BUAT SENDIRI VIETNAM ROLL PUAS MAKAN

BUAT SENDIRI VIETNAM ROLL PUAS MAKAN

BUAT SENDIRI VIETNAM ROLL PUAS MAKAN | Mulanya memang malas betul nak membuat, disebabkan si kakak ni nak lagi, gagahkan jugaklah buat.

Mas abeli kuih buat minum petang tu, umi order la vietnam roll tu.Ingaktan cukuplah untuk umi dengan kakak.Rupanya babah dengan si adik ni nak jugak makan.Jadi hujung minggu hari tu umi plan buatkan untuk mereka.

Settle makan tengahari, puas umi bantai tido sedas dua, petang tu umi prepare la bahan untuk umi sediakan sebagai menu makan malam.Jadi no nasi untuk malam tu.

Nak buatnya pun sebenarnya mudah je, kalau bab bungkus tu, cantik ke tidak kita tolak ketepi.janji resepi vietnam roll mudah dan lagis sedap kalau dicicah bersama sosnya.

Cara buat veitnam roll ni tak perlu memerlukan kepakaran hakiki.Cuma kena pandai melipat dah ler.kalau lipat pun korang tak pandai, maka korang gulung-gulung la walau jadi bulat atau segitiga sekalipun.Dia tetap sedap juga dimakan.Nak resepi vietnam roll ni korang boleh follow kat bawah ni.Janji mesti ada rice paper bukan newspaper ye.Jadi kita buat sendiri vietnam roll puas makan oii..Tu pun dah terlebih rajin la

CARA BUAT VIETNAM ROLL DENGAN MUDAH

Bahan-Bahannya

BUAT SENDIRI VIETNAM ROLL PUAS MAKAN

  • Rice paper
  • Mee Hoon @ soohoon
  • Salad
  • Isi ketam
  • Udang 
  • Lobak
  • Timun( ikutlah kalau nak letak)
  • Daun selasih

Cara membuatnya

  1. Rebus udang dan isi ketam ( kemudian baru buang kulit udang)
  2. Celur lobak dan sohoon.Lobak tu ikut korang la samada nak celur atau tidak.Kalau ikut umi memang tak celur pun.
  3. Dah siap semua sedia bahan-bahan di dalam, ambil rice paper dan celup ke dalam air biasa.Tak perlu guna air panas je sebab kulit rice paper mudah koyak nanti.
  4. Bila rice papaer dah dicelur dengan air, letakkan terus ke pinggan.Kemudian letakkan salad,lobak, timun, daun selasih, mee hoon dan letakkan isi ketam atau udang.
  5. Gulungkan ia dan selepas satu gulungan, lipat bahagian tepi kiri dan kanan.Lipat tu jangan terlalu kuat tariknya ye.nanti mudah koyak.
  6. Siap dihidangankan dan ulang step yang sama cuma boleh gantikan dengan isi ketam atau udang.

Cara buat Sos Vietnam Roll

  • Sediakan bawang putih, cili api yang di tumbuk kasar ditumis sehingga masak guna minyak yang sedikit sahaja.
  • Kemudian ambil sos chili thai dan tuang dalam setengah botol ke dalam bahan yang ditumbuk.campur sedikit air.Masukkan sedikit tepung jagung yang telah dibancur dengan air.Kacau sehingga mendidih dan siap dihidangkan.
  • Boleh la tambah perasa kalau rasa tak cukup garamnya ye.

Bolehlah dicicah dengan vietnam roll tu.Kalau malas nak buat sos guna je sos thai tu pun dah memadai.

BUAT SENDIRI VIETNAM ROLL PUAS MAKAN

Untuk dia dan adik special sikit.Vietnam roll without vege.Hah gasaklah.Dapat 3 keping sorang dah senang perut dia.

Untuk umi dengan babah special sikit la sayur banyak.

Nak resepi lain korang boleh klik sini

Loading

1 Comment

  1. amboiii pulun dia makan yer … buat sendiri mmg puas .. tapi bila malas order hjer hahhah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *