Tak lama lagi kita akan menyambut Hari raya Haji .Walaupun dalam tempoh PKP lagi, bersederhana adalah terbaik bagi memastikan semuanya dalam keadaan selamat.Sudah pasti kita kena tahu cara laksanakan ibadah qurban dengan betul kan.
Baca juga tentang Garis panduan sambutan Hari raya yang telah ditetapkan oleh Kerajaan bagi menangani isu covid 19 ni ye.
Plan nak buat tahun ni, tetapi disebabkan banyak halangan terpaksa kami tunda tahun depan.Insyallah dengan izinnya kan? Walaupun musim PKPP ni, ada juga yang melaksanakan ibadah Qurban.Alhamdulillah, masih dibenarkan walaupun kita terpaksa melalui SOP yang telah di tetapkan oleh kerajaan.Teruskan membaca cara laksanakan ibadah qurban dengan betul di bawah ni ye.
APA ITU IBADAH QURBAN
Ibadah qurban ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu :-
- Qurban Wajib – iaitu ibadah qurban yang bernazar
- Qurban Sunat – iaitu sunat muakkad, sunat yang dituntut.
Ibadah ini merupakan penyembelihan binatang ternakan untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala pada Hari Raya Haji dan tiga hari Tasyri.
SYARAT SAH SEMBELIHAN
Untuk ibadah qurban korang menjadi sah, perlulah mengambil kira binatang yang ingin korang korbankan dari segi :-
Syarat Umur Binatang Untuk Dijadikan Korban Secara Sah
- Unta – berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun
- Lembu/kerbau/kambing – 2 tahun masuk ke 3 tahun
- Biri-biri/kibas – Setahun masuk kedua atau gigi hadapan sudah bersalin walaupun belum cukup umur TETAPI melebihi 6 bulan.
BINATANG YANG TAK BOLEH DIJADIKAN IBADAH QURBAN
Binatang yang mempunyai kecacatan seperti :-
- Tidak bertelinga atau terpotong telinga walau sedikit
- Ekor dan lidahnya terpotong
- Binatang yang kurus dan kurang dagingnya
- Berkudis kerana dagingnya mungkin rosak
- Buta mata
- tempang
- Bunting
Tetapi SAH sekiranya kecacatan itu seperti :-
- Tidak bertanduk
- Patah Tanduk
- Terbelah telinga
- Berlubang telinga tetapi tidak hilang daging
- Dilahirkan tidak berekor
- Tertanggal sebahagian giginya
- Tidak mempunyai zakar
- Binatang yang dikebiri
Penyembelihan perlulah dilakukan oleh orang Islam.Orang yang berkongsi qurban lembu dan unta tidak boleh lebih dari tujuh orang dimana seorang menyumbangkan 1/7 bahagian
FADHILAT IBADAH QURBAN
- Menebus dosa kecil
- Mendapat kebajikan(Hasanah) bagi setiap bulu binatang korban
- Kedudukan mulia disisi Allah Taala
- Membentuk peribadi ikhlas, sabra, qana’ah(bersyukur), belas kasihan dan tolong menolong
- Menyembuh penyakit rohani dan sosoal
SIAPA YANG PERLU MELAKUKAN IBADAH KORBAN
Golongan yang mempunyai lebihan harta sebanyak nilaian harga binatang qurban daripada keperluan dan keperluan orang dibawah tanggungannya pada hari raya korban dan hari-hari Tasyri’.
Siapakah yang dituntut untuk berkorban?
- Islam
- Merdeka
- Aqil Baligh
- Bermukim atau bermusafir
- Berkemampuan
Waktu untuk melaksanakan Qurban
Setelah selesai sembahyang hari raya dan bacaan khutbah iaitu matahari naik sekadar segalah.
Masa berterusan siang dan malam sehingga Hari Tasyri. yang akhir atau sebelum terbenam matahari pada hari itu.
LAFAZ NIAT KORBAN
Tiada lafaz khusus untuk niat korban, dan boleh sekadar diniatkan dalam hati
Sebagai contoh ” Sahaja aku melakukan gurban sunat, kerana Allah Ta’ala”.
Lain pula niat jikalau anda bernazar,Tidak disyaratkan berniat.Disyaratkan untuk berniat ketika menyembelih binatang qurban jika penyembelihan dilakukan sendiri, atau jika diwakilkan seseorang untuk niatkan sewaktu penyembelih menyembelih binatang qurban.
Seperti yang dilakukan ramai jika melakukan ibadah qurban di negara luar
HUKUM QURBAN BAGI PIHAK ORANG LAIN.
Tak sah melaksanakan ibadah qurban bagi pihak yang lain yang masih hidup tanpa izinnya.Maksud melaksanakan disini ialah orang yang membuat penyertaan bagi pihak orang tersebut.
Situasi sama seperti pihak yang meninggal dunia dengan tiada berwasiat atau pesanan untuk melakukan qurban.
Jikalau qurban itu diwasiatkan oleh simati, wajib sedekahkan kesemua bahagian binatang korban itu.
PERKARA SUNAT KETIKA IBADAH QURBAN
Bermula 1 Zulhijjah sehingga pengesahana ternakan korbannya disembelih, orang yang berkordan tidak digalakkan untuk memotong rambut dan kuku sehingga perlaksaan ibadah qurban.
PERKARA YANG DISUNATKAN SEMASA MENYEMBELIH
- Membaca Bismillahirrohmanirrahim
- Berselawat ke atas Nabi S.A.W
- Menghadapkan binatang ke arah kiblat di atas rusuk kirinya
- Bertakbir sebelum membaca Bismillah dan selepasnya
- Membaca doa : Maksudnya; ” Ini adalah nikmat daripada Mu dan aku mendekatkan diri kepada Mu dengannya “
Sebaiknya ibadah ini dilakukan sendiri tetapi harus diwakilkan kepada orang lain.
HUKUM DAGING IBADAH QURBAN
Qurban yang wajib iaitu dinazarkan, wajiblah disedekahkan kesemuanya dan orang yang berqurban tidak boleh memakannya.
Lain pula jikalau orang itu melakukan qurban sunat dimana afdhal dia memakan beberapa suap sebagai mengambil berkat.
Menurut pendapat qawl jadid orang yang berkorban boleh makan sebahagian daripada qurbannya.
Qawl qadim pula berpendapat harus dimakan sebanyak separuh manakala bakinya disedekahkan.
Ada pula sebahagian ulama berpendapat daging qurban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3 disedekahkan mentah, 1/3 daging masak dan dibuat jamuan dan 1/3 dimakan oleh roang yang berqurban.
Pendapat asah pula, wajib daging qurban disedekahkan walau sedikit kepada orang silam fakir walaupun seorang.
Tetapi lebih afdhal untuk disedekahkan kesemuanya sekali kecuali menjamahnya sedikit untuk mengambil berkat.
Bahagian kulit binatang korban pula, dibolehkan untuk bersedekah kepada yang lain atau untuk kegunaan sendiri. Melainkan jika itu qurban nazar, wajib baginya untuk menyedekahkan semua sekali.
Sumber: sini
Insyallah, moga sesiapa yang melakukan ibadah qurban tahun ni dipermudahkan segala nya ye
Yayy…. lagu raya pun dah berkumandang dah..mesti lembu kambing semua dalam debaran kann..
Moga ibdah kurban kepada mereka yang menunaikan di terima ALlah swt..