BEAUTY

10 Cara Hilangkan Jerawat Dengan Pantas

cosmoderm tea tree oil

10 Cara Hilangkan Jerawat Dengan Pantas | Siapa tak risau kalau jerawat banyak tumbuh terutamanya di bahagian muka kan?

Punca jerawat adakalanya disebabkan hormon dan adakalanya disebabkan pemakaian skincare yang tidak sesuai.Kalau korang nak tahu kedudukan jerawat juga mempengaruhi dalaman badan kita yang mempunyai masalah.

Korang boleh refer di entry kedudukan jerawat yang perlu kita ketahui puncanya.Boleh refer entry umi DISINI. 

Umi pun dulu pernah ada masalah jerawat yang serius zaman muda remaja dulu.Start berjerawat lepas SPM sampailah umi kahwin.Hilang terus jerawat.Sebelum tu puaslah cari ubat untuk hilangkan jerawat.Tapi sekarang yang tinggal jerawat datang bulan jelah.Itu memang tak pernah lagi hilang.

Yang tak bestnya bila ada kesan-kesan dari jerawat lama tu buat muka kita nampak tak licin kulitnya.Ada je cara hilangkan kesan jerawat untuk kita nak cantikkan kult muka biar bagi elok.Tapi kenalah invest sedikit kan.

Cara nak hilangkan jerawat cara tradisional pun banyak.Semua tu kita boleh google.Berkesan atau tidak, kita kena cuba.

Umi nko seadanya jelah sekarang ni.Pakai skincare yang ada kat drugstore tu je.Itu pun dah memadai.Asalkan bukan yang jenis boleh menipiskan kulit muka.

Untuk entry ni umi nak share dengan korang cara pantas nak hilangkan jerawat.Hah! seronok kan bila kulit muka kita bebas dari jerawat.

Jerawat pun boleh mempengaruhi emosi tau.Kat situlah timbul low confident nak berjumpa dengan orang.Umi pernah alaminya dulu.

 

10 Cara Hilangkan Jerawat Dengan Pantas

 

Banyak sebenarnya cara untuk kita hilangkan jerawat ni, tapi umi senaraikan 10 cara hilangkan jerawat dengan pantas ni di bawah ye

1.TOMATO

Tomato mempunyai manfaat untuk kecantikkan kulit termasuk membantu menghilangkan parut jerawat.

caranya mudah je, hancurkan tomato sehingga menjadi pes.Jadikan sebagai masker.Biarkan seketika kemudian bilas dan kemudian lap wajah sehingga kering.

2.CUKA EPAL

Cuka Epal boleh membantu menghilangkan parut jerawat.Apa yang perlu korang lakukan adalah dengan membasahkan kapas dengan cuka epal dan sapukan pada parut jerawat.

Biarkan lima minit dan kemudian cuci bersih.Oleh kerana sifat cuka epal ini berasid, korang tidak digalakkan melakukan amalan ini dengan kerap.Seminggu sekali sudah memadai.

3.MADU ASLI & YOGURT

Seperti yang korang tahu, madu mempunyai 1001 khasiat termasuklah dalam soal penjagaan wajah.Dikatakan baik untuk menghilangkan parut jerawat.

Caranya ambil sesudu madu dan campurkan dengan sesudu yogurt asli.

Masukkan seketika ke dalam peti sejuk.Ia boleh dijadikan sebagai masker.BIarkan semalaman pada wajah dan cuci macam biasa keesokkan paginya.

4.KULIT KAYU MANIS DAN MADU

Ambil sedikit serbuk kayu manis, campurkan bersama sedikit madu.

Jadikan seperti pes dan sapukan ke wajah yang berparut.Biarkan semalaman dan cuci seperti biasa.

5.AIR BASUHAN BERAS

Cara seterusnya adalah menbbunakan air basuhan beras.Lepas ni kalau korang basuh beras, make sure air basuhan tu korang simpan dalam bekas kosong.

Basuh seluruh muka sehingga rata.Biakran setengah jam kemudian barulah basuh muka korang tu.

6.TIMUN

Satu lagi bahan yang mudah didapati adalah timun.Timun adalah agen yang  cukup berkesan untuk bantu kita yang ada masalah jerawat.

Cara untuk hilangkan jerawat dengan timun cukup mudah.Korang cuma perlu kisar timun dan tapiskan hampasnya.Hampas timun kemudian dijadikan sebagai masker dan dibiarkan selama 30 minit.

Manakala ambil lebihan air daripada timun berkenaan, masukkan ke dalam botol penyembur dan dijadikan sebagai penyegar.

Sembur pada wajah selepas dicuci.Ia bukan sahaja membantu menghilangkan jerawat tetapi turut mencerahkan kulit korang.

7.TANAH LIAT

Kandungan yang terkandung di dalam tanah liat adalah kandungan mineral aktif yang membantu menghilangkan parut jerawat baru dan lama.

Dengan penggunaan yang konsisten dipercayai dapat mengatasi masalah parut jerawat.

Kat mana nak dapatkan Tanah liat ni? Jangan risau kerana terdapat banyak produk di luar sana yang berasaskan tanah liat yang korang boleh dapatkannya.

8.REHAT SECUKUPNYA

TIdur dan berehat dipercayai dapat memperbaiki kerosakan yang berlaku pada tubuh dan wajah.

Pastikan tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari kerana disamping dapat melegakan badan, ia juga dipercayai membuang toksin berbahaya pada tubuh.

Tidur yang cukup juga berkeupayaan memperbaharui sel kulit.Oleh itu korang dinasihatkan untuk tidur awal

9.MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA

Badan kita memerlukan 70% air.Sebab tu setiap hari kita perlu minum air kosong secukupnya supaya badan kita beroperasi dengan baik.

Air membantu mengeluarkan toksin dari dalam tubuh dan menjadikan kita lebih muda dan bertenaga.

10.MENGGUNAKAN SKINCARE YANG SESUAI

Pilih Skincare yang sesuai dengan kulit supaya parut jerawat yang dialami dapat diatasi dengan betul.

Sebelum membeli sebarang produk, pastikan terlebih dahulu jenis kulit wajah kita supaya tidak mendatangkan masalah lebih teruk.

Pada umi bila jerawat masih lagi banyak, perlu sangat kita menitikberatkan pemilihan produk skincare yang sesuai.

Yang penting produk tersebut tidaklah memudaratkan lagi masalah kulit muka kita.

Macam satu produk ni yang umi sangat-sangat recommend kat korang adalah produk dari Cosmoderm.

 

Produk Cosmoderm tidak mempunyai paraben dan selamat digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit sensitif..Cosmoderm telah disahkan HALAL oleh JAKIM dan ia dihasilkan di Malaysia.Produk ini hanya menggunakan bahan aktif tulen dan berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, minyak Tea Tree dari Australia, Co-Enzyme Q-10 dari Jerman dan herba tradisional seperti manjakani dari Malaysia productnation

Dibawah ni umi senaraikan produk Cosmoderm dari rangkaian Tea Tree Oil yang boleh membantu korang mengatasi masalah kulit berjerawat.

Kebetulan baru-baru ni cosmoderm ada buat sales sempena Shopee Sales 10.10 sempatlah umi dapatkan set lengkap Cosmoderm Tea Tree Oil Skin & Body care.

cosmoderm tea tree oil

Ia sesuai tau untuk korang yang ada  masalah kulit berjerawat, berminyak, yang mempunyai white head dan juga black head.

SET LENGKAP COSMODERM  TEA TREE OIL UNTUK KULIT BERJERAWAT

cosmoderm tea tree oil

PRODUK COSMODERM TEA TREE OIL BANTU MENGHILANGKAN JERAWAT DAN KULIT BERMINYAK

Umi senaraikan  produk cosmoderm yang boleh korang gunakan dalam menangani masalah jerawat dan kulit berminyak.

1#  FACIAL CLEANSER WITH VITAMIN E

Pencuci berkrim mencuci kulit dengan lembut dan mendalam tanpa mengeringkan kulit.

  • Membersih wajah daripada minyak dan debu
  • Membersih pori tersumbat dan mengawal minyak untuk kecutkan jerawat
  • Pelbagai manfaat untuk membantu kulit berminyak
  • Tidak menutup pori atau menyebabkan alahan
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita

Cara Penggunaannya

Picit sedikit Pembersih Muka Tea Tree di atas tapak tangan yang basah dan gosok sehingga berbuih. Urut ke seluruh muka yang basah dan bilas dengan air

2# OIL CONTROL SERUM

Serum gel ini berasaskan air.Mempunyai ekstrak buah untuk mengawal pengeluaran minyak berlebihan di wajah terutamanya di kawasan T-Zone

  • Mengurangkan  jerawat, bintik hitam dan bintik putih
  • Membersih pori tersumbat dan imbangkan pengeluaran minyak.
  • Mengembalikan lembapan semulajadi kulit yang sekata

Cara Penggunaan

Selepas membersih dan menyegar muak, sapukan serum dengan mengurut secara lembut ke seluruh muka hingga diserap.Jika terdapat keradangan hentikan penggunaan.

3# TEA TREE OIL PURFYING MASK

Mask berkrim yang menyejukkan sambil menyerap minyak dan nyah toksin untuk kulit sihat dan seimbang

  •  Mampu membersih pori tersumbat, mengeringkan jerawat dan menyerap lebihan minyak
  • Mempercepatkan jerawat kecut bila diguna bersama Pencuci Wajah Tea Tree Oil dan krim rawatan jerawat Anti-Blemish X-press

4# PELEMBAP BEBAS MINYAK

  •  Menghalang kulit dari kesan penuaan awal dengan bahan-bahan aktif-penuaan yang boleh membaiki sel, menggalakan proses pembaharuan kolagen dan membantuk melembabkan kulit. •
  • Pelembap yang merawat sambil melindungi dari sinar matahari yang boleh merosakkan kulit.

CARA PENGGUNAAN

Selepas membersih dan menyegar muka, sapu dengan rata dan urut dengan lembut.

 

cosmoderm tea tree oil

#5 COSMODERM TEA TREE OIL CLARIFYING TONING LOTION

Penyegar tanpa minyak yang membantu merawat jerawat, mengurangkan minyak dan memudarkan parut jerawat

  • Langkah pertama rawatan jerawat dengan membersih wajah daripada bakteria dan lebihan minyak
  •  Diguna untuk menyegarkan kulit jika terlalu berminyak

CARA PENGGUNAANNYA

Selepas pembersihan, tuangkan sedikit Toning Losyen Cosmoderm ke atas kapas, sapukan ke seluruh muka dan ikuti dengan pelembap yang sesuai

#6 ANTI BLEMISH X-PRESS

Penyelesaian di punca untuk kurangkan jerawat, bintik hitam dan bintik putih

  • Formulasi berkesan dan cepat dari sumber tumbuh-tumbuhan
  • Mampu mengecutkan jerawat semalaman dan mengeringkan terus dalam tiga hari
  • Diguna untuk melonggarkan bintik hitam dan bintik putih agar mudah dibersihkan tanpa parut
  • Tidak sesuai untuk kulit sensitif

CARA PENGGUNAANNYA

Sapukan satu lapisan nipis pembasmi Jerawat Minyak tea Tree X-Press ke atas bahagian yang perlu, 2 kali sehari selepas penbersihan dengan pembersih muka Minyak Tea Tree. Jika terdapat kerangsangan, hentikan penggunaan

#7 ANTI BLEMISH-GENTLE

Penyelesaian yang pantas membuang cela, bintik-bintik putih dan hitam dalam masa 4-5 hari untuk kulit berminyak.

Minyak Tea Tree bertindak sebagai dengan anti septik, anti bakteria, anti kulat dan anti ransangan Bantu membuka pori-pori tersumbat, mengawal minyak dan menghentikan jerawat tumbuh kembali secara lembut Sesuai untuk kulit sensitif dan berjerawat

 

CARA PENGGUNANNYA

Sapukan satu lapisan Tea Tree Oil Anti Blemish Gentle ke atas bahagian yang perlu, 2 kali sehari selepas penbersihan dengan pembersih muka Minyak Tea Tree

#8 SHOWER GEL 

Kesegaran menakjubkan untuk lawan bau badan dan jerawat badan

  •  Membersih kulit dengan lembut tanpa rasa kering atau melekit
  • Lembut, tanpa iritasi dan anti-bakteria
  •  Kulit rasa nyaman dan bersih
  •  Sesuai untuk golongan remaja dan dewasa

CARA PENGGUNAANYA

Tuangkan sedikit Gel Mandian Tea Tree ke atas tapak tangan, tuala atau span. Buatkan buih dan urut secara lembut ke atas seluruh badan. Bilas dengan air. Selepas mandi, gunakan Taklum Losyen Minyak Tea Tree.

 

Hah..Itulah set lengkap untuk korang yang ada masalah jerawat.Jadi lepas ni boleh la nyah jauh-jauh jerawat tu.Tapi make sure kena jaga juga pemakanan ye.Dan pastikan tangan tu tak gatal-gatal nak picit jerawat yang ada.Tangan korang tu dah banyak kuman, kena kulit yang sensitif tu, lagi akan menambahkan teruk lagi keadaan kulit muka korang.

 

Korang yang nak dapatkan details tentang produk dan harga boleh tengok details di bawah

Website : https://www.cosmoderm.com.my/

Boleh juga membuat pembelian terus di Shopee

https://shopee.com.my/cosmoderm

 

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *