RENTAK SELERA HARD ROCK HOTEL DESARU COAST

RENTAK SELERA HARD ROCK HOTEL DESARU COAST untuk tahun ni meriah dengan lebih 200 menu yang disajikan oleh chef mereka.Dengan harga Early bird yang korang boleh dapatkan dari 1 hingga 23 Mac 2023

Hari tu bawa cik piah ke Preview Buffet Ramadhan Hard Rock Hotel Desaru Coast.Dia kata dah lama tak makan kambing golek kan, jadi umi bawaklah dia as a my partner malam tu.

Kemain suka dia dapat makan Nasi hujan panas dan ayam masak merah tu.sampai bertambah tau.Nampak sangat umi tak pernah masak nasi hujan panas tu kan.

Ini kiranya kali pertama la umi menjejakkan kaki ke Hard Rock Hotel Desaru Coast.Sebelum ni umi pernah je sampai ke Desaru Coast tu, sebab dia bersebelahan je.Kat sini korang bukan sahaja boleh menginap, malah boleh juga merasai buffet dinner dan hi- tea serta banyak lagi aktiviti tu.Collector untuk koleksi Hard rock mestilah suka kan? 

Oklah bercerita tentang Buffet Dinner Rentak Desa ni, Chef Halim sebagai Executif Chef membawakan menu makanan melayu antaranya kerabu melayu, jeruk, sambal dan juga rojak.Ada juga Seafood on ice yang menghidangkan Kupang, Udang harimau, kerang dan lain-lain lagi.

buffet ramadhan hard rock hotel desaru coast

Tak ketinggalan jugak, menu istimewa Egg Saffron beryani.Sedap betul beryani ni tau.1st time umi cuba dan rasanya sedap.

buffet ramadhan hard rock hotel desaru coast

Dan mestilah tak boleh tinggal dengan kambing kan dan sudah semestinya kambing panggang wajib ada pada bulan puasa.Jadi korang kenalah cuba.

RENTAK SELERA HARD ROCK HOTEL DESARU COAST

Banyak lagi gambar-gambar yang umi ambil semasa preview Ramadhan hari tu, korang boleh tengok di Page umi dibawah ni ye.

Banyakkan menu yang ada kat sini.Tapi umi suka betul kuih muih yang dihidangkan disini,Selain dessert, kuih muih tradisional tu menjadi kewajipan tau.Nak-nak kuih favourite umi ada iaitu kuih kole kacang dan kuih seri muka.Lembut dan sedap je rasanya.Memang kena dengan tekak umi.

Specialnya lagi kat sini je ada air bunga telang dan bunga telang tu diorang hanya tanam sahaja di sini tau.Jadi bunga telang tu fresh dari ladang gitu.Bila minum air bunga telang tu rasa refresh je tekak.

Kalau korang peminat Kacang pool ada juga disediakan disini.Roti nan live station pun ada.Jadi boleh makan panas-panas.Kalau korang nak pasta jugak ada sebab mereka ada sediakan beberapa live station untuk masakkan panas.Jadi boleh la korang dapatkannya semasa berbuka puasa kat sini.

Settle cerita pasal makanan, meh kita cerita pulak macam mana nak dapatkan harga Early Bird.

 

RENTAK SELERA HARD ROCK HOTEL DESARU COAST
?️ 24 MAC- 22 APRIL 2023
⏰6.30pm to 10.00pm
EARLY BIRD PRICE
?️1-23 Mac 2023
?Adult (RM128) Child(RM64)
SPECIAL OFFER
24-31 Mac 2023
Book & Dine
?RM88
NORMAL PRICE
?Adult(RM138)
Child(RM69)
Group Spcecial 10% diskaun dengan minimum pembelian 30 orang
?+607 838 8888
?fnb.reservation@hrdesaru.com
#buffetramadhanjohor2023 #buffetjohor #kisahsidairydotcom

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *