BUFFET RAMADHAN ZAITUNA RESTORAN DI PERSADA JOHOR

buffet ramadhan zaituna restoran

BUFFET RAMADHAN ZAITUNA RESTORAN DI PERSADA JOHOR .True Arabian Buffet Ramadhan terbesar di Malaysia.Peminat makanan arab wajib datang berbuka puasa disini.Berbaloi dengan harga hanya RM79 sahaja

Wah..dengar pun rasa meriah kan, ini pulak kalau kita sendiri yang pergi ke buffet ramadhan zaituna restoran di Persada Johor tu nanti.

Pelbagai menu masakkan dari timur tengah akan diketengahkan pada buffet ramadhan kali ni.Jadi korang kenalah booking awal untuk dapatkan tempat berbuka puasa kat sini.

Dan kali ni mereka masih mengekalkan tempat yang sama di Persada Johor disebabkan atas permintaan yang ramai berbuka puasa disini.Kalau dekat restoran mereka mungkin tak dapat nak menampung pelanggan yang ramai.Lagi selesa dengan ruangan yang besar di Persada Johor ni.

Zaituna restoran menyediakan lebih dari 55 hidangan termasuklah kambing BBQ, nasi arab,pelbagai jenis manisan dan kuih muih Arab.Korang yang suka pada Kunafa dan Baklava tu wajib datang ke sini.

BUFFET RAMADHAN ZAITUNA RESTORAN DI PERSADA JOHOR

Umi suka betul tau tengok dessert mereka ni.Sedap semuanya.Dan lagi satu menu-menu dia pun boleh tahan jugak semua.

Kroang boleh baca review umi di restoran  mereka di sini : Makan Kunafa dan Baklava di Zaituna Restoran

Cuma masa tu tak dapatlah nak rasa semuanya.Jadi bila ada buffet menu untuk berbuka puasa ni, lagilah best sebab boleh rasa semua dalam satu harga je.Berbaloi tau.

So apa tunggu lagi, cepat-cepat booking tau sebelum penuh nanti.Ruangan solat di sini jangan risau korang, ada disediakan.Jadi sempatlah korang solat dan sambung makan balik..

BUFFET RAMADHAN ZAITUNA RESTORAN DI PERSADA JOHOR

buffet ramadhan zaituna restoran

Untuk tempahan korang boleh hubungi no dibawah.Korang yang buat tempahan secara berkumpulan atau corporate bookings, bolehlah dapat special diskaun dari mereka

 whatsapp: https://go.wa.link/zaitunajb atau http://wa.link/zaituna
Call : 07 213 3577

HARGA BUFFET RAMADHAN ZAITUNA RESTORAN

RM 79 Dewasa
RM 39 Kanak-kanak (6-12 Tahun, 5 ke-bawah MAKAN PERCUMA)

 Buffet Ramadan bermula
 25 March – 21 April 2023
 6.00pm – 9.00pm

 

1 Comment

  1. Heee~mata kita ni nampak dah menu Arabian yg besar portion dia tuu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *