5 CARA BERMAIN KAD IMBAS YANG PERLU KITA TAHU

5 CARA BERMAIN KAD IMBAS YANG PERLU KITA TAHU | Mudah sekarang nak ajar anak-anak dari mereka kecil .Hanya menggunakan kad imbas dapat membantu proses pembelajaran mereka dari mereka bayi lagi.

Penggunaan kad imbas seawal usia bayi ini boleh mula digunakan untuk perkenalkan huruf dan perkataan.Ia adalah proses pembelajaran anak-anak yang memang sudah diketahui umum akan kebaikkannya.

Flash Card adalah satu cara yang paling berkesan dalam mendidik bayi ataupun kanak-kanak untuk belajar mengira & membaca. Tahukah anda, bayi yang berusia 0-4 bulan hanya boleh melihat warna hitam & putih sahaja? Oleh itu, penting untuk ibu bapa menggunakan dimensi & warna yang tepat di dalam flash card dengan cara yang betul (tidak terlalu perlahan & tidak terlalu laju pada jarak yang tepat). Di dalam set flash card ini juga ada disediakan arahan bagi rujukan ibu bapa.

Objektif penggunaan flash card ini adalah :

  • Memberi kesan kepada memori anak-anak semasa flash card ditunjukkan
  • Titik yang digunakan adalah lebih kepada memberi pendedahan awal atau pemahaman yang lebih baik berkaitan nombor & mengira kepada anak-anak.

Flash card yang disyorkan untuk bayi adalah flashcard seperti Dr Sheikh Muszaphar Shukor ini.Beliau menggunakan flash card yang dicipta oleh beliau untuk anak-anaknya.

kad imbas

kad imbas

Untuk pengetahuan korang, selain diimbas kepada bayi, kad imbas juga boleh dipelbagaikan lagi cara penggunaanya.Bukan hanya tunjuk dan imbas sahaja pada bayi.Jom tengok perkongsian dari Kak Min tentang penggunaan kad imbas ini.Sebelum tu kita lihat dulu ciri-ciri kad imbas yang bagus untuk kita berikan kepada anak-anak.

5 CARA BERMAIN KAD IMBAS YANG PERLU KITA TAHU

Antara aktiviti yang boleh kita pelbagaikan dengan penggunaan kad imbas ni banyak.Antaranya adalah

1# AKTIVITI SUAI PADAN

Jika menggunakan kad imbas haiwan, kita juga perlu mempunyai model-model haiwan.Susun kad imbas di atas lantai dan minta anak letakkan model haiwan tersebut pada kad imbas yang betul.Sesambil tu kita suruh anak keluarkan bunyi haiwan tersebut dengan betul.Mesti anak-anak seronok.

Atau jika kita nak ajar anak-anak kita membaca atau mengenal suku kata,dengan pengelasan bunyi huruf seperti dibawah.Sambil kita bunyikan huruf tu, sambil anak kita cari kad imbas dari bunyi tadi.

kad imbas

#2 BERMAIN TEKA BUNYI

Aktiviti ini sesuai untuk kad imbas dengan gambar haiwan atau kenderaan.Ibu berikan klu bunyi objek dan minta anak meneka.Aktiviti ini sangat bagus untuk mencungkil kemahiran mengeluarkan maklumat kepada anak-anak.Biasanya aktiviti ini dilakukan bersama anak-anak berusia sekitar 3 tahun.

#3 BERMAIN TEKA SIFAT

Untuk anak yang sudah biasa dengan aktiviti 1, kembangkan lagi aktiviti itu kepada ciri-ciri yanglebih abstrak.Contohnya, haiwan apa yang tinggal dalam hutan, makan daging dan ada belang di badannya.

Maklumat yang diberikan ini hendaklah semudah mungkin dan bersesuaian dengan usia anak.Dalam permainan ini anak perlu menghadam maklumat dan memberikan jawapan.Ia adalah proses yang mencabar minda kanak-kanak sebenarnya.Namun apabila aktiviti ini kerap dibuat, kita akan kagum dengan peningkatan kepantasan mereka memberi respon.

#4 MELIHAT BENTUK DALAM ANIMASI 4D

Zaman sudah berubah, dan proses pembelajaran anak juga menjadi semakin menarik.Dengan Flashcard 3D anak bukan sahaja dapat melihat gambar objek pada kad imbas, tetpai juga dapt melihat terus bentuk sebenar objek tersebut.Siap boleh bergerak pulak tu

Boleh rujuk entry ni untuk flash card 3D – Flashcard dengan animasi

#5 MENYURIH TULISAN

Sebahagian anak kecil tidak suka menulis pada buku.Cuma bagi kad imbas sebagai alternatif.kebanyakkan kad imbas sekarang mempunyai permukaan glossy yang boleh titulis menggunakan whiteboard marker.Jadi boleh tulis dan pada padam hanya guna tisu sahaja.

 

CIRI-CIRI KAD IMBAS YANG BAGUS UNTUK ANAK-ANAK

#1 LATAR BELAKANG KAD BERWARNA PUTIH,TULISAN BERWARNA HITAM ATAU MERAH

Ini adalah kad imbas terbaik untuk perkenalkan huruf/ nombor kepada bayi.Ia dapat membantu bayi lebih fokus kepada bentuk huruf dan tiada gangguan dari objek lain disekitarnya

#2 KAD HANYA MENGANDUNGI OBJEK/TULISAN SAHAJA

Bagi kad imbas untuk memperkenalkan nama objek kepada bayi, sebaiknya hanya terdapat objek sahaja pada bahagian depan kad.Manakala perkataan terdapat pada bahagian belakang kad.Sebaiknya perkataan dan gambar tidak berada pada bahagian yang sama

#3 GAMBAR BERKUALITI

Gambar yang terbaik adalah imej sebenar objek yang disampaikan.Penggunaan gambar dalam bentuk kartun tidak memberi maklumat yang tepat kepada anak tetapi masih boleh digunakan untuk membina kreativiti anak-anak.Gambar yang bagus ialah yang berkaitan dengan persekitaran kanak-kanak

#4 WARNA YANG TERANG DAN CERIA

Otak manusia memberi respon yang pantas terhadap objek yang berwarna terutama warna yang lebih menonjol berbanding persekitaran(latar belakang)

#5 TAHAN LASAK

Salah satu ciri-ciri kad imbas yang bagus ialah mesra bayi.Antara isu apabila menggunakan kad imbas ialah mudah terkoyak direnyuk bayi.Alternatifnya sekarang sudah ada kad imbas dari kain felt dan kadbod yang lebih tahan lasak walaupun kurang menepati ciri-ciri pertama tadi.Tapi masih boleh diganak dengan dipelbagaikan aktiviti penggunaannya.

Paling umi suka flash card yang super jimat dari Mommyhappy ni.Kebanyakkan flash card dari Mommyhappy semua boleh tulis dan padam.Jadi boleh guna berkali-kali.

Nak cari flash card untuk anak-anak boleh refer sini Kad imbas

Boleh whatssap umi untuk dapatkan kad imbas ni ye. Link

 

 

 

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

2 thoughts on “5 CARA BERMAIN KAD IMBAS YANG PERLU KITA TAHU

  • July 12, 2021 at 3:38 pm
    Permalink

    kalau mcmnie bukan anak2 je suka..sy pun suka jgk..seronk main flashcard nie!haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *