FOOD REVIEW

13 Jenis Kopi di Calanthe Art Cafe Melaka

calanthe art cafe melaka

Dalam satu Cafe menyediakan 13 jenis jenis kopi mengikut Negeri yang ada kat Malaysia.Korang boleh dapatkan di Calanthe Art Cafe Melaka.

Selepas check in di Swan Garden Hotel Melaka, umi dan rihana sajalah cari makan memandangkan kami dari Johor tak makan ape-ape lagi sejak pagi.Memang mencari tempat makan yang menyediakan makanan ringan sebelum kami lunch di Klebang.

So, Rihana mencadangkan untuk mengopi di Calanthe Art Cafe Melaka.Yang uniknya cafe ni adalah mereka menyediakan 13 jenis kopi dari seluruh Negeri.Setiap kopi yang disajikan mempunyai rasa enak dan unik dengan rasanya yang tersendiri.

Bila dah sampai ke Cafe tersebut, umi tertarik dengan dekorasi lama yang ada di dinding cafe ni.Nampak evergreen dengan cawan dan pinggan mangkuk yang dihiasi di dinding cafe ni.Cafe ni berkonsepkan nature dan antik.Memang lain dari yang lain cafe ni.

Macam biasa bila masuk tu kenalah check suhu dan patuhi SOP yang ditetapkan.Mulanya kami duduk di bahagian dalam sebab di bahagian luar penuh masa tu.Tapi bila tengok di bahagian luar tu kosong, kami bertukar tempat.

Umi tak dapat nak ambil gambar banyak sangat sebab tengah ramai orang kan.Kena juga jaga privacy orang.Kang tak pasal-pasal ambil gambar mereka tanpa kebenaran.

Ini adalah antara deko yang ada di dalam cafe ni.

Dan ini dibahagian belakang ye.Di bahagian depan pula dekorasi pun macam sama.Masih kekalkan keunikkan bahan antik kedai ni

Dah cerita pasal keunikkan cafe, jom kita cerita pula pasal keunikkan 13 jenis kopi di setiap negeri.

13 JENIS KOPI DARI SELURUH NEGERI DI ALANTHE ART CAFE

Umi senaraikan 13 jenis kopi mengikut keunikan dan kelainan kopi-kopi tu ye.

Sebelum tu izinkan umi menampala muka puan blog di entry ini 

Negeri Sembilan: Menggunakan biji kopi Liberica dan Robusta yang terbaik dengan teknik panggangan tradisional.

Pahang: Menggunakan 100% biji kopi Robusta daripada Indonesia dengan teknik house roasting.

Penang: Biji kopi Robusta hitam.

Perak: White coffee moden dengan resepi special.

Perlis: Gabungan 5 herba untuk memberi kekuatan dan kesegaran.

Sabah: Mengandungi 76% biji kopi, 24% marjerin, garam dan gula.

Sarawak: Mengandungi 50% biji kopi Robusta, 50% gula, marjerin dan gandum.

Selangor: Mengadungi 100% biji kopi Arabica, campur dengan marjerin dan gula dengan menggunakan teknik panggangan tradisional.

Terengganu: Mengandungi 30% biji kopi Arabica dan 70% kopi lokal dengan teknik panggangan tradisional.

Johor : Biji kopi Liberica yang dipanggang tanpa gula.

Kedah: Biji kopi Robusta yang dipanggang sederhana.

Kelantan: Biji kopi Robusta tradisional yang menggunakan kayu.

Melaka: Mengandungi 70% biji kopi, 30% gula, garam dan marjerin.

Hah..Mana pilihan korang.Pilihan umi pulak adalah kopi Melaka.Dah ke Melaka kan, mestilah rasa Kopi Melaka

Niat hati nak minum kopi panas, tetapi disebabkan tengahari dan cuaca pun agak panas walaupun nampak nak hujan, nak jugak basahkan tekak ni dengan air sejuk.

Mulanya nak mengopi je, tapi bila nampak menu ni terasa nak mencuba pulak.

Roti telur yang dibanjiri dengan air gula melaka dan dihidangkan juga dengan pisang serta aiskrim di tepi tu memang begitu unik ye.

Macam pelik kan? Tapi bila korang rasa menu ni, memang sumpah sedap yakmat.

Sampai balik johor pun umi masih teringat-ingat dengan menu roti bakar ni.Nama sebenar menu ni memang umi tak ingat.

 

Memang kopi not bad.So korang yang nak coffee hunting tu bolehlah ke Calanthe Art Cafe Melaka 

Alamat:
11, Jalan Hang Kasturi,
75200, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.

 

 

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(4) Comments

  1. Best tu dapat rasa bermacam-macam jenis kopi. cafe pun retro sangat.

    1. kan..nanti ke Melaka boleh singgah ea

  2. waaa sini lagi banyak negeri kopi dia banding Luckin Kopi tu ekss…

    1. luckin kopi tak pernah try..nanti boleh la cuba kat situ pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *