Buffet Ramadhan ‘Chop Makan Dulu’ di Makan Kitchen DoubleTree By Hilton JB | Tak sedar dah pun makan rendang daging rusa ni pun masih mencari mana rusanya?
Hah!! special tau kalau korang peminat daging rusa, di DoubleTree By Hilton JB ada menyediakan Rendang daging rusa.Seumur hidup umi ni tak pernah lagi makan daging rusa.Kalau sebelum ni pernah termakan tu tak taulah kan.Sebab rasanya sama je dengan daging lembu.
Chop Makan dulu di Makan Kitchen DoubleTree By Hilton JB ni menyediakan aneka makanan melayu, cina dan india.Kalau korang bosan dengan makanan melayu, boleh cuba makanan india, bosan jugak boleh cuba makanan cina.
Lagi kalau korang ke buffet ramadhan di sini, korang kena cuba tau menu Chinese hotpot or steamboat ni.Memang sedap namatik.Sup Head fish dia sangatlah sedap.Lagilah masa pergi hari tu tekak tak baik lagi, jadi hirup sup tu sedap je kat tekak ni.Kena pulak dengan 3 sos yang dia bagi..Memang menghirup ko.So, pastikan korang cuba bila datang untuk berbuka puasa disini ye.Buffet ramdhan jb ni tak pernah la menghampakan
Tengok muka uncle ni buat umi teringat balik sup dia..alamak, kena repeat pergi buka puasa kat sinilah nampaknya.
Ada dua menu yang umi baru 1st time makan iaitu manisan dari arab Baklava dan juga Cheezy Turkish Kunafah.
Menu lain korang boleh tengok kat bawah ni.Tu belum korang pergi ke station-station menu yang lain.Banyak pilihan makanan, kotlah korang tak suka nak makan makanan lain, boleh la cuba nasi arab yang disediakan disini.And tak lupa menu kambing yang menjadi perhatian apabila bermulanya buffet ramadhan
Apa lagi menu yang menarik lagi untuk korang cuba?

Kotlah korang tak berapa nak minat masakkan arab, boleh la cuba masakkan melayu.Ayam masak merah orang kawen tu wajib cuba tau.Yelah, dah lama tak makan masakkan orang kawen kan? Jadi kat sini dah ada nanti korang cuba ek.
Dan juga Menu kambing ni pun sedap jugak

Itu baru menu yang berat-berat.Untuk dessert pun banyak selain dari pemanis mulut kat atas tu.Durian goreng, serawa pulut durian dan macam-macam lagi kek dan dessert yang korang boleh dapatkan di sini.
Baca juga : Buffet Ramadhan Sekitar Johor Bahru
Menu of courselah akan bertukar-tukar setiap hari .Kang hari-hari sama jemu pulak nak makan.Dan jemu pulak si chef tu nak memasak…hahaha
So, untuk korang yang mencari tempat berbuka puasa di sekitar johor bahru ni boleh la berbuka puasa disini.
Buffet Ramadhan Chop Makan Dulu Makan Kitchen Double Tree By Hilton JB
Harga : RM 158nett dewasa / RM79nett Kanak-kanak
Nak jimat beli sekarang dengan Promosi Buy 8 Free 2 dengan setiap pembelian Early Bird dari sekarang sehingga 12 April 2021.
Tempah Sekarang :-
Call : 07- 2686868
Email : JHBDT_FB@hilton.com
web : www.eatdrinkhilton.com
Uishhh menarik makanan nya tuu