Cara Buat Waffle Sendiri Macam Di Kedai

Cara Buat Waffle Sendiri Macam Di Kedai

Cara Buat Waffle Sendiri Macam Di Kedai | Lepas ni tak perlu nak ulang alik ke kedai untuk beli waffle, buat kat rumah lagi puas hati dan sedap.

Kisahnya bila umi ternampak mesin waffle yang comel tu masa scroll kat Shopee.Kemain comel lagi kan mesin waffle kat bawah ni.

Cara Buat  Waffle Sendiri Macam Di Kedai

Macam besar lagi tapak tangan umi ni hah kan.Comel je tapi dah buat lebih kurang 15 keping waffle dari start umi beli.

Masa beli tu terfikir jugak, macam mana nak buat tepung waffle tu.Perlu ke beli tepung yang dah sedia ada tu untuk buat waffle tu.Umi pun carilah resepi tepung waffle ni.Terjumpalah yang resepi ni kat tiktok.

Jadi apa lagi, hari tu jugak buat memandangkan semua bahan ada kecuali esen vanilla.Tapi takpelah kan.Nak makan sendiri, janji sedap.

Ok jom kita tengok bagaimana cara buat waflfle sendiri yang mudah dan sedap ni macam kat kedai.

Cara Buat Waffle Sendiri Macam Di Kedai

Bahan-bahannya

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2 1/2 cawan air
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1 penutup[ esen vanilla
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu soda bikarbonat
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu garam

Cara Membuatnya

  1. Masukkan semua bahan menjadi satu adunan
  2. pukul rata bahan menjadi seperti dibawah.Boleh je guna mesin pemukul atau guna wisk je

Sampai jadi macam ni hah.Senang kan? Boleh buat banyak dan simpan stock didalam peti ais.Bila-bila anak mintak nak makan waffle boleh je terus buat

Baca juga: Resepi tahu berlauk

Cara Buat  Waffle Sendiri Macam Di Kedai

Ni masa try and error banyak mana nak masuk tepung dalam mesin ni.

Tips : Tak perlu masukkan banyak.Masukkan sesenduk kecil sampai tak nampak bahagian bawah.Risau bila masuk banyak, dia kembang dah tak boleh tutup.Dan yang penting dia tak rangup kalau banyak sangat.

Cara Buat  Waffle Sendiri Macam Di Kedai

Tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis..Sedang-sedang je oklah tu.Barulah crispy kan.

Boleh la letak coklat ke, srawbery ke.Ikut korang nak perisa apa. Boleh je letak.Bila anak-anak request nak waffle umi dengan senang hati nak membuatnya.Tapi tulah kan, tak sempat sejuk mesin tu diorang dah mintak lagi.Memang kena bersabar tang tu jelah.

Nanti korang carilah mesin waffle yang comel ni.Meman g best tau.Macam dulu pernah beli mesin waffle yang besar.Tapi umi dah letgo bagi adik sebab masa kerja memang tak sempat nak buat.Ni dah jadi suri rumah tangga ada lah masa nak sediakan tu semua.

Nak pelbagai resepi korang boleh follow t.me sini : Resepi kampung

 

Loading

4 Comments

  1. sedap sedap Tapi berchent kalau masak je lesap masak je lesap Hahaha

  2. memang sedap resepi tu. simple je. Kalau saya yang malas ni terus beli tepung waffle, tinggal bancuh.

  3. Suami saya ada beli mesin ni. Tapi dah lama dia tak buat waffle. Tepungnya susah nak dicari dia kata.

  4. Comel sangar.. kalau sekali bedal ni, hilang terus.. nak beli gak lerrr …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *