Latih anak menulis dengan buku 125 latihan kawalan pensel | Sebenarnya ada banyak cara untuk kita latih anak menulis.Walaupun penggunaan buku sangat banyak digunakan oleh ibubapa lain, perlu juga dititikberatkan tentang motor halus kanak-kanak terlebih dahulu.
Umi bercerita dari pengalaman-pengalaman cikgu-cikgu dan juga umi sendiri dalam memastikan anak-anak pandai menulis seawal 4 tahun lagi.
Selain dari penggunaan buku, kita juga perlu membuat aktiviti bagi menguatkan motor halus mereka.Jika otot-otot tangan mereka tak kuat, macam mana anak-anak kita ni nak pegang pensel kan?
Jadi sangat penting sebelum ajar anak menulis adalah dengan memberikan banyak aktiviti-aktiviti motor halus mereka.Kalau korang tak tau apa itu kemahiran motor halus, korang boleh baca di entry Senarai Aktiviti Motor halus kanak-kanak. Dan umi akan share kembali apa itu kemahiran motor halus disini.
KEMAHIRAN MOTOR HALUS
Kemahiran Motor Halus ni adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-oto di mana ia merujuk kepada pergerakan kecil tangan, pergelangan tangan, jari, jari kaki, bibir dan juga lidah.Koordinasi pergerakkan otot kecil dan organ deria juga termasuk dalam kategori motor halus.
Umi bagi contoh ye,anak-anak memasukkan syiling dalam tabung.Dalam pada tangan memasukkan duit dalam tabung, mata juga akan fokus pada lubang duit sampailah mereka berjaya memasukkan syiling ke dalam lubang tabung tu.Nampak simple bagi kita kan, tapi bila anak-anak yang kecil umur diantara 2-5 tahun, sangat susah bagi mereka tau.Kalau kita tak asah motor skill mereka, akan ada masalah pada aktiviti menulis mereka.
Kemahiran motor halus dipengaruhi oleh 3 elemen utama iaitu :-
- kekuatan jari untuk memegang sesuatu objek
- Koordinasi mengawal jari untuk bergerak
- Sensori adalah untuk kesan jika anak mempunyai masalah untuk pegang sesuatu objek.
Antara aktiviti yang kita boleh bantu anak-anak kita meningkatkan motor halus mereka adalah
1. BUAT RANTAI GUNA STRAW
Sediakan benang yang telah dipotong mengikut saiz rantai yang diingini dan pintal sedikit salah satu bahagian hujung benang tersebut.
Potong straw minuman kecil-kecil dan masukkannya ke dalam benang untuk dijadikan rantai. Apabila sudah selesai, ikat bersama kedua-dua hujung rantai tersebut dan ianya siap untuk dipakai. Boleh juga dibuat gelang atau tali pinggang tau!
2. MAIN TANAH LIAT
Tanah liat adalah salah satu permainan sensori yang sangat digemari oleh kanak-kanak. Mereka akan menggunakan jari dan pergelangan tangan mereka untuk menekan, membentuk dan menggenggam tanah liat tersebut.
3. BUTANG BAJU
Disamping dapat meningkatkan kemahiran motor halus anak, aktiviti ini penting dalam kehidupan seharian mereka. Pernah tengok kesukaran anak kecil untuk belajar membutangkan baju? Ya, adalah normal bagi anak kecil mengalami kesukaran untuk membutangkan baju pada awalnya. Namun, apabila selalu dilatih, proses ini akan menjadi mudah.
4. BELAJAR BUKA DAN TUTUP BOTOL
Sediakan beberapa botol terpakai yang berlainan saiz. Ajarkan anak untuk membuka dan menutup botol- botol tersebut dengan menggunakan daya kekuatan jari mereka.
Anak akan belajar berapa banyak daya yang diperlukan untuk berjaya membuka setiap botol tersebut. Jika daya yang dikenakan tidak kuat, maka botol tersebut pasti sukar untuk dibuka oleh mereka.
5. MASUKKAN MAINAN KE DALAM KOTAK TISU TERPAKAI
Seperti mana yang kita tahu, kotak tisu hanya mempunyai lubang yang kecil di bahagian atasnya. Pilih mainan anak pelbagai saiz yang muat untuk dimasukkan ke dalam kotak tisu terpakai.
Anak akan meneroka pergerakan pergelangan tangan dan jari tangan mereka ketika cuba memasukkan mainan tersebut ke dalam kotak tisu terpakai ini. Sebagai tambahan, minta anak keluarkan semula mainan yang telah dimasukkan sebentar tadi.
6. MEMASUKKAN DAN MENGELUARKAN REBEN
Anda boleh saja guna pekakas yang sudah ada dirumah. Contohnya, tapis. Ajarkan anak untuk memasukkan dan mengeluarkan reben daripada lubang tapis tersebut. Aktiviti ini bukan sahaja merangsang kemahiran motor halus anak tetapi menguji kesabaran anak.
7. TUANG AIR KE DALAM CAWAN
Anda hanya memerlukan dua cawan plastik dan air. Lebih mudah gunakan air paip. Tuang air ke dalam satu cawan dan ajar anak anda untuk menuang air tersebut ke cawan yang lain.
8. MELUKIS GUNA ‘SQUEEZING BOTTLE’
Buat kelainan dalam aktiviti melukis anak dengan menggunakan DIY cat dan ‘squeezing bottle’. Cuma perlu DIY cat mengikut warna kegemaran anak dengan menggunakan tepung jagung sebagai bahan utama dan isikan cat tersebut ke dalam ‘squeezing bottle’. Beri mereka kebebasan untuk melukis mengikut kreativiti mereka.
9. MENYUSUN OBJEK MENGIKUT BENTUK
Ambil sekeping kad dan lukis satu garisan ziq zaq dan satu garisan beralun. Ambil objek yang kecil seperti kacang, atau butang, dan minta anak anda susun objek tersebut mengikut garisan yang telah anda lukis.
10. MENGKATEGORIKAN OBJEK KECIL
Ambil beberapa objek kecil seperti butang, kacang atau klip kertas dan minta anak anda asingkan mengikut bentuk atau warna objek tersebut.
Sambil tu barulah kita boleh berikan mereka buku walaupun buku tu hanya akan diconteng oleh anak-anak.Menulis ni satu kemahiran, so untuk mahirkan anak-anak kita amat perlukan buku untuk berikan mereka kemahiran.
Buku yang macam mana sesuai untuk mereka?
BUKU 125 LATIHAN KAWALAN PENSEL DARI DR MAHANI RAZALI
Ye, Buku 125 latihan kawalan pensel.Buku ni sangat sesuai untuk anak-anak yang berumur dari 2-4 tahun.Umi dah gunakan buku ni sejak pertama kali buku ni keluar.Sebelum tu umi menggunakan buku kit awal menulis.Buku tu pun bagus sebenarnya masih lagi bertujuan memberi kemahiran menulis. Tetapi buku 125 latihan kawalan pensel ni sangat terperinci dan dihasilkan oleh Dr Mahani Razali iaitu seorang Pakar pendidikan awal kanak-kanak.
Buku 125 Latihan Kawalan pensel yang dihasilkan oleh Dr Mahani Razali bertujuan membantu anak anak dapat memegang pensel dengan betul dan mengawal pegangan pensel tersebut. Menurut beliau sebelum meminta anak anak menulis, anak-anak perlu dilatih untuk mempunyai kawalan pensel yang betul supaya aktiviti menulis menjadi lebih mudah & menyeronokkan. Bila anak-anak dah boleh pegang pensel dengan betul, barulah anak-anak boleh menulis secara konsisten walaupun perlu menulis pada kelajuan berbeza.
Apa lagi kelebihan buku Buku 125 Latihan Kawalan Pensel oleh Dr. Mahani Razali ni?
Buku ini dihasilkan khusus bagi membantu kanak-kanak mempunyai supaya kemahiran mengawal pegangan pensil.
Bagaimana buku ini boleh bantu anak-anak berlatih menulis?
- Buku ini disusun secara bertahap mula dengan aktiviti yang paling mudah sehingga aktiviti yang lebih sukar
- Sebagai permulaan aktiviti untuk membantu kanak-kanak membina keyakinan diri untuk pegang pensil dengan betul.
- Aktiviti ini membantu anak-anak membina kemahiran motor kecil iaitu kemahiran yang sangat diperlukan untuk anak-anak dapat menulis dengan betul.
- Membantu kanak-kanak menulis secara konsisten dengan cantik walaupun menulis dengan laju,
- Yang paling best, grafik berwarna warni dan menarik membuatkan anak-anak tertarik untuk terus melakukan aktiviti kawalan pensel dan seterusnya menulis secara konsisten.
- Bersaiz A4 dan mempunyak 136 muka surat.
Walaupun dak Naura dan Kak fiyah dah pun berumur 5 dan 6 tahun, umi masih lagi berikan diorang latihan-latihan menulis.Memang diorang boleh menulis, tetapi umi nak mahirkan mereka dengan tulisan yang cantik.
Lepas je selesai homework ataupun membaca, umi ambil masa dalam tak sampai 5 minit rasanya untuk menulis ni.
Buku ni memang bagus bukan sahaja untuk latih anak-anak tulis tau, tetapi warna warni pada buku ni juga merangsang kordinasi mata .
Kan umi ada bagitahu kan di awal entry ni, buku ni latihannya dari yang senang sehinggalah yang susah.Jadi terlalu banyak latihan dalam buku ni dengan harga hanya RM20 sahaja tau.
Tengok tu, tulisan pun masih bengkang bengkok..Tu pun dah banyak skip latihan.Dia buat apa yang dia suka tengok je.Umi ikut jelah rentak dia as long as dia nak buat.
Itu jelah yang umi nak cerita pasal latihan kawalan pensel ni.Untuk korang yang nak dapatkan buku ni boleh dapatkan buku ni dengan umi.Boleh la cuci mata dekat kedai online umi di bawah ni atau terus tekan link whatssap ni ye www.wasap.my/601127390866/125+latihan+kawalan+pensel
https://www.facebook.com/Mylittoshop/
Wah memang bagus untuk anak- anak yang mahu belajar menulis
Bagus ni, banyak aktiviti anak boleh buat yee… lagi satu kena fokus dan beri perhatian gak, kadang bidak, kita leka je, ehhhh dia terus taknak buat..kan…
hi info menarik ini 🙂 done follow, follow me back.. thanks
http://acuyuhan.blogspot.com/