BUFFET RAMADHAN NOSTALGIA DI BAZAAR THE TROVE JB

BUFFET RAMADHAN NOSTALGIA DI BAZAAR THE TROVE JB menyediakan pelbagai jenis menu yang pastinya memenuhi kehendak korang dengan harga RM160 untuk dewasa dan RM108 untuk kanak-kanak.

Hari tu umi berkesempatan untuk hadir ke preview buffet ramadhan The Trove JB dengan tema mereka Nostalgia di Bazaar.Sepanjang masuk ke Lada & Clove restoran ni kemain panjang stall bazaar yang menyediakan pelbagai jenis menu antaranya sate ayam dan daging, sup tulang merah, laksa johor, daging salai masak lemak cili api, gulai kawah kambing dan banyak lagi.

BUFFET RAMADHAN NOSTALGIA DI BAZAAR THE TROVE JB.4

Oh ya Nasi kerabu pun ada tau.Jadi korang boleh pilih la korang nak makan apa semasa berbuka puasa tu nanti.Bukan tu je korang, lemang dan ketupat pun ada.Boleh la makan dengan serunding daging atau ayam.Memang puas betul makan kat sana.

BUFFET RAMADHAN NOSTALGIA DI BAZAAR THE TROVE JB.4

Tapi semestinyalah kan sup tulang merah tu.Mula-mula macam taknak ambil je, tapi memandangkan ramai yang kata sedap, jadi umi pun ambil la.Semangkuk besar dia bagi tau..

BUFFET RAMADHAN NOSTALGIA DI BAZAAR THE TROVE JB.4

Yang goreng-goreng ni umi suka.Korang boleh je mintak adik ni gorengkan semula supaya lebih crispy lagi rasa dia.Banyak betul menu kan sampai umi tak tau nak makan mana satu.Yang penting bila kata buffet ni, tak perlulah nak ambil banyak satu-satu makanan tu.Nanti korang tak boleh pulak cuba juadah yang lain.

Kalau korang bawa anak-anak kat sini jangan risau tau sebab masa pintu masuk ke restoran ni, dah disediakan pelbagai jenis jajan untuk anak-anak.Jadi boleh la korang makan dengan tenang.Surau pun ada disediakan disini.Jadi tak perlulah nak pi solat jauh-jauh.Boleh solat dengan tenang sebelum korang meneruskan lagi makan-makan korang.

Rugi pulak kan kalau makan sikit.Jadi makan dengan tenang-tenang ye.Bagi la jugak kambing seksi atas stall ni..hahaha

Kalau korang nak tengok lagi jaudah-juadah lain korang boleh klik link  ni.

Hah! Jangan lupa masukkan @trovejb dalam senarai berbuka puasa di Johor yang korang kena datang tau.
Nostalgia Di Bazaar


 Lada & Clove Restaurant, Level 8, Trove Hotel Johor Bahru
 25 Mac – 18 April 2023
 7.00 pm – 10.00 pm
Harga Biasa
RM160 nett per Dewasa
RM108 nett per Kekanak (6-12 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas)
Beli 10 PERCUMA 1
Untuk tempahan dan pertanyaan:
 +6017 881 8413 (Janet) | +6017 818 8404 (Linda) | +6012 881 8439 (Shafiqah) | +6012 881 8413 (Amri)

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *