BUFFET RAMADHAN JOHOR DI CITARASA SERANTAU DOUBLE TREE BY HILTON JB

BUFFET RAMADHAN JOHOR DI CITARASA SERANTAU DOUBLE TREE BY HILTON JB kali ni mengetengahkan sajian antara benua.Mesti korang nak tahu kan apakah menu-menu buffet ramadhan di Double Tree By Hilton JB ni.

Baru je duduk di meja kami dah disediakan dengan welcome drink tau.Oklah kan, penat memandu, sampai je dah sedia air minuman yang sejuk dan berperisa ni.

Selepas tu pulak kami dihidangkan dengan satu menu yang umi rasa sangat-sangatlah menarik iaitu Nasi lamb Shank.Macam pelik pulak kan nasi tu ditutup dengan ulian tepung diatasnya.Umi pun tak tau nak sebut apa.

BUFFET RAMADHAN JOHOR DI CITARASA SERANTAU DOUBLE TREE BY HILTON JB

Bila dikorek sampai ke dalam, maka terlihatkan lamb shank dan nasinya sekali.Dalam hati umi nasi ni hanya makan dengan lamb shank je ke? hahah..Padahal tak tengok lagi menu-menu lain yang boleh makan dengan nasi lamb shank ni.Cepat betulkan kita buat andaian.

baca juga : Senarai buffet ramadhan sekitar johor bahru 2023

Umi pun rasalah sikit nasi dan lamb shank tu.Punyalah macam tak percaya, sedap rupanya.Korang tau tak satu bekas nasi lamb shank tu banyak? Umi boleh habiskan ye.Macam tak boleh nak move on pulak dengan kesedapan nasi lamb shank tu.Nak tengok rupa nasi lamb shank ni hah.Kat bawah ni

Ya inilah dia nasi lamb shank tu.Nampak kreatif betul ek diorang buat macam ni.Isi daging pun lembut.Makan dengan nasinya sahaja pun dah sedap.Walaupun sedikit kering lamb shank tu, tapi sebab dagingnya yang lembut dan cukup rasa tu, memang buat orang makan tak cukup tau.

buffet ramadhan johor double tree by hilton jb.4

Selain menu lain yang umi suka kat sini ialah bubur lambuk dia.Memang kena dengan tekak umi.Korang kalau datang sini memang kena cuba ye bubur lambuk dan menu-menu lain.

Kalau korang nak tengok menu boleh tengok kat sini > Menu

Tak pun kalau korang nak tengok pelbagai jenis menu bergambar boleh tengok kat page umi dibawah ni.

 

Tak lupa juga menu yang dalam kawah macam siput sedut, harissa kambing golek, bby style wagyu beef bisket, serawa durian antara menu yang wajib korang cuba.Nak-nak siput sedut tu, kalau dapat menyedut, mak mentua lalu pun tak nampak.hahahha

Kita masuk pulak dengan dessert, kat sini korang boleh nikmati menu arabian seperti kunafa dan baklava serta kuih muih tradisional dan juga dessert.Pendek kata semua lengkap lah.

So, apa tunggu lagi, cepat-cepat booking segera sebelum tempat penuh ye.

SAJIAN ANTARA BENUA BUFFET DINNER AT MAKAN KITCHEN
22 March – 21 April 2023 | 6.30pm – 10.00pm
RM198 nett per adult | RM99 nett per child


BAZAAR SELERA WARISAN AT THE FOOD STORE
22 March – 21 April 2023 | 6.30pm – 10.00pm
RM138 nett per adult | RM69 nett per child
Dapatkan HARGA EARLY BIRD SEBELUM 15 Mac ni untuk penjimatan ye korang.
Book now at bit.ly/RamadanAtDTJB or call us at +607 268 6868.

“SELAMAT BERBUKA PUASA”

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *