu telah menunjukkan hubungan antara kesihatan usus dan sistem imun, mood, kesihatan mental, penyakit autoimun, gangguan endokrin, keadaan kulit dan kanser. Menurut Dr. EM Quigley melalui kajiannya berkenaan bakteria usus yang telah diterbitkan dalam Journal of Gastroenterology and Hepatology, mempunyai pelbagai jenis bakteria baik dalam usus anda dapat meningkatkan fungsi sistem imun anda, memperbaiki simptom kemurungan, membantu memerangi obesiti, dan menyediakan banyak faedah lain.

CARA KETAHUI USUS TIDAK SIHAT

Kita boleh lihat beberapa tanda yang paling kerap berlaku yang menunjukkan bahawa kita mempunyai keadaan usus yang kurang baik iaitu-

#1 Perut Meragam

Gangguan perut seperti gas, kembung perut, sembelit, cirit-birit dan pedih ulu hati boleh menjadi antara petanda usus yang tidak sihat. Usus yang baik mempunyai hanya sedikit sahaja kesukaran dalam memproses makanan dan menyingkirkan sisa dari tubuh badan.

#2 Pemakanan tinggi gula

Diet yang tinggi dengan makanan yang diproses dan gula tambahan boleh mengurangkan jumlah bakteria yang baik dalam usus anda. Ketidakseimbangan ini boleh menyebabkan peningkatan keinginan terhadap gula yang boleh meningkatkan kerosakan usus anda. Jumlah gula halus yang tinggi, terutamanya sirap jagung fruktosa tinggi, telah dikaitkan dengan peningkatan keradangan dalam badan. Keradangan boleh menjadi pendahulu kepada beberapa penyakit dan juga kanser.

#3 perubahan berat badan yang tidak disengajakan

Pertambahan atau kehilangan berat badan tanpa membuat perubahan pada diet atau senaman anda mungkin menjadi tanda usus yang tidak sihat. Usus yang tidak seimbang boleh menjejaskan keupayaan tubuh anda untuk menyerap nutrien, mengawal gula darah, dan menyimpan lemak. Penurunan berat badan mungkin disebabkan oleh pertumbuhan bakteria usus kecil (small intestinal bacterial overgrowth), sementara peningkatan berat badan mungkin disebabkan oleh kerintangan insulin atau keinginan untuk makan terlalu banyak disebabkan penyerapan nutrien yang berkurangan.

#4 Gangguan tidur atau keletihan yang berterusan

Usus yang tidak sihat boleh menyumbang kepada gangguan tidur seperti insomnia atau tidur yang kurang baik, dan oleh itu membawa kepada keletihan yang kronik. Kebanyakan serotonin dalam tubuh iaitu sejenis hormon yang mempengaruhi mood dan tidur, dihasilkan di bahagian usus. Oleh itu, kerosakan usus dapat menjejaskan kemampuan anda untuk tidur dengan baik. Sesetengah gangguan tidur juga dikaitkan dengan risiko fibromyalgia; keadaan rematik yang dicirikan oleh kesakitan otot atau muskuloskeletal dengan kelenturan dan kelembutan setempat pada titik-titik tertentu pada badan.

#5 Iritasi Kulit

Keadaan kulit seperti ekzema mungkin juga berkaitan dengan keadaan usus yang rosak. Keradangan di bahagian usus yang disebabkan oleh gaya pemakanan yang buruk atau alahan makanan boleh menyebabkan peningkatan “kebocoran” protein tertentu keluar ke dalam badan, yang boleh pula merengsakan kulit dan menyebabkan keadaan seperti ekzema.

#6 Keadaan autoimun

Penyelidik perubatan terus mencari bukti baharu mengenai kesan usus pada sistem imun. Usus yang tidak sihat boleh meningkatkan keradangan yang sistemik dan mengubah fungsi sistem imun yang betul. Ini boleh membawa kepada penyakit autoimun, di mana badan menyerang dirinya sendiri berbanding daripada penceroboh tubuh badan yang berbahaya.

#7 Intoleransi Makanan

Intoleransi makanan adalah hasil daripada kesulitan mencerna makanan tertentu dan ini berbeza daripada alergi makanan yang disebabkan oleh reaksi sistem imun terhadap makanan tertentu. Intoleransi makanan mungkin disebabkan oleh kualiti bakteria yang tidak baik dalam usus. Ini boleh menyebabkan kesukaran mencerna makanan pencetus dan simptom yang tidak menyenangkan seperti kembung perut, gas, cirit-birit, sakit perut, dan loya. Terdapat beberapa bukti bahawa alahan makanan juga mungkin berkaitan dengan kesihatan usus.

Apa yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan kesihatan usus?

Korang tak perlu risau kerana korang boleh meningkatkan tahap kesihatan usus dengan beberapa langkah mudah.

8 CARA MENINGKATKAN KESIHATAN USUS

Kurangkan Tahap Stress

Tahap stres kronik yang tinggi memberi tekanan kpada seluruh tubuh anda, termasuklah usus anda. Terdapat beberapa cara untuk anda mengurangkan stres dan ini termasuklah meditasi, berjalan kaki, mendapatkan urutan, menghabiskan masa dengan rakan atau keluarga, menggunakan minyak pati, mengurangkan pengambilan kafein, ketawa, yoga, dan juga mempunyai haiwan peliharaan.

Dapatkan tidur yang mencukupi

Tidak mendapat tidur yang mencukupi atau kualiti tidur yang rendah dapat memberi impak yang serius kepada kesihatan usus anda, yang boleh menyumbang kepada masalah tidur yang lebih banyak. Cuba untuk memberi keutamaan bagi mendapatkan sekurang-kurangnya 7 – 8 jam tidur tanpa gangguan setiap malam.

Makan secara perlahan-lahan

Mengunyah makanan dengan teliti dan makan makanan anda lebih perlahan dapat membantu menggalakkan pencernaan dan penyerapan nutrien yang lengkap. Ini boleh membantu anda mengurangkan ketidakselesaan penghadaman dan memelihara usus yang sihat.

Minum banyak air

Minum banyak air telah terbukti mempunyai kesan yang baik terhadap lapisan mukosa usus, serta bakteria-bakteria yang baik dalam usus. Kekal hidrat adalah cara mudah untuk menggalakkan usus yang sihat.

Ambil Prebiotik atau Probiotik

Menambahkan suplemen prebiotik atau probiotik untuk diet anda mungkin merupakan cara terbaik untuk meningkatkan kesihatan usus anda. Prebiotik menyediakan “makanan” yang bertujuan untuk mempromosikan pertumbuhan bakteria bermanfaat di dalam usus, sementara probiotik adalah bakteria hidup yang baik. Individu yang mengalami penambahan bakteria, seperti SIBO, tidak boleh mengambil probiotik. Tidak semua suplemen probiotik berkualiti tinggi atau akan memberi manfaat. Adalah lebih baik untuk berunding dengan doktor terlebih dahulu apabila memilih suplemen probiotik atau prebiotik untuk memastikan manfaat kesihatan yang terbaik.

Baca juga : Pribiotics untuk ibu mengandung

Kurangkan pengambilan antibiotik tanpa keperluan

Walaupun antibiotik sering diperlukan untuk memerangi jangkitan bakteria, pengambilan secara berlebihan adalah salah satu kebimbangan kesihatan awam yang signifikan yang boleh menyebabkan kerintangan antibiotik. Antibiotik juga boleh merosakkan mikrobiota usus dan imuniti. Beberapa laporan kajian melaporkan bahawa walaupun 6 bulan selepas penggunaannya, usus masih kekurangan beberapa spesies bakteria yang berfaedah.

Semak intoleransi makanan

Sekiranya anda mengalami gejala seperti kekejangan, kembung perut, sakit perut, cirit-birit, ruam, loya, keletihan, dan refluks asid, anda mungkin mengalami intoleransi makanan. Anda boleh cuba menghilangkan makanan pemicu yang biasa untuk melihat jika simptom anda bertambah baik. Jika anda boleh mengenal pasti makanan atau makanan yang menyumbang kepada simtom tersebut, anda mungkin akan melihat perubahan positif dalam kesihatan pencernaan anda dengan mengubah tabiat pemakanan anda.

Tukar Diet

Mengurangkan jumlah pengambilan makanan yang diproses, tinggi gula, dan tinggi lemak yang anda makan boleh menyumbang kepada kesihatan usus yang lebih baik. Selain itu, makan banyak makanan berasaskan tumbuhan dan protein tanpa lemak boleh memberi kesan positif kepada usus anda. Diet yang tinggi dengan kandungan serat telah terbukti menyumbang kepada mikrobiotik usus yang sihat.

Baca juga : Manfaat kesihatan makan pisang

Kita dah ketahui kan cara mengekalkan kesihatan usus.Jadi kita juga perlu tahu jenis makanan untuk kesihatan usus.Yelah sekarang ni, banyak makanan yang tidak sihat yang boleh menyebabkan usus kita bermasalah.jadi untuk itu kita kenalah jaga usus kita supaya kita mendapat kualiti kesihatan yang mencukupi dan dapat menghindarkan penyakit lain yang menyinggah di badan kita.

1 Comment

  1. minum air masak dengan kuantiti yang disyorkan memang ubat yang terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published.