Buffet Ramadhan Johor 2024 Grand Paragon Hotel

Buffet Ramadhan Johor 2024 Grand Paragon Hotel

Buffet Ramadhan Johor 2024 Grand Paragon Hotel | Dengan sajian santapan rasa Paragon, mereka membawakan menu-menu yang sedap-sedap buat para tetamu yang berbuka puasa disini.

Setiap tahun pastinya memberikan kelainan dari segi menu dan rasanya, tetapi seperti biasa kambing golek memang tidak dilupakan.Jom kita terjah menu-menu buffet ramadhan di grand Paragon Hotel Johor Bahru

buffet ramadhan johor 2024 grand paragon hotel

Kambing Panggang Kuzi ini disertakan sekali dengan Nasi Kabsha dan telur rebus safron bakal dihidangkan pada bulan puasa nanti.Umi ni kalau bulan puasa memang mencari kambing panggang ni.Kena pulak dengan nasi kabsha tu, tak pandang kiri kanan dah.

Bukan itu sahaja, lebih dari 100 jenis hidangan yang terdiri dari pelbagai jenis variasi makanan akan dihidangkan pada para tetamu di Buffet Ramadhan Johor 2024 Grand Paragon Hotel.

Tengok saja menu-menu yang umi share di page umi tu, menyelerakan sungguh.Menu-menu kampung mestilah ada sewaktu berbuka puasa seperti siput sedut masak lemak cili padi, ketam goreng cili, ekor asam pedas, udang goreng nestum, sotong goreng telur masin, gulai daging kawah umbut kelapa dan pelbagai lagi.

buffet ramadhan johor 2024 grand paragon hotel

buffet ramadhan johor 2024 grand paragon hotel

buffet ramadhan johor 2024 grand paragon hotel

Bukan itu sahaja, korang juga boleh mencuba masakkan panas seperti mee goreng, kerabu meggi, lokching, sup tulang dan sebagainya

Pelbagai jenis kerabu yang disediakan disini, yang pastikan kerabu megi kat sini sedap tau.Sepinggan umi sorang je makan.Memang pure pakai sos dari thai.

Bukan setakat hari raya sahaja kita dapat makan ketupat dan lemang, masa bulan puasa pun kita dah dapat merasai lemang ketupat yang disediakan di sini.Pendek kata semua makanan kat sini akan menepati citarasa korang.

Selalunya bila bulan puasa mesti orang akan cari bubur lambuk kan? Jangan risau kerana Grand Paragon hotel ada menyediakan bubur lambuk dengan rasa yang tak mengecewakan.

Itu belum umi cerita tentang dessert dan sebagainya.Memang meriah la.Untuk melihat menu-menu yang lain korang boleh tengok kat page umi dibawah ni ye

Sekarang ni meh umi share sedikit tentang harga dan yang paling penting korang kena grab early bird dengan harga yang berpatutan.

Buffet Ramadhan Johor 2024 Grand Paragon Hotel

EARLY BIRD OFFER 
RM128 nett adult
purchase on before 29 feb 2024

EXCLUSIVE OFFER
RM110 nett adult
Dine 1st week of ramadhan
(13 Mac-17 Mac 2024)
limited to 50 seats per day

Price
Adult: RM155 nett
Child : RM75 nett (5-11 years old)
Snr Citizen: RM110 nett(55 years and above)

For booking
Call:016-7337363/607-268 5255

 

Untuk korang yang bercadang untuk menginap disini, Grand Paragon Hotel ada menyediakan Ramadhan Special Package untuk 2 hari 1 malam dengan hanya RM460 nett termasuk dengan 2 pax buffet ramadhan, dan sahur.

Page : kisahsidairydotcom

Loading

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.