Sesekali lunch Apam Balik Titian Sasak

Sesekali lunch Apam Balik Titian Sasak

Sesekali lunch Apam Balik Titian Sasak | Malas nak keluar untuk lunch, umi order je menu lunch guna Food Panda.Cepat dan jimat masa nak keluar time lunch hour.


Jaranglah umi keluar lunch.Selalunya umi beli breakfast sahaja dan hanya makan bila balik rumah je.Melainkan umi lapar sangat dan pagi umi tak makan berat.Kalau dulu takde lagi foodpanda dan grabfood memang payah la nak order untuk makan tengahari.Walaupun dulu ada yang buat delivery sendiri, tapi amat payah lah nak dapat makanan tepat pada masanya.

Senangkan sekarang ni.Kalau guna Food panda atau pun Grab, mereka hanya hantar makanan untuk seorang je pesanan.Jadi pesanan kita tu kita akan dapat cepatlah kan.Sesekali lunch apam balik titian sasak memang bestlah kan.Nak-nak terima dengan keadaan apam balik masih panas lagi..Memang syok ooo..

resepi apam balik homemade

So, untuk menu lunch, umi malas nak makan nasi sebab pagi pun umi dah breakfast dengan nasi goreng.So, untuk tengahari umi teringin nak makan Apam balik.

Bila tengok Food panda ada seller yang menjual apam balik terus umi order sebab sebelum tu pun umi pernah beli dengan seller ni terus ke kedai dia.

Apam Balik titian Sasak.Nak perisa apa je korang boleh pilih.Tapi umi tak suka sangat perisa lain.Bagi umi terlalu manis kalau nak letak coklat, nutella dan lain-lain tu.Umi suka jagung jelah.Itu yang lebih evergreen 🙂

Umi suka apam balik dia sebab jenis tak kedekut dengan bahan di dalamnya.Paling pebret umi adalah apam balik jagung.Untuk kali ni umi order extra jagung.Sekali dapat melimpah ruah jagung yang dia bagi.

Kalau ikutkan apam balik sekarang dengan apam balik dulu tak sama.Tak sama dari segi ketebalan yang kita dapat sekarang ni.Yelah mungkin faktor harga naik atau sebagainya.Wallahualam.

Tapi umi tetap puas hatilah dengan apam balik titian sasak ni.Nak buat apam balik ni kalau kat rumah boleh je.Hari tu umi ada terbaca cara buat apam balik di rumah.Umi akan share resepi apam balik homemade guna kuali non stick di bawah ni ye.

 

CARA BUAT APAM BALIK HOMEMADE

Umi Share resepi apam balik dari majalah rasa ni di sini ye.Nak buat apam balik ni hanya 30 minit sahaja masa untuk sediakan apam balik ni.Jom tengok resepi ni.

RESEPI APAM BALIK HOMEMADE GUNA KUALI NON-STICK

Bahan-bahannya :

  • 1 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 cawan tepung gandum
  • Sedikit esen vanilla – jika suka

Bahan Inti :

  • Jagung cream dalam tin
  • Kacang tumbuk
  • Gula

Cara Memasak :

  1. Pukul telur bersama gula sehingga kembang
  2. Kemudian masukkan air.Pukul seketika dan masukkan soda bikarbonat dan baking powder.
  3. Seterusnya masukkan tepung gandum dan gaul sehingga sebati.Tambah esen vanila jika suka
  4. Untuk memasak apam, gunakan kuali yang senang tanggaldan tak payah minyak banyak(kuali non-stick)
  5. Letakkan bancuhan tepung di dalam kuali.Bentukkan leper.
  6. Kemudian letak jagung, kacang tanah dan gula ikut kemanisan yang disukai.Nak letak apa-apa perisa contoh coklat dan sebagainya.
  7. Biarkan hingga rangup dan angkat.Pastikan guna api yang kecil.

So, korang yang terlebih rajin tu bolehlah mencuba.

boleh juga baca resepi aneka kuih

 

Loading

5 Comments

  1. Aku selalu gak beli apam balik dia, sedapp… biasa mesti sama gak macam ko, jagung lebih hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *