Cabaran 30 Hari :Hari 19 -1 Resepi Kegemaran aku

Assalamualaikum
Bila nak cerita pasal resepi nie,sebenarnya banyak resepi yang aku suka..Meh aku share kat korang ea..
Resepi Bubur Kemboja
Bahan-bahan Untuk Bubur
  • Beras yang sudah dibersihkan (xkesah la berape pot yang korang nak)
  • Bawang putih (di tumbuk halus)
  • Udang kering(wajib ada nie)tumbuk la skit..biar hancur ckit
  • beberapa potong ayam (korang boleh campur dengan sotong atau udang..Ikut suka korang la.tapi lebih baik letak ayam dan daging sahaja..baru sedap.
  • Sedikit Minyak masak untuk menumis
  • Lobak asin yang kasar
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Untuk  lauk-lauknya

  • Lada Hitam (ditumbuk & kalau nak pedas letak lebih ckit ye)
  • sedikit taugeh
  •  Daun Ketumbar(wajib jugak ada)
  • Lobak Asin yang halus
  • isi ayam yang korang dah koyakkan halus2 tu
  • sambal merah(cara buat sambal :lada+bawang putih+gula+garam)

Cara-Caranya pulak

  • panaskan minyak
  • masukkan bawang putih yang dah ditumbuk halus dan kacau hingga naik bau
  • Masukkan beras
  • Selepas beras dah nampak macam kekuningan,masukkan udang kering,dan gaul sebati
  • Selepas itu masukkan air rebusan ayam
  • kacau hingga beras menjadi kembang macam bubur biasa tu.
  • Masukkan la perasa seperti lobak asin, garam dan ajinamoto..aku memang tak guna ajinamoto nie
Selepas itu boleh la korang hidangkan dengan lauk-lauk untuk bubur ni,ayam yang dah diracik isinya,daun ketumbar,lada hitam,taugeh,lobak asin dan juga sambal..
siap…itu je..mudah je kan..aku belajar dari adik ipar aku ni..dia memang terror bab buat bubur kemboja nie.Banyak jugaklah resepi kemboja yang aku belajar dari dia…pehh…memang sedap…setiap kali raya dah ada satu resepi yang menjadi tambahan pagi raya…
Meh terjah Cabaran-cabaran yang lain disini :-

Loading

9 Comments

  1. erm..macam sedap nih..nak cuba la..siap ada resepi lauknya jugak..

  2. Mesti sedappppp kan 😉

  3. tak pernah cuba lg..rajin nanti nak cuba la jugak..sesekali makan bubur memang syok

  4. biasa dengar tapi tak try lagi… tengok resepi ni ngencesss lakkk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *