Bereksperimen dengan pokok Fiddle Fig | Ramai yang menjadikan pokok ketapang ni antara pokok hiasan di dalam dan di luar rumah.
Nak bercerita tentang tumbuh-tumbuhan pulak kali ni. Berekspeerimen dengan pokok fiddle fig, Itulah cerita yang umi nak sampaikan korang bila umi ikut jugak cara nak biakkan pokok viral ni.Cantik juga dijadikan hiasan di dalam dan juga diluar rumah
Actually umi tak sangka hasil eksperimen umi ni menjadi sebab umi ada terbaca macam mana cara untuk kita tanam pokok Fiddle Fig ni.Nak-nak bila kita ambil dahan dari pokok tu dan kita nak tanam di tempat yang lain.
Ada orang kata, mestilah pokok yang berakar dahulu, baru boleh kita tanam di tanah.
Umi tak pasti tentang tu.Kalau dulu umi beli je anak pokok fiddle fig ni.Terus letak kat umah.tak payah fikir nak menanam or apa.
Pokok tu pun dah mati dek kerana beberapa bulan umi tinggalkan semasa tempoh PKP hari tu, terpaksalah cari yang lain.
Kebetulan di depan office umi ni banyak pokok tu,umi pun cubalah jugak ambil dahan pokok yang baru dan konon bereksperimen sendiri.Umi ingat nak ikut tips cara biakkan fiddle fig leaf ni.
Ni dahan yang umi ambil di pokok besar. Info kata kena potong serong sikit umi cuba jugaklah kan potong secara serong.
Cara Biakkan pokok fiddle fig di dalam air
Umi tak pasti samada jadi ke tak bila umi terbaca yang pokok fiddle fig ni kita boleh biakkan dia di dalam air.Bila dah keluar akar, barulah kita tanam di tanah.
Nak taknak kita kena cuba barulah kita tau hasilnya kan.Itu pun sebab terbaca perkongsian orang luar negara.Umi ambil cawan putih dan masukkan air.Masukkan dahan yang umi dah kerat serong tu.
Start masuk dalam air. Umi akan gantikan air tu 2 atau 3 hari sekali tanpa letak apa-apa baja penggalak akar ye.
Masuk 2 minggu tu, umi ingatkan tak menjadi.Yelah macam dah lama sangat kan.Umi biarkan lagi dan keep tukarkan air dia.Masuk pulak minggu ketiga.Umi biarkan tanpa tukar air.Sebab masa tu dah cakap dekat kawan umi, kalau dia tak keluar jugak, buang jelah pokok tu.
Biarkan lagi sampai nak masuk minggu keempat, pagi tu umi nampak ada benda putih keluar dari dahan di bahagian bawah seperti dalam gambar bawah ni.
[ Boleh baca juga : 10 jenis indoor plants wajib ada di rumah ]
See..Umi is happy sebab dia keluar jugak akar kat situ.Yeah!! lepas ni boleh biakkan lagi fiddle fig ni menggunakan kaedah Propagation ni.
Umi tak pasti kaedah ni dipanggil propagation ke tidak ek, kalau ikutkan propagation tu macam kaedah tut kan? Umi cari jugak artikel tentang kaedah pembiakkan pokok menggunakan air ni.Tapi tak jumpa..hahaha
Cuma yang umi tahu tentang kaedah pembiakkan menggunakan dahan pokok dimana kita Pilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit. Panjangnya keratan antara 15 – 20cm. Potong pangkal keratan itu serong di bawah satu mata tunas.
Tinggalkan 2 atau 3 helai daun. Tentukan sekurang- kurangnya ada 1 tunas untuk akar dan 1 tunas untuk pucuk. Tanam keratan itu sedalam kira-kira 5 – 7cm (1/3 daripada keratan). Tekan di sekeliling pangkal keratan. Siram. Untuk keratan yang susah berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon penggalak akar seperti IBA, ABA, NAA. Jenis-jenis hormon ini ada dijual dalam bentuk debu.
Umi happy sangat sebab ianya menjadi.Lepas ni dah boleh buat 3-4 dahan sebab officemate umi pun nak jugak.hahaha.
Masih kecil lagi akar pokok ni.Kena jaga dan biarkan dahulu sehingga keluar banyak sikit akar tu baru umi boleh pindahkan ke tanah.Kang merajuk pulak pokok ni langsung taknak hidup kan?
Sampaikan bos umi pun pelik bila umi sebut teknik pembiakkan pokok ni.Hah!! bila umi tunjuk keluar akar pada dahan tu, dia pulak teruja.
Nanti kita tengok progress seterusnya.Tengok macam mana nanti hasilnya ye.
Selepas kita dah tanam di tanah, macam mana pulak cara penjagaannya.Umi ada ceritakan di entry lepas tentang cara penjagaan pokok ketapang atau Fiddle Fig ni.Jom tengok cara biak pokok ketapang ni.
[Baca Sini – Cara penjagaan pokok ketapang ]
5 TIPS PENJAGAAN POKOK KETAPANG ATAU FIDDLE FIG
1. PENCAHAYAAN
Fiddle fig memang terkenal sebagai indoor plant. Maka kedudukannya adalah di dalam rumah. Daunnya yang lebar dan kehijauan memang menarik bila di gabungkan dengan tema putih, natural ala2 scandinavian gitew. Maka, bila semua putih dan pine, splash with green. Wallah! Memang kebabom.Indoor plant bukan bermaksud fiddle ni puteri lilin. Mereka masih memerlukan cahaya. Maksudnya, indirect sunlight ye puan puan. Letak kan di tepi tingkap, bukan di bawah pancaran matahari nan bersinar. Boleh letak bawah porch, tepi tingkat dan sewaktu dengannya. Tapi kalau kedudukan pokok tu tak langsung terkena sinaran matahari, sila lah bawa dia keluar sesekali melihat dunia luar. Dia memang perlukan kebebasan duniawi ?
2. AIR
Water intake fiddle fig yang sangat perlu di ambil kira ia bukan HARI HARI. yeah. Bukan hari2. Pokok macamni banyak berpuasa. Hanya perlukan air secawan sahaja sudah mencukupi utk 3-4 kali seminggu. Jenguk2 lah dia dan lihat tanahnya. Kering ke tidak? Dan jangan la terlebih air, bila terlebih air, akarnya akan membusuk lalu menyembah bumi.
3. BAJA
Pokok macamni pun perlu dibaja. Tak perlu selalu. Sesekali dlm seminggu atau 2 minggu sekali. Tapi ada customer saya boleh kata selalu bagi minum air beras. Woww! Katanya pokok dia dah makin meninggi. Wah penasik betul fiddle ni kan?! Ingat orang je suka nasi. Kahkah.boleh cuba tips tu jugak. Sesekali bagi dia baja air cucian beras ya? ?
4. BELAI
Eh ngada2 nye ko fiddle. haha. Belai tu bukan macam belai kucing. Maksudnya, bila ada daun yang mula kekuningan. Sila la buangkan ia terus supaya tak merebak wabak nya tu. Selalu2lah potong dahannya bila nampak rosak supaya tumbuh pucuk baru ( ini kalau pokok dah membiak besar lah ). Daun rosak buang. Nanti dia akan sentiasa bertunas. Gitew
5. LAP
Selalu daun pokok ni berhabuk bila letak di dalam rumah ( itu tanda umah banyak habuk, rumah aku kah? ?), maka rerajin la lap daunnya menggunakan kain lembab supaya dia bersinar kembali dan boleh bernafas dengan lebih baik. Kalau tak, tersumbat lh hidung2nya untuk bernafas, lalu potensi untuk mati menyembah bumi amatlah tinggi. Lap juga dengan minyak letak pada tisu dan lap. Pokok akan jadi berkilat.
Suka tengok pokok fiddle fig ni bila dia dah membesar kan.Tapi proses nak dapat pokok besar setinggi diri kita ni makan masa jugaklah kan.So, itulah dia bila umi bereksperimen dengan pokok fiddle fig ni.
really, pokok ketapang tanam dalam rumah, bukan besar ke pokoknya? Nak google jap
Mertua ena pon ada ajar suruh letak air beras tapi ena tak penah cuba. Haha. Selalu buat mandikn baby je. Mcm2 benefit plak ea.
Nak beli yang dah siap, memang harga telan ayaq liur, sampai laaa ni takde membeli hehehe..