BUFFET RAMADHAN JOHOR 2024 SAJIAN NOSTALGIA ST GILES SOUTHKEY

BUFFET RAMADHAN JOHOR 2024 SAJIAN NOSTALGIA ST GILES SOUTHKEY | Kali ni umi nak bawa korang ke untuk berbuka puasa dari 18 Mac sehingga 8 April 2024 di St Giles Southkey Hotel dengan bertemakan Sajian Nostalgia.

Kalau dah namanya nostalgia mestilah menu-menu kampung yang pastinya memberikan kelainan korang untuk berbuka puasa kat sini kan?

Hah! Peminat Burasak, ketupat, lemang mesti suka sebab pada tahun ini mereka menyajikan sajian ini sepanjang berbuka puasa.

Antara lain yang boleh korang nikmati ialah Arabic spice roasted whole lamb Pak mus.Wah!! Kambing Mus ni boleh tahan sedap dia tau, nak-nak bila dinikmati dengan nasinya sekali.Memang ngam lah.

buffet ramadhan johor 2024

Terletak helok kambing di atas nasi tu ye.Menggiurkan sungguh hahah.

buffet ramadhan johor 2024

Satu station ni korang akan dapat lihat pelbagai makanan hari raya lemang dan ketupat, burasak dan sebagainya.Memang puas hati makan.Nak-nak pula kena dengan menu asam pedas ataupun rendang.Memang makan tak pandang kiri kanan.

Selain dari menu di atas ni, ada juga bubur lambuk yang takkan ditinggalkan setiap kali berbuka puasa.Dan yang penting kat sini, korang bakal menikmati seafood on ice.Terletak herlok sotong kurita kat atas tu.Terus rasa seram nak memegang you.

BUFFET RAMADHAN JOHOR 2024 SAJIAN NOSTALGIA ST GILES SOUTHKEY

Semua fresh belaka.Jadi siapa yang hantu seafood tu boleh la repeat dan repeat lagi makan seafood ni.Jangan overdose sudahlah kan.

BUFFET RAMADHAN JOHOR 2024 SAJIAN NOSTALGIA ST GILES SOUTHKEY

Sotong bakar dan ikan-ikan bakar kat sini pun sedap betul.Memang berasa rempah dia.Terus rasa nak makan lagi sotong bakar tu.haish sedap yakmat.

Itu belum lagi menu-menu kampung yang ada kat sini tau.Selain tu ada om Ali shawarma, Durian tempura dan banyak lagi la.Kalau korang nak tengok menu-menu lain yang umi sempat ambil hari tu, silalah tengok dekat page umi nanti ye.

BUFFET RAMADHAN JOHOR 2024 SAJIAN NOSTALGIA ST GILES SOUTHKEY

Ni adalah station untuk segala dessert dan juga buah-buahan.Lepas dah makan berat-berat tu, bolehla jadikan dessert ni sebagai penutup untuk makan korang.Pelbagai jenis dessert dan kuih muih yang dihidangkan disini.

Oklah, dah banyak sangat menulis, meh umi kongsikan pula harga dan promosi untuk buffet ramadhan St Giles Southkey hotel untuk tahun 2024 ni.

Untuk lihat lebih banyak gambar boleh ke page kisahsidairydotcom

SAJIAN NOSTALGIA BUFFET DINNER ST GILES SOUTHKEY HOTEL

EARLY BIRD

RM158 nett

( Book by 1st March 2024)

NORMAL PRICE

Adult : RM 188 nett

Snr Citizen : RM130 nett

Child :RM94 nett

(2 MAR TO 8 APR 2024)

SPECIAL DEALS

15% OFF TOTAL BILL OR BUY 5 FREE 1

(2 MAR TO 8 APR 2024)

 

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan

Whatssap : +6012 309 9762

Email : fnb.skjb@stgiles-hotels.com

 

 

 

 

 

 

 

Loading

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.