Buffet Ramadhan Selera Nusantara Persada Johor

Buffet Ramadhan Selera Nusantara Persada Johor meriah dengan menu makanan kampung dan juga kuih muih tradisional yang disediakan.

Hari tu umi berpeluang menikmati pelbagai jenis menu dari M.N.Koll yang terletak di Dewan Tanjung Puteri 303 Persada Johor.Antara menu yang disajikan adalah kambing golek, Laksa Johor dan aneka Sup Gearbox yang super sedap tu.

 

Dan menu menarik lain yang ada disediakan di sini adalah, Ayam masak Ungkep, ikan tiga rasa, ayam masak merah, Ketam kari masala, nasi putih dan rojak.

Dan ada juga sate ayam dan daging.Sangat juicy dan sekejap je habis licin tau sate tu.Kena pulak dengan kuah dia yang sedap tu.Memang sekejap jelah licin kan.

Sup gearbox dia tu jangan lupa cuba tau.memang sedap bila dapat hirup dan ratah sup gearbox ni panas-panas.

Kat sini pun ada live station seperti pasta dan kambing kuzi tu.Jadi korang kenalah cuba rasa semua menu yang disediakan.Kambing diorang pun lembut dan sedap.

Meh terjah menu dessert dan sebagainya yang umi dah kongsikan di facebook hari tu.

BUFFET RAMADHAN JOHOR 2022 SELERA NUSANTARA PERSADA SENI 

Buffet Ramadhan Selera Nusantara Persada Johor
Jom kita raikan bulan Ramadhan dengan jamuan dari Ramadhan Buffet by M.N.Koll di Persada Johor.
Ada lebih dari 100 menu yang menarik untuk korang cuba
Antaranya:
🥙 Sup Gearbox
🥙 Laksa Johor
🥙 Kambing golek
🥙 Ketam Kari Masala
🥙 Ikan tiga rasa
🥙 Ayam masak Ungkep
🥙 Sotong masak hitam
🥙Rojak
🥙Aneka kerabu
🥙Sate
dan pelbagai lagi tau
Umi dah rasa laksa johor, ayam ungkep, sotong masak hitam, dan aneka dessert dia..Memang sedap
Ada juga live station yang menyajikan menu pasta dan pebagai lagi.
Jadi korang kenalah book awal untuk mendapatkan harga early bird
SELERA NUSANTARA
🗓 4 April – 19 April 2022
🕐 6.00 petang – 9.30 malam
📍Dewan 301 & 302
TEMPAHAN AWAL – ( 29 Mac – 7 April 2022)
RM88 nett dewasa
RM52 nett kanak-kanak (7-12 tahun)
HARGA BIASA
RM98 nett dewasa
RM59 nett kanak-kanak (7-12 tahun)
Untuk pertanyaan dan booking
📲www.wasap.my/601128668503/Reservation
so apa tunggu lagi..Mai book sekarang
psst.. bulan pose nanti ada persembahan Ghazal tau‼️
#buffetramadhan2022 #buffetramadhanjohor
#buffetjohor2022 #kisahsidairydotcom #JDTblogger

Baca juga : 

Leave a Reply

Your email address will not be published.