Bulan OGOS Yang Bersejarah

Bulan OGOS Yang Bersejarah

Bulan OGOS Yang Bersejarah.Tak sangkan kan masa berlalu begitu cepat meninggalkan july yang penuh drama.Selagi kita hidup kat dunia ni, selagi tulah kita akan hadapi segala macam ujian.

Ujian yang datang tu kadangkala buat kita betul-betul down.Tapi kalau kita kembali kepadaNya insyallah, Dia akan permudahkan.Bersyukurlah kita masih lagi dapat melalui segala ujian tu.

Dalam hidup ni kita kena sentiasa bersyukur.Bila kita rasa bersyukur, kita akan jadi orang yang paling bahagia.Dan bahagia  tu pulak, pastinya akan menjemput rezeki yang ada disekeliling kita.

Rezeki tu pulak bukan dalam bentuk duit je, rezeki tu banyak yang boleh kita bahagikan iaitu rezeki kasih sayang, rezeki diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang kita dapat dalam menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya, rezeki dapat keluarga bahagia.Tu semua rezeki.

Bila kita dapat rezeki yang macam ni, kenalah sentiasa bersyukur dan ucapkan alhamdulillah.

Manusia, biasalah kan, kadang-kadang bila tengok orang lain dapat apa yang kita tak boleh nak dapat, hati ni mudah rapuh.Mula fikir macam-macam.Mula rasa diri ni tak beruntung, tapi sedar ataupun tak, kitalah orang yang paling bersyukur dapat apa yang kita ada selama ni.

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)

Bulan OGOS Yang Bersejarah

Bila kita bersyukur hidup ktia lebih tenang.Jadi jom kita ubah diri kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah beri kat kita.

Memang kita akan sentiasa diuji dengan rasa tidak bersyukur, tapi cepat-cepatlah sedar sebelum rasa tidak bersyukur tu jadi penyakit daam diri kita. 

Bulan ogos yang bersejarah dan tak lama je lagi kita pun akan sambut bulan kemerdekaan untuk tahun yang ke 66 tahun.Punyalah lama kan Malaysia ni Merdeka.Cuma kadang-kadang manusia ni je masih lagi tak merdeka.

Jadi untuk bulan baru ni, marilah kita set new goals, new mindset, new focus, new intentions and new result.Insyallah

Bila sebut bulan merdeka kan, teringin betul nak bawa anak-anak ke perarakan masa 31 ogos, tapi tulah, tak taulah bila.Seronok tau kalau dapat tengok perbarisan,semangat dia lain macam kan

Loading

2 Comments

  1. Betul, tiba2 dah ogos kan. Saya memang berazam nak cipta lebih banyak memori dengan anak2.

  2. Eda, kita dah Merdeka 66 tahun hehehe bukan 60 tahun hehehehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *