CARA AJAR FLASHCARD PADA BAYI | Kalau lah umi dapat putarkan waktu untuk memberi pendedahan flashcard ni seawal Naura kecil.Kan best??
Tapi umi tahu, masih belum terlambat untuk umi ajar dia.Cuma umi kena kerja keras untuk pastikan dia dapat ilmu yang sepatutnya pada usianya sekarang.
Umi percaya ramai parents di luar sana yang mempunyai ilmu yang tinggi untuk mengajar anak² mereka.Nak ajar anak dari dalam perut lagi kita boleh ajar kan? Tetapi dengan adanya cara tertentu.Mungkin pelik? tapi itulah kebenarannya.
Dan, dari bayi lagi kita boleh ajar mereka dengan penggunaan Flashcard atau lebih dikenali juga sebagai KAD IMBAS? APA TU???????? Meh umi share serba sedikit pasal Flashcard ni.
APA ITU FLASHCARD/ KAD IMBAS
Kad imbas atau flashcard adalah sejenis kertas keras yang mempunyai gambar atau huruf yang diperkenalkan oleh Glenn Doman iaitu seorang pakar bedah otak dari Philadelphia, Pennsylvania.
Gambar yang terdapat di atas Flash card dikelompokkan dengan haiwan, buah-buahan,pakaian,warna ,bentuk nombor dan lain-lain.
Boleh lihat seperti di bawah
CARA MENGAJAR FLASHCARD PADA BAYI
1. Beritahu anak anda bahawa anda akan menunjukkan kepadanya perkataan dalam bahasa Inggeris / melayu atau lain- lain bahasa.
2. Pegang kad imbas depan anak anda (tulisan yang besar mengadap anak, tulisan yang kecil mengadap anda)
3. Baca perkataan tersebut dengan suara yang kuat, jelas dan bersunguh- sungguh. Pastikan jarak kad dan anak ialah sejauh 60cm atau sejarak lengan anda
4. Pastikan tiada gangguan yang lain seperti bunyi bising dari tv / radio dan lain-lain
5. Baca kad seterusnya (bawa kad dari belakang ke hadapan) dan membacakan perkataan dengan kuat serentak.
TIPS : Ibu harus mula bacakan perkataan apabila kad itu masih di belakang, dan dalam masa yang sama bawa kad itu ke hadapan dalam masa 1/2 saat.
JANGAN membawa kad itu ke hadapan KEMUDIAN baru baca.
6. Selepas siap semua kad, ulang kembali perkataan yang pertama sebelum sesi ditamatkan.
Contoh ‘ayam’, ‘bola’, ‘cantik’ , ’emak’ ulang bali perkataan ‘ayam’ sebelum sesi tamat.
7. Anda juga digalakkkan membuat cerita pendek menggunakan perkataan terakhir. Contohnya ‘ayam ini ada 2 kaki dan mempunyai taji.’
8. Berikan reward/ ganjaran pada anak anda seperti
== berikan pelukan yang melebihi 8 saat
== puji anak cerdik, pandai dan sebagainya
== juga boleh beri anak ibu jari tanda bagus, sentuh ibu jari anak
So, mudah kan nak mengajar anak dari mereka kecil. Walaupun umi dah terlambat untuk mengajar Naura dari kecil, tapi umi tetap belikan dia Flashcard supaya mudah untuk dia lihat apa yang tertera pada flashcard tu.
Umi ada belikan dia flashcard yang berbentuk huruf dan nombor.Sebenarnya ada banyak lagi flashcard yang umi dah belikan untuk dia.
Apa yang bestnya dengan flashcard dari Mommyhappy ni, Flashcard ni datang sekali dengan marker pen tau.So, selain dai mengingati nombor ataupun huruf, dia boleh juga berlatih untuk menulis.Kiranya 2 in 1 la.
Yang lebih menariknya, ia menggunakan kertas keras yang tahan lama dan paling penting adalah boleh tulis dan padam.So, sangat-sangat berbaloi.
Kat mana nak beli..korang boleh la survey di Page My Litto Shop.Bukan setakat Flashcard je ada.Malahan buku-buku untuk Pendidikan awal kanak-kanak korang boleh tengok.Educational toys pun banyak di jual di situ.Sangat berbaloi.
https://www.facebook.com/Mylittoshop/
nice sharing Umi.
Kak Pip dulu pun tak guna sangat flash card time ajar anak.
habis dorang koyakkan.
haha. ganas anak anak kak pip.
end up guna soft book sahaja.