Setiap rumah wajib ada tong sampah hijau.Samada untuk rumah baru atau rumah lama.Tapi bagaimana cara nak dapatkan Tong sampah Hijau SWM ni.
Kalau ikutkan tong sampah hijau tu,umi boleh ambil di MPPG masa mula-mula taman ni dibuka.Tetapi memandangkan umi lambat berpindah ke rumah baru,so MPPG dah serah semula ke SWM Environment Sdn Bhd.
So,disebabkan itu umi hanya menggunakan tong sampah hitam yang biasa tu je.And sebulan sebelum mendapatkan tong sampah hijau tu,penutup tong sampah hitam ghaib entah kemana.So,bila tong sampah tu terbuka,maka anjing liar di sekitar kawasan umi ni,mula menggongong sampah.Dan bermulalah aktiviti umi setiap pagi mengemas semula sampah-sampah yang terkeluar. Dah lama umi bising dengan husband pasal tong sampah ni.Tapi dia belum ada masa nak pergi ke sana.
Nak suruh umi pergi ke SWM tu,payahnya dengan anak ni hah..Kang lain pulak jadinya.So bila dah tak tahan sangat dengan bau dan lalat yang banyak,So kami decide selepas bercuti di Melaka,Balik tu terus singgah SWM untuk mendapatkan Tong sampah tu.
Cara nak dapatkan tong sampah hijau ni senang je sebenarnya.Cuma ambil masa kitalah untuk ke sana dan nak bawa balik ke rumah.
Pergi ke Pejabat SWM Environment Sdn Bhd dan bawa sekali bil api/air dan kad pengenalan.Di Kaunter sana korang kena isi satu borang untuk mendapatkan tong sampah ni.Tak perlu bayar apa-apa untuk urusan pengambilan Tong sampah hijau ni.
Tak tunggu lama pun tapi masa tu umi tak ikut naik ke pejabat tu pun tunggu dalam kereta memandangkan Naura tengah tidur.Memang besar lah kan tong sampah tu,tapi muatlah bila letak belakang kereta.Berhimpit sedikit tak mengapa,asalkan tong sampah di bawa balik dengan selamat.
wah, good sharing 😉
assalamualaikum eda…memang susah kalau guna tong sampah yg lama tu…dulu masa mama dah dpt tong sampah hijau ni tapi masih guna tong sampah lama tu last2 pekerja swm angkat jer terus tong sampah hitam mama tu…buat lawak jer kn…marah agaknya dah bagi tong sampah besar tapi gunakan yg hitam tu juga…redha jugalah guna tong sampah hijau ni…kononnya tak nak kotor last2 terpaksa juga gunakan….hahahhaa…
** Mama Maszull
haah mama,memang dia marah..last tong sampah hitam kita tu takde penutup,dia terus taknak ambil sampah tu.Masalahnya orang dia jugak yang hilangkan penutup tu..emmm..sabau je ler
oh kena amik sendiri tong sampah ekkk baru tau
HAAH…kena ambil sendiri
kena bayar dan isi borang ke??cemana proses dia?
tak perlu bayar Diana..
tq for sharing
boleh erk amik tong sampah free..hehe
Thanks 🙂