Cabaran 30 Hari :Hari 17 -5 Perkara Yang anda rindukan

Assalamualaikum
Cabaran 30 hari memasuki hari ke 17.Alhamdulillah,buat masa nie,belum lagi terlepas walaupun sehari..hehehe…Seronok oOo..
Cabaran hari ke 17 ni ada 5 perkara yang aku rindukan..
Zaman Kanak-kanak
Of course,sebab masa zaman nielah zaman kita bermain-main tanpa perlu memikirkan apa yang akan terjadi dan terjadi pada masa hadapan..Yang difikirkan adalah keseronokkan.
Zaman Persekolahan
Eceh…dulu suruh belajar betul-betul tamo..ha..sekarang sibuk la nak dok rindu bagai..Memang best tau zaman sekolah,lepak dengan kawan sekolah dekat dalam bilik darjah.kena spotcheck,kena berdiri kalau tak siap homework,..pendek kata memang best la
Nak makan ABC dan soto kampung Melayu
Bab makan nie memang aku suka.masa aku duduk sana,boleh dikatakan setiap minggu,bila tak kerja,mesti nak cari sarapan soto yang paling sedap kat kampung melayu..Petang pulak pekena ABC kampung Melayu..Kalau yang duduk jb nie pasti tau kedainya.
Rindu kat anak aku.
Eh..nie pun termasuk jugak ea..hihi..bila da masuk kerja,mulalah dok fikir Nur awfiyah tu tengah buat apa.Lagilah keletah dia sekarang semakin menjadi-jadi..Tu yang menyebabkan aku rindu sangat kat dia..Rasa nak cepat-cepat balik,nak main-main dengan dia
Rindu dengan Arwah Abah
Part nie memang sentiasa aku rindukan,tak sempat dia nak tengok aku membesar sehingga sekarang.Dia meninggal pun masa aku 8 tahun lagi..emmm…rindulah nak bercakap dengan dia,nak mengadu dengan dia.
oklah..tu je kot untuk cabaran ni..sambung buat kerja
Meh terjah Cabaran-cabaran yang lain disini :-

16 Comments

  1. al fatihah buat arwah…

    semua tu kita rindukan, tapi dah berlalu… tinggal kenangan semata

  2. Samala. Rindu arwah abah. ๐Ÿ™

  3. ida pernah dok kg melayu ke?sama la kita.. tapi sejak tempat makan tu renovate cam tak tau lokasi sesetengah kedai tu even dah pegi yg kat pasar (kedai sementara katanya tu)

  4. ABC ? ..emm terasa rindu nak makan jugak. Kalau kat kedah sana ada ABC besar dan tinggi ABC GUNUNG JERAI..terbaik.

  5. Rindu Anak selalu bila dah smpai opis..
    Rindu arwah sy juga.. (tak pernah lupa doakan kesejahteraan arwah di alam sana ๐Ÿ™

  6. Kalau dah nama pun rindu pastinya yg indah-indah belaka Eda.
    Tapi rindu yg dah pergi terasa sendu.

  7. samelah, rindu zaman kanak2 jugak! memang masa kecil, tak pikir pape kan… best betul ๐Ÿ˜€

  8. Rindu jugak zaman kanak2 ngan zaman skolah huhuhu

  9. Hehe… Cheq pun tengah rindu anak2 ni… Menghitung masa je nak balik… Huhu

  10. Zaman persekolahan adalah waktu yg paling best.. cuma waktu tu je tak rasa best sbb nak jadi org besar. Tp bila dah tua ni rasa nak jadi budak2 balik lagi best.. ๐Ÿ˜€

  11. Rinduuuuuuu zaman dulu2 T_T

  12. rindu pada zaman kanak2 riang… zaman tu tiada apa yang kita takut… best sangat….

Leave a Reply

Your email address will not be published.