BUFFET RAMADHAN TASTE OF JOHOR MENYAJIKAN MAKANAN CITARASA MELAYU JOHOR

buffet ramadhan Taste Of Johor

BUFFET RAMADHAN TASTE OF JOHOR MENYAJIKAN MAKANAN CITARASA MELAYU JOHOR.Seperti tahun sebelumnya buffet ramadhan Taste Of Johor diadakan di Dewan Anjung Paka Taman Perling Johor.

Hari tu umi dan keluarga bekesempatan untuk hadir ke preview buffet ramadhan Johor untuk Restoran Taste Of Johor yang diadakan di Dewan Anjung Paka Taman Perling Johor.

BUFFET RAMADHAN TASTE OF JOHOR

Nak cari dewan ni senang je, ianya terletak berderet dengan Amerin Hotel Perling ni.Kalau korang jumpa hotel ni, depan sikit memang jumpalah Dewan Anjung Pekaka.

Jom kita tengok menu apa yang disajikan untuk Buffet Ramadhan ni.Mereka menyediakan makanan citarasa melayu Johor seperti asam pedas, asam pedas tetel, ayam masak lemak cili api, kupang belacan, sayur-sayuran goreng, laksa Johor, dan macam-macam lagilah.Menu yang disediakan setiap kali buffet ramadhan ni lebih dari 30 jenis menu tau.Banyakkan?

BUFFET RAMADHAN TASTE OF JOHOR

BUFFET RAMADHAN TASTE OF JOHOR

BUFFET RAMADHAN TASTE OF JOHOR

BUFFET RAMADHAN TASTE OF JOHOR

Tengok gambar pun dah kecur air liur.Ada juga ikan pari bakar, ayam bakar dan juga sate.

 

Pelbagai jenis minuman yang disediakan kat sini.Mengancam betul tengok air yang beratur atas meja ni.

Ruang kat sini pun selesa.Konsep open space ni buat tempat ni lagi selesa dan cantik.Ruang antara meja pun luas.

So korang yang nak berbuka puasa di sini, boleh booking cepat-cepat tau.Tapi pastikan korang booking dulu ye.Details umi dah letak dibawah ni.

 HARGA BUFFET RAMADHAN TASTE OF JOHOR

DEWASA – RM 45.00
 60 TAHUN KE ATAS – RM 35.00
 6 TAHUN KE ATAS – RM 25.00
 5 TAHUN KE BAWAH – FOC
 SURAU LELAKI DAN PEREMPUAN DI SEDIAKAN
Lokasi
https://maps.app.goo.gl/EE3JhDVqLSWBdcWj9
DEWAN ANJUNG PEKAKA, TAMAN PERLING
SEDERET DENGAN AMERIN HOTEL
NO 51 JALAN PERSISIRAN PERLING 1, TAMAN PERLING JOHOR BAHRU

019-565 6831

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.