Cara Hilangkan Ketumbit Mata Guna Cili

Cara Hilangkan Ketumbit Mata Guna Cili.Nampak macam menakutkan guna cili nak letak kat mata kan? Tapi itu petua yang paling mudah dan berkesan pada umi.

Masa mula-mula keluar benjolan kecil dibawah alis mata tu umi dah rasa sangat tak selesa.Ingatkan kena gigit semut ke ape kan? Tapi dari sehari ke sehari semakin membesar sampai buatkan umi rasa tak selesa, sakit kepala dan cepat marah..hahahahaha..

Malu weh kena ketumbit ni.Yelah,selalunya bila kita kena ketumbit ni, orang akan kaitkan kita dengan perbuatan suka mengendap orang mandi..hahaah.Setiap kali bervideo call dengan adik beradik, setiap kali tu lah diorang akan kata, tulah laki mandi pun nak mengendap.haduiii…Geram je rasa hahahha..Laki i tak payah ler nak mengendap.

Nak gi ke klinik or hospital umi takut.Eh..seriau tau kotlah doktor tu nak korek benjol ketumbit tu.nayalah nampaknya.Umi ni dahlah sejenis takut sakit.Yelah mungkin dari pengalaman-pengalaman lepas yang membuatkan umi fobia untuk rasa sakit.Umi ada juga suruh babah cari ubat ketumbit mata di farmasi tapi bila taknak menyusahkan babah, umi pendam je lagi.Bila babah tanya ok ke tak? umi jawab ok je.Sejak tak bekerja ni, nak mintak duit suami pun rasa malu uii..hahahahah..kecuali yang dia bagi tiap-tiap bulan tu lah.

Korang tahu tak apa itu ketumbit?Meh umi share sikit pasal ketumbit ni

APAKAH ITU KETUMBIT

Ada dua jenis ketumbit yang perlu korang tahu iaitu Stye dan Chalazion.

sumber: siraplimau

Stye: jangkitan kuman yang berpunca pada akar bulu mata(folikel).Ketumbit jenis ini berlaku di pinggir kelopak mata.Jika ia terdapat di dalam kelopak mata, ia digelar hordeolum dan ia berpunca daripada jangkitan kuman pada kelenjar minyak dalam kelopak mata.Ketumbit jenis ini adalah agak menyaktikan, tetapi ia cepat sembuh dalam masa seminggu.

Chalazion : Timbulnya sejenis benjolan pada kelopak mata.Biasanya ia lebih besar berbanding ‘Stye’ tetapi ia tidak menyakitkan.Ia adalah keradangan yang disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar.Dalam sesetengah kes, stye boleh menjadi chalazion.Ketumbit jenis ini boleh berlanjuan hingga sebulan atau lebih.

Lazimnya ketumbit ini boleh pulih dengan sendiri dan ada beberapa cara untuk hilangkan ketumbit yang boleh dilakukan di rumah.

source :

HILANGKAN KETUMBIT DENGAN CILI API.

Seriuslah cara hilangkan ketumbit dengan cili api? Nampak menakutkan bukan? Tapi inilah petua yang umi gunakan sepanjang kena ketumbit di alis mata.Cili padi ni bukan sahaja boleh cilikan mulut orang-orang yang mulut macam longkang, malah ia adalah salah satu petua hilangkan ketumbit ok.

cara hilangkan ketumbit

Tak ingat pulak ni hari ke berapa kena ketumbit.Tapi masa ni masih tak teruk lagi.Nak ambil gambar pun rasa malas uiii..

Masa mula-mula nak apply petua guna cili padi ni untuk ketumbit dah seriau.Tapi sebab nak cepat baik, jadi kita guna jugaklah.Ala..bukanlah kena lenyek-lenyekkan cili tu kat mata pun.Meh umi kongsikan caranya.

PETUA HILANGKAN KETUMBIT 

CILI PADI

Cara Hilangkan Ketumbit Mata

Memang menakutkan dengar bila menggunakan cili padi ni kan, tapi alhamdulillah hasilnya sangat berkesan.

Umi sertakan cara-cara menggunakan cili padi ni untuk hilangkan ketumbit ye.

Pertama: Basuh bersih satu tangkai cili padi.Pastikan bahagian hujung cili tak patah atau rosak.Kalau patah, tanggunglah kesakitan tu sendiri..hahahha

Kedua: Mulakan dengan bismillah dan sapulah kat bahagian mata yang terkena ketumbit tu dengan membaca selawat sebanyak 3 kali.Niatkan dalam hati semoga dengan izinnya dapat hilangkan ketumbit tu.

Ketiga: Cili padi tu lepas dah guna jangan diguna balik.Buang ke dalam tong sampah.

Hah..Alhamdulillah setelah 3-4 kali buat, semakin surut ketumbit kat mata ni.

Jenis tak penyabar macam umi, macam-macam petua nak dicuba.

Sebelum menggunakan petua di atas, setiap hari atau setiap kali rasa pedih, umi akan ambil air suam dan tuapkan di bahagian terkena ketumbit tu.bersihkan dengan perlahan-lahan.

Dan ada lagi petua-petua lain yang boleh korang buat untuk hilangkan ketumbit ni.Antaranya

Bawang Putih

Cara menggunakan bawang putih ni umi dah praktiskan sekali.Hanya sekali dan lepas tu serik menggunakannya.Kulit rasa pijo dan cepat-cepat umi cuci sebab tak tahan dengan rasa pedihnya tu.

Hilangkan ketumbit dengan bawang putih ni bagusnya adalah, bawang putih mengandungi persenyawaan anti-bakteria yang dipercayai mampu menghapuskan bakteria penyebab ketumbit di mata.

Hanya perlu bersihkan mata dengan air suam, dan sediakan seulas bawang putih.Hancurkan bawang putih dan sapukan di kawasan yang terkena ketumbit tu.Perlu berhati-hati sebab takut masuk mata..

Daun sirih

Cara Hilangkan Ketumbit Mata

Petua lain yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan daun sirih.Hanya perlu ambil dua helai daun sirih, kemudian rebus dengan dua gelas air sehingga mendidih.

Biarkan sejuk seketika dan tapis.Gunakan air rebusan perahan daun sirih untuk membersihkan kawasan mata yang terkena ketumbit itu.

Baca juga : 

Kunyit hidup

Cara Hilangkan Ketumbit Mata

Petua lain yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan kunyit hidup.Sifat kunyit hidup  ini anti-bakteria dan anti-inflamasi membuatkan tanaman ini sangat berkesan untuk mengatasi banyak penyakit.

cara membuatnya adalah, ambil sedikit kunyit hidup dan tumbuk sehingga lumat.Kemudian sapu di bahagian terkena ketumbit.Ia akan mempercepatkan penyembuhan ketumbit tersebut serta mengurangkan bengkaknya.

Alhamdulillah sekarang ketumbit pun dah takde.Syukur penglihatan dah semakin baik.Kalau tak rasa kabur je.Kadang tu rasa panas je dalam mata.Bila mata panas, mulalah taik mata tu makin banyak.Yang penting air kena banyak minum.

Semoga bermanfaat.

1 Comment

  1. Aku jujurnya tak pernah kena ketumbit ni seumur hidup dan tak tau macam mana orang boleh kena ek.. ko tau ke puncanya?..

Leave a Reply

Your email address will not be published.