KEMBALI BEKERJA SETELAH SEKIAN LAMA BERCUTI

Kembali bekerja setelah sekian lama bercuti | Tak taulah nak kata excited ataupun tidak, tapi punyalah siap awal tadi dari rumah.Tapi 7.45 barulah gerak dari rumah.

Sampai office tengok jam dekat scanner dah pukul 8.10 minit.Lupa pulak yang jam kat office tu cepat 10 minit,Salah perangkaan pulak umi dengan waktu opis dan waktu di rumah.Tadi pun masa nak ke kerja budak sorang tu dah merengek tak bagi umi dia pergi kerja.

Sabar ye dik, bulan ni jelah umi kerja, lepas tu mengadap la suara singa umi ko ni.Bagilah umi masa habiskan bulan ni untuk bekerja.Itu pun umi rasa banyak kena cuti.Yelah, appointment nenek je dah berderet bulan ni.

baca juga : senaman ringkas untuk  kekal cergas di rumah

Untuk permulaan hari bekerja, semua staff wajib buat self test kit sebelum memulakan kerja.Ingatkan nak buat di rumah je semalam, tapi bila boss kata, mereka akan provide test kit tu, jadi simpan jelah kat rumah tu satu.Mana tau kan lepas ni nak guna, dah ada standby satu kat rumah.

cara guna antigen test kit

Inilah rupanya antigen test kit yang  kami guna di office.Hanya perlu menggunakan air liur sahaja untuk test samada kita negatif atau positif.

Kemudian, di dalamnya ada option samada korang nak cucuk lubang hidung ataupun menggunakan air liur.Tapi sebaiknya gunakan air liur sebab bila gunakan cotton bud tu, bila buat sendiri, memang takkan sampailah ke hujung hidung tu.Kang tak validate pulak kan.

CARA GUNA ANTIGEN TEST KIT

Jadinya, gunalah jelah air liur.Itu lebih mudah.Cara guna antigen test kit ni pun mudah.Jom kita ikuti step by step penggunaan antigen test kit ni,Actually arahan dah diberikan cuma korang ikut je arahan tu.Memang mudah.

Step pertama:

Sebelum tu bersihkanlah mulut korang.Mana tau sebelum tu korang ada minum kopi ke, makan ke.Nanti air liur korang kotor pulak kan..hahah..Jadi mulut hendaklah dibersihkan terlebih dahulu

Step kedua.

Dalam kit tu diberikan tempat untuk korang letakkan air liur.Pastikan semasa ambil air liur korang tu, korang ambil dibahagian tekak maksudnya macam korang buang kahak la.Buatlah dua, tiga kali dan masukkan ke dalam bekas tu.

Step ketiga :

Sedut menggunakan dropper yang diberikan sebanyak 200 microliters dan dropkan ke dalam tiub yang diberikan dan tutup rapat.Goncang sebanyak 10 kali dan letakkan di tempat yang disediakan pada bahagian kotak seperti gambar di bawah.Rehatkan selama 1 minit.

Kembali bekerja setelah sekian lama bercuti

Step ke empat:

Jangan buka plastik kit test ye sebelum step ni.Lepas dah siap step ni barulah korang buka test kit dan ambil tiub air liur tadi dan titiskan air liur korang di tempat test kit sebanyak 3 kali.Kemudian tunggu hasilnya dalam masa 15 minit.

Step ke lima:

Selepas itu barulah korang boleh tengok result korang.Kalau 1 line maksudnya result korang tak mengandung.NEGATIVE,Kalau dua line korang POSITIVE ye.

 

Dah habis sampai situ ke semuanya? Oh tidak!!!. Korang kena update kat Mysejahtera supaya lepas ni kalau diorang buat check dekat office, korang boleh tunjukkan result korang kat dia.

UPDATE ANTIGEN TEST KIT DI MYSEJAHTERA

Untuk update test kit ni korang boleh follow step gambar yang umi berikan dibawah ni.

UPDATE ANTIGEN TEST KIT DI MYSEJAHTERA
STEP 1

    

UPDATE ANTIGEN TEST KIT DI MYSEJAHTERA
STEP 2
STEP 3
STEP 4
STEP 5
STEP 6
STEP 7
KORANG AKAN DAPAT EMAIL DARI MYSEJAHTERA

 

SEMAK EMAIL
KEMBALI BEKERJA SETELAH SEKIAN LAMA BERCUTI
SELESAI

Hah, begitulah serba sedikit cara update my sejahtera untuk korang yang menggunakan covid-19 self test tu.Korang yang baru mula naik kerja ni semoga dapat memahami cara penggunaannya ya..

Alhamdulillah result umi negatif.Syukur sebab walaupun duduk dirumah sahaja, tak bermakna korang tidak terdedah kepada wabak ini.Yelah kan, bila ketua keluarga pergi ke kerja, risiko mereka tetap ada.Tetapi kita boleh sahaja mengelak dari terkena dengan mengekalkan SOP walaupun dari rumah.

KEMBALI BEKERJA SETELAH SEKIAN LAMA BERCUTI

Hah..itulah dia kisah kembali bekerja setelah sekian lama bercuti.Dah siap 5s segala tempat kat office ni barulah sempat update satu cerita.Lepas tu moh sambung kerja lain semula.

 

Loading

1 Comment

  1. Welcome back to work! Hewheww~
    Saya ada simpan satuuuu cuma belum try..Haritu adik guna ni, negatif result, sekali swab rtk..POSITIF pulak~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *