Butir Nangka Hidangan Minum Petang

Butir Nangka Hidangan Minum Petang yang cukup mudah bila ada bahan.Boleh buat aktiviti buat hidangan minum petang ni dengan anak-anak.

Dan yang penting boleh la ajak anak-anak buat aktiviti untuk mantapkan motor halus diorang ni.Tapi tulah kan, bila buat dengan anak-anak ni dia punya messy tu, jangan cakap la.

Resepi butir nangka ni mudah nak buat.Umi pun follow resepiu butir nangka ni dekat facebook.Semua kan dihujung jari.Pakai bahan apa yang ada kat rumah je ni.Nak warna warni butir nangka tu memang taklah sebab warna yang ada tu pun yang lebihan buat kuih lepas-lepas.

Tapi budak-budak ni masa buat je excited tapi bila dah siap, takdenya diorang makan beria.Sebab yang suka butir nangka ni mak mertua dan babah je.Umi pun suka jugaklah kan.

Butir nangka ni umi letak cebisan gula melaka sikit di dalamnya.Bila nanti makan, meletup kat dalam.Barulah sedap sikit kan.Boleh tengok cara umi sediakan butir nangka hidangan minum petang ni.

RESEPI BUTIR NANGKA

Bahan-bahannya :

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu  besar tepung gandum
  • Air 
  • Pewarna – ikut nak warna apa
  • Gula Melaka
  • Sekotak Santan
  • 1 sudu kecil halba
  • Gula kasar – ikut nak manis macam mana
  • 2 helai daun pandan
  • Sesudu besar tepung gandum dibancuh dengan air

Cara Membuatnya :

~ Satukan tepung gandum dan tepung pulut

Butir Nangka Hidangan Minum Petang

~ Masukkan sedikit demi sedikit air sehingga tepung boleh dicubit

Butir Nangka Hidangan Minum Petang

Sehingga jadi seperti ini. Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna apa yang korang suka

Butir Nangka Hidangan Minum Petang

Bila dah jadi macam ni, boleh la bulat-bulatkan kecil-kecil dan masukkan gula melaka ke dalamnya seperti dibawah

Bila dah bulat-bulatkan, masukkan ke dalam air panas dan tunggu sehingga ia masak.Bila dah masak boleh la korang masukkan ke dalam air sejuk supaya kekal kenyal bila dah dijadikan bubur nanti.

Sampai situ umi lupa nak rekod..hahahhaa.

Untuk buat bubur, panaskan air di dalam periuk dan masukkan gula dan daun pandan.Sampai gula tu larut, kita masukkan tepung yang dah siap, santan dan masukkan tepung yang dah dilarut air tu untuk nampak kuah lebih pekat.

Butir Nangka Hidangan Minum Petang

Siap dah bubur butir nangka umi.Buat sikit je sebab anak-anak bukan makan pun.Yang dia dok ulang suruh buat si mini waffle tu jelah.

Ada budak hirup kuah je..dia gigit sikit butir nangka tu lepas tu dah taknak..hahahah

 

 

Loading

6 Comments

  1. Arwah Mak dulu selalu buat, aku aje yang pandai makan, now nak makan, order je gan jiran sini heheheh.. siap letak bijin katak..

  2. saya pun suka. sesekali makan manis macam ni memang nyaman.

  3. Author

    ada jugak letak bijik katak tu..tapi lupa nak tulis..hahahha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *