Cara Hilangkan Calar pada Cermin Mata

Cara Hilangkan Calar pada Cermin Mata

Cara Hilangkan Calar pada Cermin Mata | Pedih rasa nak beli cermin mata baru bila cermin mata lama habis calar balar.Kan senang kalau ada cara nak hilangkan calar pada cermin mata.Jangang risau, ada cara penyelesaiannya.

Umi kalau dah sekali sedap guna cermin mata tu, memang susah la umi nak tukar pada yang lain.Tapi tulah, ada je calar balar yang ada pada cermin mata tu.Kalau dah banyak sangat terpaksalah tukar juga cermin mata yang baru.

Last umi beli cermin mata baru adalah pada tahun lepas.Tapi disebabkan umi tak berapa nak minat pakai, jadi tersimpanlah di dalam kotak.Pakai pun ikut juga mood umi.Umi beli pun sebab masa tu ada offer.Tu yang umi beli tu.Konon saja nak buat spare takut ler kang anak dok patahkan lagi.

Umi lebih prefer pakai cermin mata yang fleksible yang umi pernah beli dan ceritakan di entry pemilihan cermin mata fleksible untuk kali ini.Korang kena baca apa bestya cermin mata yang fleksible ni dalam entry umi tu.

Jadi sayang punya pasal, masih lagi gunakan sehingga sekarang walaupun dah nampak calar balar atas sikap kecuaian diri sendiri dan dua orang minah kecik tu yang selalu la dok taram spec umi.

Bila mintak tolong simpankan, dia main campak je cermin mata umi dalam bakul.Sungguh sadis ye anak-anak.

So, umi menggoogle cara bagaimana nak hilangkan kesan calar pada cermin mata supaya umi boleh kekalkan cermin mata dan tidak digantikan dengan yang spec lain 😆 

Cara Hilangkan Calar pada Cermin Mata

Bukan sahaja calar ni, dengan kesan tapak tangan, jari semua ada kat cermin mata ni.Calar tu bila ambil gambar memang tak nampak.Tapi kalau tengok terus, memang banyak calar balar kecik kat situ.

Terbaca dari artikel vanilakismis tentang 6 cara hilangkan calar pada cermin mata yang boleh umi ikuti.Jadi tak payah dah risau kalau calar, tau dah bagaimana nak hilangkan.Jom ikuti 6 cara ini.Mana tau boleh korang gunakan jugak kan?

 

6 CARA HILANGKAN CALAR PADA CERMIN MATA

Harap 6 cara ni bolehlah bantu umi untuk hilangkan calar tu.Macam dah banyak je kan calar balar pada spec kesayangan umi tu.

Lepas ni boleh jimat duit.Jom kita tengok cara-caranya di bawah ni.

#1 BAKING SODA DAN AIR

korang mesti dah tau kan baking soda bukan hanya untuk buat kek, malah ia juga merupakan salah satu bahan yang boleh digunakan untuk hilangkan calar ni.Teknik guna baking soda ni paling jimat dan mudah.

Hanya perlu campurkan satu sudu baking soda dengan satu sudu besar air.Gaulkan dan gosok campuran ini pada cermina mata yang bercalar.Seterusnya basuh dengan iar dan lap bersih menggunakan kain mikrofiber.

#2 BAKING SODA DAN CUKA

Kalau tadi kita campurkan dengan air, untuk teknik kedua ni pulak kita menggunakan baking soda dan juga cuka.Untuk hilangkan calar yang kecil, campurkan satu sudu besar baking soda dengan satu sudu teh cuka.

Gaul campuran dan gosok pada bahagian cermin mata yang calar.Selepas tu bilas dengan air dan lap dengan tisu lembut.

#3 UBAT GIGI

Ambil sedikit ubat gigi.Gunakan jari dan gosok membulat pada bahagian cermin mata yang calar.Kemudian lap dengan tisu.Sekiranya calar agak dalam, ulang prosedur ini 3-4 kali

#4 CECAIR PENCUCI PINGGAN

Boleh juga menggunakan cecair pencuci pinggan di rumah korang tu.Cuma gosok pada bahagian yang kotor dan bercalar dengan cecair ini tanpa mencampurkan dengan air.Kemudian bila dengan air dan bersihkan dengan tisu

#5 WAX

Gosok calar dengan wax secara membulat sehingga calar hilang.Kemudian bersihkan lebihan wax dengan kain lembut.

#6 PENGILAT KAYU DAN VASELINE

Sembur pengilat kayu pada cermin mata.Seterusnya ambil sedikit vaseline dan gosok permukaan cermina.Insyallah calar cermin mata semakin berkurangan.

 

Lepas ni mana cermin mata korang yang calar balar tu, bolehlah cuba cara ni.

 

Loading

6 Comments

  1. Sis memang buat cuci aje gan sabun..guna kain lembut, kemudian basuh dan biarkan…sampai skearang, alhamdulilah cermin mata belum ada calar..

  2. Author

    selalunya kita gunakan sabun mandi tu je sis..hahah..tapi tulah, bebudak ni rajin kang dia main cermin mata mami dia

  3. Wahh mudah je rupanya ea bahan nak guna. Memang ada dalam rumah je

  4. selalu guna sabun mandi cecair atau sabun pinggan tu. Haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *