cara kesan emas palsu

CARA KESAN EMAS PALSU

CARA KESAN EMAS PALSU | Bukan suka-suka nak up cerita ni.Tapi ini yang berlaku pada aku.Nak buktikan pihak mana yang salah dah terlalu lambat.Cuma dari pengalaman yang aku dapat,buat aku lebih berhati-hati .Emas keluar masuk untuk digadai ni,bukan hanya pada aku je,rasa  semua orang yang ada pasang suruh kehidupan pun pernah melalui cerita macam aku tentang GADAIAN EMAS.Malu pulak aku nak menulis,tapi aku tulis ni sebab untuk share dengan korang pasal ni.

Sebab tu penting kalau ada duit lebih,belilah emas.Bukan apa,bila masa kita terlalu terdesak tu,ada jugak benda yang kita boleh gadai untuk membantu kita bila dalam keadaan terpaksa.Tapi perlu beringatlah,bagi aku,tak perlu gadai dari nilaian emas tu.Contohnya harga untuk gadai rantai tu,katalah rm1700,tetapi kita hanya perlukan dalam RM700 sahaja.

So ,kita gadailah hanya nilai yang kita nak tu.Bukan apa,bila nak ambil balik barang kemas yang kita gadai tu,takdelah teruk sangat kita kena cari kan.Kang tak pasal-pasal lebih duit yang kita tak perlukan tu,kita joli sana-sini.Dan bila masa kena ambil emas tu,kita tak cukup duit.Dah  terus terlelong emas tu macam tu je..Sayangkan.

cara kesan emas palsu

credit gambar : google

Oklah..ni aku nak cerita pasal TEMPAT GADAI.Korang ,kalau boleh,sebelum ke PAJAK GADAI,silalah siasat dahulu latar belakang tempat gadai tu ye.Jangan simply nak letak je.Sekarang ni susah tau nak percaya Pajak gadai.Diorang pun tak ikhlas untuk menjaga barang customer.Yang lebih teruk mereka sanggup menipu.Cara nya,kikis sedikit emas atau tukar sedikit besi pada barang kemas kita.Ok..Aku nak cerita pasal sebab apa aku bercakap macam tu.

 

Umi rasa,umi beli rantai tu,di Kedai Emas terkenal.Beli Rantai tu dah hampir 6 tahun kot.Kira masa baru-baru kawen la…Aku upgrade sikit rantai aku lama untuk lebih besar lah..So,dalam 3 ke 4 tahun lepas,aku gadai rantai tu di Pajak gadai Biasa je.So,ambil semula dalam setahun gitu lah kot.Ambil tu pun risau sebab dah dengar macam-macam orang kata yang pajak gadai biasa ni,ni tak semualah pajak gadai kot,yang suka kikis emas kita dan yang paling busuk,tukar sedikit dari sebahagian rantai kita kepada besi biasa.WEHHH,aku beli tu bukan main mahal tau.sesuka korang je tukar?

Sebab apa aku tahu benda tu besi,and yes,bila aku nak gadai lagi,aku ke Pajak gadai Bank Rakyat.So ,bila turn aku untuk gadai barang,dia check semula rantai aku tu menggunakan magnet.Terus dia kata kat body rantai aku tu ada besi.BODY ok.Bukan cangkuk Rantai tu.Kalau dah body,memang confirm tak boleh masuk BANK.So,bila dia kata sebelum ni ada pajak kat mana-mana tak,aku cakap adalah..Terus dia ketawa.So,baru aku tau,yang aku pun rasa kena tipu dek Tokey pajak gadai tu..Hampeh benau…

 

Mungkin kat situ silap aku sendiri sebab hantar ke Pajak Gadai biasa,Lepas ni insyallah akan lebih hati-hati untuk memilih pajak gadai dibawah pengurusan bank.Serius walau tak banyak mana yang diorang ambil,tetapi terjamin emas kita.So ,kat sini aku dapat beberapa cara kesan emas palsu.Lepas ni,boleh la check samada barang kemas yang aku beli tu,palsu atau tak.Meh aku share sedikit cara bagaimana untuk MENGESAN EMAS PALSU

 

CARA KESAN EMAS PALSU

1.Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari,Jika kita mengesan  sebarang tanda pada kulit kita,ataupun perubahan warna pada emas tersebut,makanya kita tau emas tu palsu.

2.Cocok jarum dengan lembut pada emas tersebut,jika jarum tersebut tidak patah,maka emas anda mungkin tulen kerana bersifat lembut.

3.Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet,emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic,tips ni sesuailah untuk korang yang ada emas besar,tebal seperti jongkong emas atau jika rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet,maka ia adalah palsu.Itu yang aku nampak pada rantai aku masa kat bank hari tu.

4.Jika barang kemas berupa rantai atau gelang yang boleh diputar,putar dengan lembut dan perlahan.Ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus.Cuma rasakan sahaja,ia keras atau lembut(tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)

5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas,kebiasaannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916,917 atau apa sahaja.

Sebenarnya ada banyak lagi tips yang perlu korang tau bagi mengenalpasti samada emas tu palsu ke tidak.Nak gadai tu boleh, tapi kena beringat lah kan.Tak tau nak gadai kat mana emas korang tu,korang search je pawn shops near me dan pastikan kedai tu betul-betul trusted tau.

 

Apa yang penting,kita dapat tahu macam mana kita nak tau tentang emas yang betul atau yang palsu.So harap lepas ni aku lebih berhati-hati .Sama jugak korang diluar sana

 

Loading

11 Comments

  1. tq share … alamak, kedai pajak pun menipu la pula…

  2. oo kalu emas betul lembut ya.. refer no 2 tu menarik.. bleh buat 🙂 tq share info! 🙂

  3. thank you share, lepas ni boleh lah lebih berhati-hati..sekarang, mcm2 orang boleh dapat..

  4. nice sharing.. time membeli pun kena jaga2 kan kalo boleh bawak magnet siap2.. test je depan2 orang jual tu..

  5. kan..betul tu..sebab dari situ kita tau kat mana kita beli or pajak kat tempat yang menipu ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *