BUFFET RAMADHAN SANTAPAN BARA DI BARA STULANG JB

BUFFET RAMADHAN SANTAPAN BARA DI BARA STULANG JB menyediakan juadah yang mengetengahkan bahan-bahan segar dari LAUT KE DAPUR BARA.

Ini adalah pertama kali untuk umi makan di mana dulunya dikenali dengan Stulang laut.Orang-orang lama taulah kan Stulang tu kat mana.Kalau dulu suka lepak-lepak dekat depan pantai tu.

Tengok orang tangkap ketam fresh tau kat situ.Kemain bersuluh diorang ni bila tangkap ketam.Orang kata nak tangkap ketam kena tunggu bulan mengambang barulah banyak isi dan telur ketam.

Wallahualam..

Tapi masa umi ke preview buffet ramadhan johor di Restoran Bara Stulang JB ni memang mereka ada menyediakan menu ketam.Sedap betul uii ketam ni.Isi banyak dan besar pulak tu.Memang puas hati sesiapa sahaja yang berbuka puasa kat sana tu.

Menu lain yang boleh korang cuba bila berbuka puasa di Restoran Bara Stulang JB ni ialah, udang buttermilk, ayam masak merah, kupang stim halia, siput  masak blackpaper, sotong masak sambal, Udang paprik, Ayam berempah dan lain-lain.

BUFFET RAMADHAN SANTAPAN BARA DI BARA STULANG JB

BUFFET RAMADHAN SANTAPAN BARA DI BARA STULANG JB

BUFFET RAMADHAN SANTAPAN BARA DI BARA STULANG JB

Selain dari tu yang bakar-bakar pun ada antaranya, Ikan pari bakar, cencaru bakar, Keli berlada, Talapia berlada dan kambing golek pun ada.

Yang penting umi suka dengan sos kambing golek kat sini tau.Lain sangat sosnya dari tempat yang umi pernah review sebelum ni.Part ni korang wajib cuba ye.

Ikan bakar ni memang kena sangat makan dengan sos tu ye.

Apa lagi? Mestilah kuih muih dan dessert kat sini pun sedap-sedap serta pelbagai jenis air yang disediakan kat sini.Memang best.

 

BUFFET RAMADHAN JOHOR 2023 DI RESTORAN BARA STULANG JB

Untuk tempahan awal, boleh hubungi nombor dibawah, bukan apa takut fully booked!
 24 Mac – 22 April 2023 (Buffet Ramadan)
 7:00 Petang hingga 9:30 Malam
 o14 – 722 4205 (Eixal) 017 – 755 2049 (Whatsapp)
 Restoran Bara Stulang JB
Waze: Restoran Bara Ikan Bakar
Maps: Bara Ikan Bakar
* Tempat Solat Disediakan

Loading

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.