idw design & build

Buku IDW Design & Build Merealisasikan Rumah Yang Cantik

Buku IDW Design & Build Merealisasikan Rumah Yang Cantik | Rumah cantik sangat-sangat diimpikan oleh semua lapisan masyarakat.Nak Design yang elegen, terkini semuanya ada hanya di dalam satu buku.

Sejak umi beli rumah 5 tahun lepas, kami takdelah terus duduk, masih duduk dengan mak lagi dan sementara tu kami renovate sikit-sikit rumah.Bukan tu sahaja, beli barang sedikit demi sedikit, sampailah umi masuk ke rumah ni bawa baby baru.Bila dah duduk rumah sendiri, rasa nak design sikit-sikit rumah ni berbekalkan ilmu kawan-kawan di group-group deko rumah ni.Dan cari idea dari majalah-majalah dan juga internet.

Memang waktu tu mana ada lagi buku lengkap Interior Designer macam sekarang ni.Satu buku dah cukup lengkap dengan design dari dapur, bilik tidur, ruang tamu, ruang beranda dari atas ke bawah.Memang lengkap sangat-sangat.Buku yang umi katakan tu adalah Buku IDW Design & Build

Buku IDW Design & Build Merealisasikan Rumah Yang Cantik

Bila umi dapatkan buku ni, umi teruja dengan design-design yang ekslusif yang ada di dalamnya.Memang sangat-sangat cantik.

Buku IDW Design & Build Merealisasikan Rumah Yang Cantik

Apa yang umi lihat di dalam buku ni, ada juga diberikan sekali drawing untuk memudahkan kita melihat adakah ianya sesuai dengan ruang pada rumah kita.Bila kita dah lihat dan ukur ruang itu sesuai mengikut design di dalam buku, senanglah kita nak teruskan dengan kerja-kerja pengubahan di ruang tersebut.Buat sendiri pun boleh tau.Tapi kalau korang ada budget untuk mengupah ID why not terus je scan barcode yang ada di dalam setiap mukasurat.Yang mana design yang korang nak tu, boleh je scan  dan korang akan tahu lebih terperinci tentang panduan memulakan tugas-tugas pengubahsuaian.

Buku IDW Design & Build Merealisasikan Rumah Yang Cantik

Jom kita tengok apa yang ada dalam buku ni,Oh ya terdapat 200 mukasurat untuk buku ini yang memaparkan koleksi mewah  & rumah modern dengan plan yang complete,drawings dan garis panduan pengubahsuaian.

Buku IDW Design & Build Merealisasikan Rumah Yang Cantik

Di setiap sudut mukasurat tu ada barcode, jadi korang scan untuk mendapatkan maklumat terperinci ye.

Buku IDW Design & Build Merealisasikan Rumah Yang Cantik

Korang dah tengokkan bagaimana detailsnya buku ni yang diciptakan oleh duo Interior Designer ni.Sungguh terperinci dalam design di dalam buku ni.So, apa kata kita berkenalan dengan pemilik IDW Design & Build.Bagaimana mereka memulakan perniagaan ID ni dan cabaran-cabaran yang mereka lalui sebelum mereka berjaya menjadi Salah seorang Interior designer yang berjaya ni.

Buku IDW Design & Build Merealisasikan Rumah Yang Cantik

Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah memulakan syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman, IDW Design & Build (IDW) pada tahun 2007, Sempena Ulang Tahun Ke-15 dan Deangan Situasi ‘Normal Baru’ mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.

Cabaran Membina IDW

Memulakan syarikat dan reka bentuk dalaman, IDW Design & Build (IDW) pada tahun 2007, ketika masing-mnasing berikut 21 tahun..ketika itu masing-masing baru menamatkan pengajian di Peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara(UiTM) Shah Alam.

Buku IDW Design & Build Merealisasikan Rumah Yang Cantik

Penubuhan syarikat didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian  dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.1 juta.Pada usia 23 tahum, pasangan ini menerima tawaran projek rekabentuk kolej yang bernilai 70k.Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan.

Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang.Tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semagnat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjanamdan seterusnya ke peringkat Sarjana.Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW.

Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran.Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menangung kerugian,

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan.Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupun terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.

Tragedi Kebakaran

Pengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW.Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api.

Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi ‘push factor’ untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW.Tekad mereka untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna

Fenomena COVID

Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua individu hanya duduk di rumah.

Bersikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan.Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik

Disebabkan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan.Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga.

Disebabkan ‘New Normal’ mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection

Servis Ekslusif dan harga yang perlu dibayar

Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan.

Buku IDW Design & Build Merealisasikan Rumah Yang Cantik

Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi.Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti.

Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik.

Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik.Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.

Anda boleh dapatkan “PLUG & PLAY” INTERIOR DESIGN BOOK PERTAMA DI MALAYSIA SEKARANG!
 
RAYA PROMO RM 397 (HARGA ASAL: RM2897)
 
Untuk keterangan lanjut, ID yang telah di hasilkan layari ke :
 
 
IG : @idw.design
 
 
 
 

Loading

2 Comments

  1. Kalau aku yang baca buku setebal ni, memang membelek sakan laaa, suka curi idea ID gini, kadang simple je tapi kreatid dia jadikan benda tu mewah kann…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *