CABARAN 30 ENTRY : HARI 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Saya

Assalamualaikum
Dah pun masuk hari ketiga cabaran 30 entry ni..Alhamdulillah,walaupun masih banyak lagi entry yang perlu disiapkan,akan ku gagahi jua..ececeh..
Untuk hari ketiga nie,apa yang menguatkan saya.aku ambil dari segi kekuatan dalam kehidupan aku ye..
Sesuatu yang menguatkan aku dalam menempuhi hari-hari adalah mereka yang berada di sekeliling aku ni..


sumber :google
Yang paling utama adalah orang yang telah membesarkan aku.Yang bersengkang mata menjaga aku masa aku sakit dulu,Emak aku…Dialah yang menjadi penguat semangat untuk aku terus hidup melawan penyakit aku seketika dulu..Dialah Emak aku..Sehinggalah aku dah mempunyai keluarga sendiri pun,aku masih memerlukan dia bukan sebagai sumber kewangan,tapi sumber dorongan dan nasihat dari dia..Dia yang utama bagi aku…
Penguat semangat aku dikala aku memerlukan,sakit pening aku dijaga,itulah suami aku.Walaupun dia bukan jenis yang kaki romantik,tapi dia tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk aku.. :
Penguat semangat untuk aku terus bekerja,penguat semangat untuk aku teruskan impian aku,Anak aku…Dikala aku stress bekerja,bila tengok dia,hilang segala stress dan keletihan bekerja..nak tepek gambar..tapi dia tak kasi…malu katanya…ececeh..
Dan..sesuatu yang menguatkan Tulang aku adalah susu…kalau tak macam mana aku nak baik dari patah kaki  dulu..hehehehe…So,dont skip minum susu ye cik puan…
P/s..En.husband..belikan i Anlene ye..

26 Comments

  1. kakak.. mama baca pun terasa semangat, tetapi part last sekali .. tang susu.. mama tersengih baca kak.. hihi..

  2. hihi..anlene pun masuk.hihihi

  3. ahli keluarga mmg penguat kita …

  4. Kita pun sedang belajar untuk minum susu coz inilah antara minuman yang memang tak boleh diterima kecuali carrot and coconut shake (taruk susu banyak-banyak)..he..he

  5. keluarga tetap akan jadi sumber kekuatan nombor 1

  6. Keluarga adalah sumber kekuatan kita ;D

  7. penguat semangat kita pastinya mereka yg dekat dengan kita kan..
    sy dah tak minum susu anlene..

  8. Tak menahan part susu tu…ekekeke…

    Comelnya baby โ˜บ

  9. Huiii! itu dia! pipi montel, bibir mungil memang sah jadi penguat semangat disamping yg lain yg ini special kan Eda.
    Anugerah terindah dlm hidup..

  10. Apa yang terjadi pun, keluarga tetap penguat kita kan..

  11. Pcl ajak join, tp akak ni nak buat 1 entry seminggu pun payah…alahai pulak 30 hari…tgklah dulu

  12. Hihihi tak menahan part susu tu haha! Caaallciyum utk tulang ๐Ÿ˜‰

  13. Kalau suka skip minum susu atau tak lalu minum susu .. Mai cuba ostematrix a.k.a kalsium .. Pengganti susu =)

  14. Semoga sentiasa kuat & bersemangat Aida… all the best!!! ๐Ÿ™‚

  15. family anak dan suami orang yang sentiasa menguatkan kita dan Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published.