Cabaran 30 Hari – Hari Ke 12 | 5 Wishlist Anda

Assalamualaikum
Kalau nak dibagitahu kat korang wishlist yang ada dalam kepala otak aku nie memang banyak..Tapi disebabkan Cabaran KKBA nie cuma nak 5,so aku cuba shorlistkan mana-mana yang patut
Ok…ni dia 5 wishlist yang ada dalam benak fikiran aku
Pertama adalah Nak mendiami Rumah sendiri
Korang pun tau kan tentang renovation rumah aku dulu.Dah terbengkalai dek kerana orang yang tak bertanggungjawab..Aku pernah ceritakan tentang rumah tu kat SINI , SINI ,
Harap sangat dapat duduk kat rumah tu secepat mungkin.
Wishlist Kedua-Nak pergi Mengerjakan Umrah
Wishlist nie aku tau,ramai yang ada pasang niat nak ke sana.Kalau la diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Mekah,alhamdulillah,betapa beruntungnya aku.Insyallah,moga aku diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke sana.Kalau boleh nak bawak mak ngan ayah aku ke sana…Moga Allah permudahkan Urusan aku kelak..insyallah..amin
Wishlist ke Tiga-Nak ada Business Sendiri
Kalau korang mengikuti perkembangan blog aku nie,korang tau apa business yang aku buat sekarang nie..Nak juga satu hari nanti bekerja sendiri..Disamping tu boleh la menguruskan rumah tangga
Wishlist Keempat-Tukar kepada MPV
Sebab kenapa aku nak tukar dari kereta aku sekarang nie kepada MPV?Keluarga dah bertambah,so kenalah cari kereta yang luas sikit..Insyallah..ada rezeki tukar tu nanti kan..
Wishlist kelima-Anak
Pssstt……malas nak cerita banyak..Kalau boleh nak tambah anak..hehehehe
itu jelah yang boleh aku kumpulkan 5 wishlist aku kat sini..Yang lain aku simpan..Harap-harap semuanya akan tercapai..

Loading

13 Comments

  1. Smoga smua impian sis tercapai..:)
    Insya Allah..

  2. Semoga tercapai..

  3. Semoga tercapai segala yg diimpikan… aamiin… 🙂

  4. semoga tercapai semua tu..ish bab rumah terbengkalai tu camne ek?ada report polis ke?

  5. impian nak p mekkah sama, tapi alhamdulillah mila dah sampai… impian yang ke limapun sama… jom sama-sama kita berdoa moga kita dapat tambah anak lagi..huhu… moga segala impian menjadi kenyataan dan di permudahkan segala urusan.. amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *